Cara Mengerjakan Umrah Persiapan Sebelum Pergi
Assalamu'alaikum Wrmbth, Salam Aidil Adha. Semoga ibdah haji dan korban tuan puan di terima Allah swt. Terima kasih juga kepada Tuan dan Puan kerana hadir ke sini.Impian menunaikan umrah dan haji di Baitullah sentiasa ada kan |
Hari ini, kita nak kongsi sedikit tentang cara mengerjakan umrah buat mereka yang merancang pergi pada tahun 2015 ini.
Insyaallah, cukup usaha dan rezeki pasti mampu ke sana.
Ada Tuan dan Puan Kenal Bakal Jemaah Umrah yang sakit sendi dan badan?
Jemput baca Petua Mengatasi Sakit Sendi & Tulang Untuk Jemaah Umrah & Haji. KLIK
Cuma, topik yang akan di sentuh kali ini lebih awal lagi ke hadapan.
Tentang persiapan yang perlu di lakukan di tanah air bagi kita yang baru merancang dan buat perbandingan harga pakej umrah.
Salah satu cara untuk pergi menunaikan umrah secara percuma, adalah melalui Shaklee.
Kita usaha sungguh sungguh majukan perniagaan, boleh pergi percuma saja. Itu ganjaran buat mereka yang bersungguh sungguh.
Kejar matlamat dan jualan tahunan. Konsisten setiap bulan. Cukup syarat dapat pergi pakej umrah terbaik tu. First class.
Semuanya ditaja.
Dan hotel pun dekat dengan rumah ibadat. Memang patut kelas pertama. Umpama pergi pakej VIP.
Siap ada ziarah lagi tu ke tempat tempat menarik seperti Istanbul Turki.
Memang semua dah ada dalam pakejnya. Ini kalau dapat pakej percuma shaklee memang untunglah.
Kalau pergi sendiri memang boleh tahan juga harga untuk pergi umrah ziarah ni
Cuma kelebihan pergi sendiri, ada banyak pakej ziarah lain yang kita boleh pilih.
Semuanya ke lokasi yang ada sejarah ke tamadunan islam.
Contohnya, saya ambil dari blog AndalusiaTravelUmrah.com untuk harga pakej umrah terbaru tahun 2015.
- Umrah Transit / Ziarah Oman 2014 / 2015 Bermula RM 4,790
- Ziarah Jordan + Petra Harga Bermula 7,290 (Disini ada laut mati dan juga lokasi Al Hijr. Kawasan umat Nabi Lut AS dan Nabi Salleh AS
- Transit Jordan (HALF DAY TOUR) Harga Bermula RM 5,990
- Ziarah Istanbul Bursa 2015 Harga Bermula RM 6,990 (Tinggalan Tamadun Turki Uthmaniyah. Boleh lihat kerajaan Sultan Muhammad Al Fateh)
- Cairo Iskandariah Harga Bermula RM 5,890
- Transit Cairo Piramid- HALF DAY TOUR Harga Bermula RM 5,490 (Semestinya bumi para Anbiya. Ada lokasi piramid tinggalan firaun)
- Ziarah Morocco 2015 Harga Bermula 8,290
- Ziarah Abu Dhabi + Dubai Bermula 6,390
- Saudi Airlines Sewa Khas 2015 Bermula RM5,490
- Malaysia Airlines Harga Bermula RM5,690
- Ziarah Sepanyol Harga Bermula 9,290
Ok, boleh nampak sendiri harga harga pakej ni. Ini pergi seorang diri. Bukan pergi dengan keluarga.
Memang boleh tahan kan harga pergi umrah ziarah ni.
Mujurlah ada peluang untuk menunaikan umrah bersama shaklee bagi mereka yang layak.
Dan dengarnya, sesiapa yang buat takaful betul betul pun boleh dapat ganjaran menunaikan umrah percuma juga.
Asalkan ada niat dan keazaman insyaallah boleh sahaja ke sana bukan.
Ok, sudah terlampau jauh tersasar dari topik asal, persiapan di tanah air sebelum menunaikan umrah.
Ibadat umrah memang di syariatkan di dalam islam. Bagi memastikan ibadat kita berkualiti dan menepati standard.
Kita perlukan ilmu dan persiapan lain agar umrah kita di terima Allah swt.
Selain mencari ilmu, kita juga perlu menyediakan kelengkapan untuk dibawa kesana.
