Cara Makan Set Kurus Shaklee Lengkap Yang Paling Berkesan

Cara Makan Set Kurus Shaklee Lengkap Yang Paling Berkesan


Assalamu'alaikum Wrmbth, Oh tidak, Malaysia negara paling gemuk di asia tenggara. Bagi mengurangkan populasi rakyat terlebih berat, hari ini Kak Mazni ingin berkongsi cara makan set kurus shaklee lengkap untuk anda.


cara makan set kurus shaklee lengkap

Ya kita juara carta berat badan peringkat asia tenggara. Undisputed champion. Kalau masuk sukan SEA pastinya kita juara tanpa tandingan.

set kurus shaklee esp
Adakah selepas ini kita akan jadi juara dunia pula? Selepas memenangi kategori Asia Tenggara?



Kontingen kita yang paling besar saiznya. Ohhh Tidakk.. Kak Mazni tak nak semua tu. 



Jadi, selepas akak makan sendiri semua produk shaklee untuk kuruskan badan, dan dah kurang banyak kg.


jadual pengambilan set kurus shaklee
Makan depan TV. Jadi couch potato. Galakkan anak anak kita habiskan masa diluar. Beriadah


Hari ini Akak nak kongsi pengalaman ya, moga anda semua jadi sihat dan fit. Bagi maju negara ni.


Tambah produktiviti kerja. Insyaallah.



Cara Makan Set Kurus Shaklee Yang Paling Berkesan Dari Pengalaman Kak Mazni



Ok, mula mula Kak Mazni nak cerita sikit keadaan masa awal awal makan produk shaklee.



Masa tu (cewah .. sedangkan baru 4bulan) berat akak memang boleh tahanlah. Ada masalah kulit.






Sakit ekzema yang gatal tu. Bukan saja gatal, tekstur kulit pun jadi tak cantik. Memang tak best.


Penat dah jumpa doktor. Dengan telan pil yang pelbagai warna dan jenis. 



Lama lama akak rasa lemas juga. Sampai bila nak macam ni kan. Takkan tak de penawar. Sedangkan Allah swt menciptakan penawar untuk setiap penyakit.



Kecuali mati. 



Masa tu akak baru dengar yang produk shaklee sedang meletup. 



Jadi misi akak pun bermula, akak nak cari pengedar shaklee yang boleh dipercayai. Yang kurus dan sihat.

aturan pemakanan set kurus shaklee
Yang makan sendiri produk ni. Mana boleh cari orang buta untuk ajar kita cari jalan kan.



Ibarat orang yang tak pernah makan rambutan, tapi nak terangkan rasa rambutan.



Memanglah rambutan manis, mangga pun manis. Jadi apa bezanya antara dua tu?



Alhamdulillah, Banyak banyak blog, Mazni berjaya yakin kan akak untuk cuba produk ni.



Penerangannya lengkap. Blognya pun nampak kemas. 



Bahagian ni memang Kak Mazni cerewet. Bukan sikit kawan akak yang beli barang diinternet tapi lepas tu penjual lepas tangan macam tu saja.



Akhirnya selepas 2 bulan, akak kurang lebih dari 15kg. Yang lebih memeranjatkan akak, sakit ekzema pun hilang.



Yabeda bedu... Hehe



Jadual Pengambilan Set Kurus Shaklee Lengkap



Masa mula mula nak ubah gaya hidup paling susah kan. Maznu faham, sebab dah lalui semua tu sendiri.



Langkah pertama untuk kurus adalah simpan niat yang betul. Tanya soalan soalan ni


Kenapa aku nak sihat dan kembali kurus?

Apa jadi kalau aku tak sihat dan tak kurus?

Bagaimana nasib suami isteri.. Anak anak atau mak ayah kita kalau kita sakit?

Siapa bertanggung jawab menjaga nasib mereka jika kita tidak sihat?

Sanggupkah kita menyusahkan orang tersayang sekiranya kita jatuh sakit?


