11 Punca Rambut Gugur Wanita Memakai Tudung Dan Rawatan Mengatasinya
Assalamu'alaikum Wrmbth, masalah utama wanita yang memakai tudung dan menutup kepala mereka ialah keguguran rambut.Tapi apa punca rambut gugur ? Contoh keadaan di mana rambut banyak gugur
- Semasa selepas bersalin dan dalam pantang, memang banyak rambut gugurkan? Bagi yang makan set bersalin shaklee, insyaallah rambut yang gugur akan berkurangan.
- Semasa kita tertekan dan banyak kerja. Contoh stress yang selalu dihadapi suami isteri ialah masalah kesuburan untuk pasangan pengantin baru. Belum dapat anak lagi. Saudara mara sudah tanya. Masalah kerja.
- Badan terlalu kurus dan tiada selera makan. Makan pun banyak makanan segera. Sedar sedar banyak rambut gugur. Berat badan pun berkurangan. Tanda kekurangan zat. Ada cara selamat untuk tambahkan berat badan
- Dan semasa sedang mengandung. Ibu mesti makan dengan cukup. Kalau tidak semasa kehamilan, bukan sahaja rambut gugur tulang dan sendi pun sakit sakit. Antara sebabnya kekurangan kalsium dalam badan untuk pertumbuhan anak
Dulu saya juga pernah mengalami masalah ini, tetapi dengan mengubah beberapa amalan hidup dan mengamalkan produk shaklee yang sesuai.
Sudah sangat kurang dan menampakkan perubahan positif.
Masih ramai wanita bertudung yang mengalami masalah ini, terutama bagi yang selalu kerja di luar. Jurutera lapangan. Kerja tepi laut.
Memang faham faham sendiri keadaannya. Pakai tudung hari hari, kulit kepala pun mula gatal gatal dan tak selesa.
Menurut kajian, 11% wanita Malaysia sanggup ponteng kerja jika tidak berpuas hati dengan rambut. Adakah kita salah satu darinya? |
Siapa yang selalu lihat televisyen, cuba perhatikan iklan syampoo untuk wanita bertudung.
Bukan main rancak lagi garu kepala.
Walaupun tersengih melihat mesej yang ingin di sampaikan dalam iklan tersebut.
Secara sinisnya memang kena tepat pada diri kita sendiri. Rambut memang mahkota wanita.
Semua wanita inginkan rambut yang cantik berkilau dan senang diurus.
Jadi kali ini kami akan membantu wanita moden seperti kita semua mengenal pasti punca rambut gugur (Tips Tudunglabuhonline.com ) samada memakai selendang ataupun tudung labuh dan 5 Tips Hilangkan Kelemumur.
- Menggunakan Perapi dan Bahan Kimia Berlebihan. Ramai dari kita yang gemar menggunakan produk penjagaan rambut dengan tujuan menjaganya. Contohnya untuk teknik rebonding / meluruskan rambut ataupun mewarnakan rambut. Sesetengah produk mengandungi bahan kimia yang menyerap sehingga ke akar dan menyebabkan keguguran.
- Hormon Wanita Berubah Semasa Kehamilan dan Bersalin. Semasa hamil, badan ibu mengalami banyak perubahan fizikal dan dalaman. Ini semua melibatkan hormon dalam badan seperti estrogen dan progesteron. Kandungan hormon yang berubah ini menyebabkan masalah rambut gugur pada ibu hamil dan baru bersalin.
- Keturunan dan Baka. Sejarah keluarga dan keturunan kita memainkan peranan dalam punca keguguran rambut. Sekiranya ibu bapa kita mengalami masalah ini selepas umur tertentu, besar kemungkinan kita juga mewarisinya daripada mereka.
- Gangguan Sistem Peredaran Darah. Badan kita mempunyai satu sistem pengangkutan yang cekap. Sistem yang dinamakan peredaran darah ini mengangkut nutrien dan oksigen ke seluruh badan. Atas sebab tertentu (seperti diet harian dan salah urat) berlaku gangguan pada sistem ini yang menghala ke kulit kepala. Menyebabkan masalah kekurangan nutrien pada rambut dan akarnya menjadi tidak kuat.
- Banyak Memakan Makanan Yang Berangin. Sesetengah makanan boleh menyumbang kepada masalah angin badan. Mempunyai masalah angin badan yang serius dan sakit kepala. Kesannya juga dapat dilihat pada bilangan rambut yang gugur.
- Tabiat Suka Mengikat Rambut. Bergantung pada individu, ada yang gemar menggayakan pelbagai fesyen rambut terkini. Ini melibatkan mengikat, menyikat dan menarik rambut dengan kerap dan ketat. Lama kelamaan, akar rambut akan menjadi lemah dan senang luruh.
- Diet Dan Gizi Makanan Harian. Makanan yang diambil seharian memainkan peranan penting pada kesihatan diri. Sekiranya nutrien yang diperlukan badan tidak mencukupi. Ataupun mengambil makanan yang mengganggu hormon badan, rambut boleh gugur.