Insyaallah ilmu yang bermanfaat akan menjadi pencen kubur kita bersama sekiranya di sebar sebarkan .
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara : sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)
Persiapan Umrah Di Malaysia
Disini kami sertakan beberapa perkara yang baik untuk di lakukan sebagai persiapan awal.Aktiviti ini melibatkan amalan luaran dan dalaman untuk membina kekuatan badan dan iman
Bersedia untuk melengkapkan senarai semak? |
Kembara umrah memerlukan badan yang sihat dan kesabaran semasa mengembara di sana.
Barulah amalan kita sejak berangkat sehingga tamat di terima sebagai ibadat.
Paling sukar ialah menetapkan hati dan membulatkan niat kerana memerlukan fokus yang lama.
Dengan latihan sejak awal lagi, insyallah akan lebih mudah.
Sama seperti seorang pelajar yang bakal menduduki peperiksaan bertulis dan amali.
Perlu melakukan pembacaan dan hadir ke kurus berkaitan.
Hari hari mengulangi dan menjiwai apa yang dipelajarinya dengan khusyu dan sepenuh penghayatan.
Akhirnya berkat usaha dan amalan berterusan akan berjaya dengan cemerlang.
Begitulah perumpamaan ibadat umrah.
Ia merupakan penyatuan spiritual dan fizikal. Takutlah kita pada amalan yang tidak di terima.
Sia sia susah penat lelah dan harta yang dibelanjakan.
Hanya kerana kita tidak bersedia dan kurang berilmu, ibadat seperti berpuasa juga boleh sia sia.
Seperti berpuasa namun tidak berhasrat meninggalkan mengumpat dan berdusta. Pahalanya tidak akan di terima.
Cuaca dan suhu yang berbeza di sana memerlukan kecergasan tubuh supaya dapat menyesuaikan diri dengan persekitaran jauh berlainan dengan iklim di Malaysia.
Ketahanan sistem keimunan badan dapat ditingkatkan dengan amalan hidup yang sihat.
Ambillah makanan kesihatan yang sesuai seperti produk Shaklee yang sesuai untuk sakit sendi seperti omegaguard AJHT dan Ostematrix
Dan banyak lagi. Badan yang lenguh lenguh dan lutut serta sendi yang sakit juga dapat kembali berfungsi dengan baik.
Insyaallah tidak akan menyukarkan jemaah lain disana.
Pengalaman menunaikan umrah memang menakjubkan bagi yang bersungguh sungguh |
Kecuali niat kita ke sana untuk melancong dan membeli belah.
Ini memang lain. Tujuan kita ke sana adalah untuk mengerjakan umrah. Melawat makam Nabi Muhammad SAW.
Allahuakbar, besarnya nikmat yang diberikan kepada tetamu Allah swt ini.
Mari kita menghayati maksud hadis ini
وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالْإِنسَ إِلَّا لِيَعْبُدُونِ
Yang membawa maksud:
“Tidak Aku (Allah) jadikan jin dan manusia, melainkan untuk beribadah (mengabdikan) diri kepada Ku “
(Surah Adz Dzariyaat ayat 56)
Para malaikat sentiasa mengelilingi arash Allah swt dan memuji kebesaran dan keagungan yang maha esa.
Tingkah laku ini menyamai dengan ibadat tawaf di mana para jemaah berpusing mengelilingi Kaabah mengikut putaran lawan arah jam.
Sambil membasahi bibir dengan zikrullah. Hati yang tenang adalah kurniaan dari Allah swt yang sangat tinggi nilainya.
Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
" Wahai jiwa yang tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai.
Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaku ( yang soleh ).
Dan masuklah ke dalam syurgaku".
Surah Al-Fajr : Ayat 27-30
Ketenangan hati tidak dapat di beli dengan wang ringgit. Insyaallah, sekiranya ibadat yang dilakukan khusyuk dan ikhlas semata mata kerana Allah swt.
Ketenangan akan hadir. Semoga kita tergolong dalam kalangan mereka yang beruntung tersebut.
Besarnya ganjaran bagi mereka yang kerap melakukan umrah seperti hadith Rasulullah SAW
Satu umrah ke Umrah yang lain merupakan penghapus dosa antara keduanya dan haji yang mabrur tidak ada balasan kecuali Jannah.