Selepas kita ada sebab yang cukup kuat untuk kurus. Barulah mula dengan cara makan set kurus shaklee


LANGKAH 1 : NYAH TOKSIN ATAU DETOX


Bagi memberikan kesan terbaik, kita perlu detox badan dahulu. Buang semua toksin dan racun dalam badan.



Bersihkan usus. Macam mana nak buat?



Kita makan herblax atau alfafa untuk itu.



Sekiranya ada dua dua lebih bagus. Makan ikut dos yang tepat. herblax dalam 4 biji sehari.



Alfafa tak lebih dari 10 biji sehari.



Seeloknya mulakan dengan dos rendah. Jangan makan banyak sangat ok.



Ambil agen pembuang toksin ini selepas sarapan dan makan tengahari.



Ulang untuk 3 hari minimum. Paling bagus buat berterusan untuk seminggu.



Dalam proses ini insyaallah anda akan mula nampak kesan seperti lawas ke tandas. 



Terutama dengan makan herblax. Memang lawas. Seeloknya makan semasa hari cuti dirumah.



Anda tahu sendiri kenapa Kak Mazni cadangkan macam tu. Desakan ke tandas sangat sangat tinggi.



Hehe.. 



Akan keluarlah segala macam toksin yang lain dari kebiasaan ok.



set kurus shaklee premium


LANGKAH 2 : GAYA HIDUP YANG SIHAT 


Kak Mazni nak kongsi satu tips, bukan tipu tipu punya. Ini dari kawan akak sendiri yang kurus tanpa perlu banyak bersenam.

Apa tips tu?

Kurangkan makan nasi. Betul.

Kawan akak,  sebelum ni beratnya 100kg. Ok tipulah.. Sebenarnya beratnya lebih dari itu.

Tinggi dalam 170cm.

Kira sendiri berapa BMI kawan akak ni. 

Apa yang terjadi ialah, dia mula sedar kepentingan menjaga kesihatan. 

Dan langkah paling bagus diambilnya ialah kurangkan makan nasi. Kurang sangat sangat.

Hampir tak makan nasi langsung. Dia ganti dengan roti bijirin penuh dan oat.

Dalam masa 6 bulan. Beratnya turun kepada 70kg.

WOWW... Luar biasa. Dan dia tak bersenam sangat pun.

Oleh kerana Kak Mazni tahu, ramai dari kita tak boleh tinggal makan nasi. Ini cadangan akak.

Minum ESP Shaklee atau Cinch Shake Shaklee. Dan ganti bersama roti wholemeal dan oat.


Selepas 3 hari atau 7 hari detox badan.

Sebelum sarapan


Minum 1~2 sudu ESP dibancuh bersama air suam atau air sejuk. Campur dengan horlicks atau ovaltine dan susu untuk minuman yang lazat dan sedap.



Jika tak de ESP, tetapi anda ada Cinch bancuh 2 sudu dengan susu. Atau sama dengan cara penyediaan ESP. Ok?



Elak bancuh dengan kopi teh nescafe milo. Kafein dalam minuman tersebut akan ganggu penyerapan zat dalam makanan.



PESANAN:



Air panas pun jangan guna sebab akan merosakkan protein ESP.


Selepas Sarapan Pagi



Percaya atau tidak, dengan minum ESP dan cinch diawal pagi, perut akan lebih kenyang sepanjang pagi.



Sampai tengahari sebenarnya.



Masih perlu makan macam biasa ya. Sebaik baik sarapan ialah yang mengandungi semua kelas makanan.



Sarapan memang elok makan berat. Tetapi hadkan sehingga kenyang sahaja. Jangan makan lebih dari perlu.



Selepas sarapan makan lecithin dan omegaguard ikut sukatan yang betul ya



Sejam kemudian makan herblax ikut kuantiti yang betul



PESANAN:

Kak Mazni selalu dapat pertanyaan dari pelanggan, boleh tak minum ESP dan Cinch saja dan tak perlu makan makanan lain.


Sebenarnya tak boleh. Makanan masih perlu diambil ya.