- Memakai Tudung Yang Kurang Sesuai. Ada tudung dan selendang yang di perbuat dari baan yang tidak menyerap peluh dan panas kerana pengudaraan yang tidak baik. Ini akhirnya menyebabkan masalah kelemumur. Gunakan kain tudung dan shawl chiffon kapas dan koshibo untuk keselesaan.
- Kerap Menukar Syampoo Yang Di Gunakan. Elakkan menukar penggunaan syampoo dengan kerap kerana ini akan menyebabkan tindak balas pada kesihatan kulit kepala.
- Tidak Menjaga Kebersihan Rambut. Wanita muslimah yang memakai tudung dan bekerja di luar mestilah kerap membersihkan rambut supaya lapisan minyak dari peluh dapat dibersihkan dan mengelakkan pembiakan koloni bakteria. Yang akhirnya menyebabkan kelemumur.
Seterusnya kita teruskan pula pada masalah yang berikutnya.
Apakah Punca Kelemumur Yang Sering Dihadapi Wanita Bertudung
Apa punca masalah kelemumur ini? Mari sama sama kita lihat- Kulit Kepala Kurang Lembapan
Pendedahan terlalu lama kepada penghawa dingin, terdedah secara langsung kepada cahaya matahari menyebabkan kulit kepala kering.
Sekiranya kelembapan yang hilang tidak digantikan dengan cara menggunakan produk yang sesuai, akhirnya ia menjadi kering dan menyebabkan kegatalan.
- Kulit Kepala Berminyak
Peluh yang dikeluarkan dari kelenjar peluh ini mengandungi minyak untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit.
Tetapi, sekiranya tudung dan shawl / selendang yang di pakai tidak sesuai untuk cuaca di Malaysia.
Peluh tidak di serap dengan baik dan lapisan minyak terbentuk di kulit kepala. Ditambah pula dengan penjagaan kebersihan diri yang kurang rapi.
Akibat kesibukan mengejar masa, wanita sekarang sangat sibuk dengan tugas hakiki sebagai pekerja, usahawan, isteri dan ibu.
Sekiranya berterusan, bakteria akan membiak di lapian minyak ini dan menyebabkan kelemumur kerana keadaan kulit kepala yang tidak bersih.
Apa pun, kebersihan itu tuntutan agama bukan :)
- Jarang Menggunakan Syampoo
Dan pada masa yang sama memastikan kulit kepala bersih.
Ini menyebabkan kelemumur dapat dielakkan.
Pada masa yang sama, syampoo yang sesuai juga akan memberikan terapi aroma yang mengembalikan kesegaran dan mengurangkan tekanan yang di hadapi seharian.
- Kulit Kepala Sensitif
Ia juga sensitif kepada produk dan makanan tertentu. Dapatkan rawatan daripada doktor.
- Menggunakan Perapi Dan Syampoo Yang Tidak Padan
Dan tidak pula sesuai dengan jenama lain.
Sekiranya jenama yang sesuai telah pun dikenali, tak perlu beralih ya.
Kemungkinan untuk berlaku mudarat lebih tinggi dari kebaikan.
- Stress
Jadi, cari cara yang sihat untuk melepaskan tekanan seperti bersukan dan beriadah bersama keluarga.
Ataupun luangkan masa untuk aktiviti keagamaan. Mengadu kepada Allah swt dan luangkan masa berkualiti dengan sang pencipta yang esa.
Seperti yang kami kongsikan sebelum ini, syampoo rambut beraroma boleh memberikan kesan terapi untuk menenangkan diri.
Memang sunnah Nabi kita bukan untuk memakai bau bauan yang sedap dan wangi.
Syampoo Prosante Shaklee Membantu Rawatan Rambut Gugur
Ok, setelah banyak kita bincangkan kelebihan syampoo dan perapi rambut kepada kesihatan kulit kepala.
Sekarang kami kongsikan satu alternatif untuk masalah kulit kepala, kelemumur dan keguguran rambut dari Shaklee.
Rangkaian produk penjagaan rambut Prosante dari Shaklee dirumus khas untuk memastikan rambut kira kekal sihat dan bersinar.
set penjagaan rambut prosante shaklee |
Sekarang kami kongsikan satu alternatif untuk masalah kulit kepala, kelemumur dan keguguran rambut dari Shaklee.
Rangkaian produk penjagaan rambut Prosante dari Shaklee dirumus khas untuk memastikan rambut kira kekal sihat dan bersinar.
- A. Long Lasting Finishing Spray
- B. Revitalizing Shampoo
- C. Purifying Shampoo
- D. ProSante Shaklee Replenishing Conditioner
- F. Nourishing Scalp Treatment (Khusus untuk Wanita Bertudung)
Jika kawan kawan ada sebarang soalan mengenai artikel dan produk Shaklee, boleh hubungi Mazni di
Call / Whatsupp: 019-2653791 atau 0192663791
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan HARGA dan INFO PERCUMA
Begitulah perkongsian untuk punca rambut gugur dan rawatan yang sesuai dari produk Shaklee.
Semoga memberi manfaat insyaallah.
0 Response to "11 Punca Rambut Gugur Wanita Memakai Tudung"
Post a Comment