(Riwayat Bukhari, Muslim, Tirmizi, Nasa’I, Ibnu Majah dan Asbihani)
Amalan yang baik dilakukan sebelum mengerjakan umrah
Di sini kami senaraikan beberapa perkara yang bagus dilakukan sebelum berangkat ke tanash suci.
Tetapi banyak lagi yang boleh di lakukan dan tidak sempat di tulis disini atas faktor keterbatasan waktu.
- Mendirikan Solat Sunat Istikharah
Banyak kelebihan solat istikharah. Seperti yang disebut
مَا خَابَ مَنِ اسْتَخَارَهُ وَلاَ تَدِمَ مَنِ اسْتَشَارَ وَلاَ عَالَ مَنِ اقْتَصَدَ ـ الطبراني
Ertinya :
Tidak rugi orang yang melakukan istikharah dan tidak akan menyesal orang yang selalu bermesyuarat dan tidak akan miskin orang yang selalu bersederhana.
Kita memang di galakkan untuk mendirikan solat istikharah semasa ingin mengambil sesuatu keputusan.
Selalunya, kita dengar yang petanda datang dalam bentuk mimpi.
Dan ini tidak berapa tepat. Istikharah lambang penyerahan dan tawakal seorang hamba pada penciptanya.
Bermakna kita mengambil sesuatu keputusan selepas berfikir semasak masaknya dan bertawakal kepada Allah swt.
Ustaz Hasnul di Andalusiatravelumrah.com (seorang mutawif berpengalaman) telah memberikan salah satu hikmah melaksanakan solat istikharah sebelum mengambil keputusan menunaikan umrah?
Beiau berkongsi akan dilema yang dihadapi oleh seseorang ingin menunaikan umrah. Antaranya
- Jarak perjalanan dan tempoh meninggalkan keluarga mengambil masa yang agak banyak. Hati siapa yang tidak risau ?
- Sekiranya pergi bersama isteri, bagimana pula dengan anak anak.
- Menetapkan hati dengan keputusan yang bakal diambil melalui istikharah kerana memang sifat hati yang sentiasa berbolak balik.
- Terdapat banyak kes penipuan pakej umrah dan haji. Berdoalah supaya pakej yang dipilih benar benar selamat
Insyaallah, sama sama kita amalkan dalam kehidupan seharian.
Sambil sambil melaksanakan solat istikharah, elok kita buat persiapan fizikal.
Selain kepentingan berdoa, kita juga di galakkan menjaga kesihatan badan.
Bukan mudah nak mengerjakan umrah.
Di samping masa yang singkat di sana, kita juga di bataskan dengan jadual perjalanan yang ketat (Bergantung pada tentatif)
Jika kesihatan kita tidak diambil kira, ada kemungkinan untuk jatuh demam dan selesema selepas sampai di sana.
Cuaca di Mekah dan Madinah amat berbeza semasa musim panas dan musim sejuk.
Suhu pada musim panas pada kebiasaannya boleh mencecah sehingga 40 deg C.
Ya, suhu setinggi ini datang bersama tiupan angin kering dan berdebu.
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk menjaga tahap kesihatan ialah bersenam dan makan makanan berkhasiat.
Makanan tambahan seperti produk Shaklee memang baik untuk membantu tubuh kekal cergas bertenaga.
Atlit olimpik dan angkasawan telah mengambilnya untuk mengekalkan prestasi tubuh di tahap optimum.
Jika kesan yang baik berlaku pada mereka, insyaallah kesan yang sama bakal dinikmati oleh kita.
Antara set shaklee yang biasa diambil oleh bakal jemaah
- Set kesihatan optimum - sesuai diambil oleh lelaki dan wanita
- Set sendi - amat popular di kalangan jemaah berusia yang mempunyai masalah sendi dan tulang
Lagipun, produk ini mudah dibawa kemana mana.
Selain itu, pengambilan makanan yang seimbang sangat penting.
Sebaik manapun khasiat produk supplemen kesihatan, masih tidak boleh menggantikan kelebihan makanan semulajadi.
Amalkan jadual dan gizi makanan yang seimbang untuk mengekalkan berat badan ideal.
Seperti yang di sampaikan oleh junjungan kita Nabi Muhammad SAW
"Kami adalah kaum yang tidak akan makan kecuali apabila lapar dan apabila kami makan tidak sampai terlalu kenyang."