Sebenarnya kan, orang yang makan sarapan pagi dengan banyak akan kenyang sampai tengahari.


Semasa makan tengahari, perut tak lapar sangat pun. Jadi kuantiti makanan yang diambil sedikit.


Makan Tengahari



Boleh perasan perut tak rasa lapar sangat kan. Itu kesan makan ESP dan cinch.



Ditambah pula dengan omegaguard yang membantu mengawal nafsu makan. Senang sikit nak kawal selera. Syukur alhamdulillah



Menu tengahari di Malaysia ni tak lari daripada lemak dan minyak. Antara pilihan yang terbaik untuk makan tengahari ialah nasi kerabu.



Kalau adalah kan. Hehe. Kak Mazni selalu kurangkan nasi masa tengahari dan lebihkan sayur.



Satu lagi tips yang Kak Mazni dapat dari pakar pemakanan. 



Nak tahu? Cer cerita cer cerita.



Kita boleh tipu minda sebenarnya. Gunakan pinggan yang lebih kecil. Elakkan guna pinggan besar.



Ada kesan psikologi tau.



Kalau guna pinggan kecil, kuantiti nasi dan lauk yang diambil kurang. Berbanding pinggan besar, kita lebih cenderung ambil nasi dan lauk banyak.


set slimming shaklee jadual makan jadwal
Mungkin kah satu hari nanti akan muncul seorang Yokozuna Sumo dari Malaysia?


Bayangkan.. Pinggan kecil, letak nasi sikit dan lauk je dah nampak penuh



Canggih tak tips ni. Memang betullah, Akak dah praktikkan dan memang betul.



Sebenarnya cukup atau tidak bergantung pada minda kita.



Kalau kita dah set dalam kepala


Aku makan 2 pinggan nasi baru kenyang.


Memang itulah yang kita akan terima. Bayangkan, masa puasa. Minggu pertama kita sahur punyalah banyak makan kan.



Tapi dah hujung bulan tu, minum air segelas dan makan sedikit saja dah kenyang. 



Niat puasa dan minda kita dah boleh terima


Aku makan sikit pun dah kenyang


Satu lagi contoh klasik. Merokok. Waktu puasa, boleh je perokok tahan sampai berbuka kan. 



Padahal sebelum tu, punyalah susah nak kawal masa merokok.


Jadi seleps habis makan tengahari masuk pejabat, makan lagi omegaguard dan lecithin. Kuantiti mesti tepat


Kemudian 1 jam kemudian makan herblax lagi.



Makan Malam


Seelok eloknya makan malam awal. Sebelum maghtib. Tapi realiti zaman sekarang,ramai lagi tersangkut dalam jam masa tu kan.



Waktu makan malam kita tak perlu makan banyak banyak. Seeloknya jangan makan nasi. 



Macam kawan kak Mazni seorang ni, sediakan roti parataha segera dalam peti ais.



Dia beli roti paratha yang serat penuh tu. Makan 2 keping dah kenyang. Dan lebih penting tahan lama.



Roti paratha serat penuh ni 50% kurang kandungan lemak dalamnya. Jadi menu yang lebih sihat.



Nak bagi sedap tukar tukarlah dengan kuah lain. Paratha cecah sambal sedap tu. 



Cecah kari pun best.



Kalau nak kelainan, masa panas panas tu sapu sikit mentega kacang dan taburkan badam. Sedap tu.



Ala ala Hot and Roll. Bezanya buat sendiri. Murah je.



Kenapa tak boleh makan berat waktu malam? Kita kan dah nak tidur.



Badan pun nak rehat, metabolisme dah turun. Kalau kita makan berlebihan berat, makanan tu akan disimpan sebagai lemak.



Macam mana berat nak turun kan.


Selesai makan malam, makan lagi lecithin dan omegaguard ok.


PERHATIAN:

Maksimum makan lecithin 6biji sehari. Omegaguard 3 biji sehari. Ini ada tulis belakang botol.