Hadis Abu Daud
Antara tabiat pemakanan yang baik dianjurkan oleh islam ialah
- Memberikan hak kepada perut kepada tiga bahagian.
- Sepertiga untuk makanan.
- Satu pertiga lagi untuk air minuman
- Baki selebihnya untuk udara/nafas.
Bagi menjamin badan kita sihat semasa mengerjakan umrah, Tuan Puan eloklah
- Pemeriksaan Penuh Kesihatan Secara Berkala
Ya betul, tak perlu keluar duit pun, asalkan anda pencarum PERKESO.
Voucher ini akan tamat pada bulan disember 2014.
Masih ada 2 bulan lagi untuk kita lakukannya.
Kita digalakkan membuat pemeriksaan lengkap kesihatan kerana dengan ini tahap kesihatan semasa dapat di ketahui.
Tekanan darah. Kandungan gula dan lain lain.
Harga petrol baru diumumkan naik 20sen.
Kos sara diri akan meningkat dan membebankan. Begitu juga dengan GST.
Semuanya akan bermula pada tahun hadapan 2015.
Penyedia perkhidmatan kesihatan swasta sudah tentu akan terkesan.
Apa yang sebaiknya untuk dilakukan ialah menjaga kesihatan sebaik mungkin.
Disaat tekanan hidup kian mencengkam. Badan yang sihat dan minda yang cerdas akan membantu kita melalui hari hari yang mencabar ini.
Sama samalah kita menjaga kesihatan yang ada. Benarlah seperti apa yang diriwayatkan
”Dua nikmat yang sering dilupakan oleh kebanyakan manusia (iaitu) kesihatan dan masa lapang”.
Beringat sebelum kena ya :)2. Dapatkan Khidmat Nasihat Doktor
Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, seeloknya berbincang dengan doktor dahulu tentang langkah langkah yang boleh diambil.
Masalh kesihatan seperti diebetis / kencing manis, sakit jantung, darah tinggi, lelah dan akan memberi kesan kepada persiapan melakukan umrah.
Doktor lebih maklum akan perkara ini, sebab pengalaman mereka sendiri menguruskan kes serupa
Makan vitamin dan supplemen dari sumber semulajadi |
Insyaallah, tindakan ini bakal menjimatkan sumber tenaga dan wang yang banyak di kemudian hari.
Bayaran untuk kemudahan kesihatan di negara Arab Saudi lebih mahal berbanding di Malaysia.
Setiap wang yang boleh dijimatkan amat berharga di kemudian hari.
3. Latih Stamina
Mari sama sama kita buat senaman untuk memperbaiki peredaran darah dan sistem peredaran oksigen dalam badan.
Mari sama kita baca luahan hati dan pengalaman seorang bekas jemaah.
Nama pendekar laut hanya nama Avatar. |
Cuaca berdebu dan jaan yang sesak dan sempit. Memang itulah yang berlaku semasa di sana.
Menurutnya lagi, lebih puas hati untuk mengambil pakej yang lebih dekat dengan tempat ibadat kerana masa banyak terbuang pergi dan balik ke hotel.
Memang memerlukan tenaga dan masa.
Tapi tertinggal waktu solat fardhu berjemaah tu yang memang rugi bukan.
Ganjaran solat fardhu di Mekah menyamai berapa kali ganda di tempat lain?
Ish ish ish.
Umpama langit dan bumi.
Di sana, pelbagai bangsa ada. Saiz mereka juga berbeza. Bangsa seperti Turki dan Eropah mempunyai saiz badan yang besar.
Bayangkan berjalan di laluan yang penuh dengan manusia gergasi ni. Hihihi.
Semua ini memerlukan tenaga dan kudrat yang tinggi.
Jantung yang sihat dan sistem peredaran darah yang baik sangat diperlukan.
Bagi jemaah berusia, lebih elok ambil pakej umrah yang jaraknya dekat.
Paling hampir ialah hotel hilton.
Berjalan kaki 50m sahaja untuk tiba di masjidil haram.
Jika terlewat pun, solat di surau hotel hilton masih dikira sambungan kawan masjidil haram kerana kita masih boleh melihat Kaabah.
4. Perbezaan Cuaca Di Malaysia Dan Di Haramain
Walaupun cuaca di Malaysia boleh dikatakan panas. Namun, perbezaan taburan hujan yang ketara sangat di rasai.
Suhu disini sekitar 25~35 darjah celcius pada kebiasaannya.
Matahari memancar hampir sepanjang masa di sana |
من شهد العشاء فكأنما قام نصف ليلة, ومن شهد الصبح فكأنما قام ليلة رواه مسلم.
Orang yang ikut shalat Isya’ (berjemaaah), seolah-olah telah shalat setengah malam. Orang yang ikut shalat shubuh (berjamaah), seolah-olah dia telah melaksanakan shalat sepanjang malam (qiyamullail).
(HR Muslim)
Memang besar kelebihan solat berjemaah ni kan.
Terutama solat Subuh dan Isya. Tidak cukup dengan itu, solat sunat sebelum subuh yang dari hadis riwayat Imam at-Tirmizi:
“Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya.”
Diriwayatkan dari Sayyidah Aisyah R.A., beliau berkata:
"Tidak ada solat sunat yang lebih diperhatikan Rasulullah SAW selain solat sunat sebelum Subuh"
(HR Al-Bukhari)
Bagaimana pula sekiranya menunaikan solat tersebut di Mekah dan Madinah?Dari Jabir Radhiallahu Anhu bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda
"Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."
Besar sungguh kelebihannya. Sehingga 100 000 kali ganda lebih afdhal.
Memang wajar kita berkira kira dengan masa yang sedikit disana. Jadi rancanglah sebaiknya
5. Kesempurnaan Ibadat Dengan Menuntut Ilmu
Tanpa ilmu, ibadat kita boleh kurang nilai penghayatan dan kualitinya.
Contohnya, tanpa ilmu seseorang yang tahajud sepanjang malam bersendirian tanpa solat berjemaah di masjid.
Tidak akan tahu bahawa, kelebihan mengerjakan solat isya dan subuh berjemaah menyamai beribadat sepanjang malam.
Rupa rupanya ada jalan yang menjanjikan ganjaran berganda dalam beribadat.
Tuntutlah ilmu dari kecil sehingga ke liang lahad |
Suddah tentu tidak bukan.
Ibadat tanpa ilmu tidak akan sempurna. Jadi tuntutlah ilmu sebelum berangkat kesana.
Agar kita tidak terlepas semua kelebihan yang ada.
Daftarlah diri ke dalam kelas khas untuk bakal jemaah umrah dan haji.
Dan pastikan ustaz dan tenaga pengajar tersebut layak dalam bidang tersebut.
6. Hayati Sejarah Umrah Dan Ilmu Tambahan Dari Buku Berkaitan
Sangat berbeza kualiti ibadat yang dilakukan dengan mengetahui sejarah disebalik setiap amalan tersebut.
Dari sini kita dapat menghayati pengorbanan yang telah di berikan oleh junjungan besar Rasulullah SAW dan para sahabat dalam menyebarkan agama islam yang kita anuti ini.
Kita akan dibawa ke lokasi perang badar, gunung uhud dan banyak tempat lain.
Terdapat banyak hikmah yang dapat diperolehi sekiranya minda kita berfikir dan mendalami perjalanan yang bakal dilalui ini.
Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran
“Di Baitullah terdapat bukti-bukti sejarah yang meyakinkan, antaranya tempat peribadahan Ibrahim; Sesiapa yang masuk ke sana, maka ia selamat.”
Surah Al-Imran; Ayat 97
Alhamdulillah, sudah sampai ke hujung artikel. Sebenarnya banyak lagi tips yang dapat diperolehi sekiranya kita melakukan kajian.
Insyaallah, saya galakkan anda semua ke blog Andalusiatravelumrah.com untuk rujukan lanjut.
Dan jangan lupa amalkan apa yang dipelajari ya. Jaga kesihatan, dan makan produk berkualiti seperti Shaklee.
Insyaallah, bertemu lagi lain kali.
Dan jangan lupa amalkan apa yang dipelajari ya. Jaga kesihatan, dan makan produk berkualiti seperti Shaklee.
Insyaallah, bertemu lagi lain kali.
Mohon jasa baik Tuan dan Puan untuk "KLIK" Butang "+1" dan "LIKE" supaya kita sama sama dapat menyebarkan kebaikan. Insyaallah
0 Response to "Cara Mengerjakan Umrah Persiapan Ke Tanah Suci"
Post a Comment