Jadi mintak tolong makan ikut sukatan ya.



Tips Cara Makan Set Kurus Shaklee Lengkap 



Jika kita harapkan pada supplemen shaklee sahaja untuk turunkan berat badan, memang hasilnya bagus.



Tapi kalau nak lebih bagus, cuba buat senaman setiap hari. Tak perlu lama. 20 minit pun cukup.



Paling best setakat ni kurang 10kg dalam sebulan. 



Lepas tu nak bagi ganjaran pada badan sekali sekala boleh lah.



Dah kurang 10 kg kan. Kita makan untuk hidup. 



Bukan hidup untuk makan.




Cara Makan Set Kurus Shaklee Tidak Berkesan Jika..  Pantang Larang Kuruskan Badan



Ramai dah kurus selepas makan set kurus shaklee dengan betul. Ramai sangat.



pantang larang set kurus shaklee



Tiba tiba kedengaran beberapa contoh berat tak turun. Malah naik lagi.



Dan yang lebih menyeronokkan, disalahkan pula pada produk Shaklee. Tak berkesan. Tipu.



Percayalah, jika tak berkesan tu antara sebabnya ialah



1. Makan sarapan atau tidak? Kemungkinan selalu tinggal sarapan. Selalu makan sarapan lamabt.



Selalu tunggu perut dah lapar sangat baru makan. 



2. Kurang disiplin. Sekejap makan sekejap tinggal. 



Tak boleh macam tu. Makan mesti berterusan.



Kalau nak kurus, cuba ajak suami isteri dan kawan kawan untuk kurus bersama.



Bersama sama lebih mudah.



Sebab tu bulan ramadhan ramai ke surau dan masjid bertarawikh. Sebab ramai, Meriah dan seronok



3. Makan makanan ringan. Makan makanan segera. 



Fast food ialah bahan terlarang. Lemak banyak. Perasa banyak. Nak makan sekali sekala pun, selepas kita dah kuruslah.



4. Selalu bergaul dengan kaki makan



Kita ni banyak dipengaruhi oleh rakan rakan sekeliling. Masa rehat, janganlah duduk lepak dengan kawan kawan lain yang makan tak ingat.



Kena cari lingkungan dan persekitaran yang sesuai untuk makan dengan sihat.



Mula mula memang kekok. Cuba fokus, pedulikan ejekan orang.



Semua tu akan senyap selepas anda kurus. Masa tu mereka pula akan datang cari anda.



Tak pasal pasal anda terpaksa tolong mereka beli set kurus lengkap shaklee kan.



5. Kurang minum air



Air adalah agen penting untuk detox. minum 3 liter air sehari. Air masak ya.



Bukan air bergas 3 liter. Bukan kopi 3 liter. 



Air kosong tu.



6. Makan malam yang berat



Makan malam yang lambat dan berat. Alamak, lepas tu terus tidur.



Biasanya bila dah kenyang, badan dah penat, mata dah berat. Mesti tidur lena.



Habis diet kita. 



Cara Makan Set Kurus Shaklee Tidak Berguna


Jika anda baca dan tak buat apa apa. Selamat mencuba Kak Mazni ucapkan ya.


Jika sahabat semua mempunyai sebarang soalan mengenai set kurus dan cantik shaklee .. Boleh hubungi Maznu melalui


SMS / Whatsupp: 
019 265 3791
Email: Maznizaazmi@gmail.com

FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.



@ boleh pergi sendiri ke Cawangan Shaklee berdekatan dan order produk menggunakan id Kak Mazni :

ID Shaklee: 963860



*Setelah produk sampai Kak Mazni akan guide tatacara pengambilan

  set ini.
* Istimewa untuk pelanggan, hubungi Kak Mazni  untuk Cara Makan set kurus shaklee yang lebih lengkap, dengan produk produk lain yang semulajadi dan selamat digunakan:

Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel:

0 Response to "Cara Makan Set Kurus Shaklee Lengkap Yang Paling Berkesan"

Post a Comment