Cara Banyakkan Susu Badan Ibu Pantang Dengan Cepat

Cara Banyakkan Susu Badan Ibu Pantang Dengan Cepat

Susu badan memang nikmat Allah yang mahal! Allah swt uji kami semasa kelahiran anak kedua dengan kelahiran pra matang. Susahnya hati.
cara banyakkan susu badan ibu
Anak ceria dengan limpahan kasih sayang dari susu badan ibunya
Lihat kebaikan Menyusu Badan Dalam Video 2 Minit Yang Best Ini


Rupa rupanya dari pengalaman sukar tersebut, terbukalah hijab dari Allah SWT tentang khasiat susu badan ibu.


KOMEN TERPILIH DARI PUAN DI RUANGAN KOMEN DI BAWAH AKAN MEMENANGI PRODUK MENAMBAHKAN SUSU BADAN BERNILAI RM60 !

JOM KOMEN SEKARANG! ADAKAH PUAN IBU BERTUAH TERSEBUT?


Insyaallah, kali ini Mazni akan berkongsi cara banyakkan susu badan ibu semasa berpantang. Dari pengalaman menyusukan anak kedua kami Usamah Zahid.

Perhatikan: Tanda Awal Bersalin Untuk Persiapan Kelahiran Awal


Memang benar kita di tuntut menyusukan anak secara ekslusif selama 2 tahun penuh. Ada ayat di dalam al quran yang menunjukkan betapa besarnya hikmah penyusuan susu ibu.
bayi gembira susu badan banyak
Bila nak dapat sesi menyusu lagi ni. Sedapnya, lemak berkrim.
Memang pengalaman setiap ibu berbeza, ada yang memilih untuk menyusu ekslusif.

Bagi yang merancang menyusu badan, memang banyak persediaan yang perlu dibuat. Antaranya

  1. Melengkapkan diri dengan ilmu penyusuan
  2. Mendapatkan persetujuan dan kerjasama dari suami
  3. Menyediakan peralatan dan kelengkapan menyusu (Pam menyusu dan Suplemen untuk ibu menyusu)
  4. Kekuatan mental untuk berjaya menyusukan selama 2 tahun.
Merancang dan memulakan sesuatu memang mudah. Wang ringgit boleh disediakan. 

Tetapi istiqamah dan usaha berterusan yang paling diperlukan oleh seorang ibu dalam menyusukan anaknya.

Adalah lebih mudah untuk menyediakan produk berpantang yang membantu menambahkan susu badan.

Ini akan menjimatkan masa dan tenaga anda.

Tahukah Puan?: Set Bersalin Ini Mesra Penyusuan Susu Badan

Faedah menyusukan anak anak dengan susu badan ibu ialah

  1. Darah nifas mengalir lebih lancar
  2. Anak dapat khasiat terbaik dari susu badan yang tidak diperolehi dari susu formula termahal
  3. Hubungan kasih sayang dengan bayi
  4. Rahim akan mengecut dan kembali normal lebih pantas
  5. Hilang berat dan kembali kurus
Memang benar, dengan diet ibu menyusu yang sihat, berat badan akan lebih cepat turun

Tips Kurus : Cara Kuruskan Badan Yang Berkesan!


bayi gembira banyakkan susu badan
Terima kasih ibu kerana berkorban untuk kami. Sayang ibu!

Apalagi sekiranya, ibu tersebut bekerja. Seperti Mazni dan banyak lagi ibu di luar sana.

Disiplin sangat penting dengan kekangan masa dan tugas di pejabat. Pengambilan suplemen dan vitamin untuk ibu menyusu memang sangat membantu.

Penafian :
Ilmu penyusuan sangat diperlukan untuk kejayaan pengeluaran susu badan yang banyak. Pengambilan suplemen seperti produk tambahkan susu ibu shaklee hanya sebahagian dari proses tersebut.

Menyusu ibu memerlukan 
  1. Ilmu penyusuan (Cara pam, cara menyimpan susu dan sebagainya)
  2. Disiplin (Jadual mengepam dan menyusu badan)
  3. Dan nutrisi (Pemakanan yang seimbang untuk keperluan ibu dan pengeluaran susu)
Sekiranya puan tidak memahami perkara penting ini, besar kemungkinan tiada hasil berterusan yang akan di perolehi dari pengambilan suplemen dan produk tambah susu badan.
bayi riang susu badan dah sampai
Yeh Yeh.. Susu badan umi dah sampai.. Yum Yum Yummy!!

InsyaAllah, menjelang penghujung artikel ini, Puan puan akan memperolehi ilmu dan tips untuk

  1. Susu ibu mengeyangkan anak
  2. Susu badan yang mencukupi untuk simpanan
  3. Ibu kekal cergas bertenaga
Insyaallah, dengan mengamalkan tips untuk menambahkan susu badan ini, akan menjadi bekalan kepada puan untuk menyusukan anak selama 2 tahun penuh.

Dan dengan susu badan ibu yang berkhasiat, berat badan anak kita akan naik dengan sihat.

Insyaallah tak perlu risau dengan anak tiada selera makan dan sering kelihatan letih.

Tips Selera Anak: Cara Menambahkan Selera Makan Anak Supaya Sihat & Cergas

3 Tips Berkuasa Menambahkan Susu Badan Ibu Tanpa Kos


Kebanyakan dari kita tidak sedar, satu tindakan kecil yang dilakukan secara berterusan (Istiqamah) akan membuahkan hasil yang luar biasa.

Hari ini Mazni ingin kongsikan 3 amalan biasa. Cara banyakkan susu badan ibu yang sangat biasa tetapi berkuasa.
bayi nak susu ibu yang sedap
Nak susu umi tambah kasih sayang satu!

Umpama titisan air yang jatuh ke atas batu. Tetapi mampu menebuk lubang dan menembusi batu tersebut sekiranya di lakukan berterusan.

1. Cukupkan Keperluan Air Harian

Selalunya, kita perlukan air sebanyak 3 liter sehari untuk keperluan harian.

Terutama semasa cuaca panas.

Ibu menyusu badan perlukan lebih banyak air untuk
  1. Mengekalkan fungsi badan
  2. Pengeluaran susu badan
Ini sebabnya, ibu menyusu akan berasa haus tiap kali selepas mengepam susu atau menyusukan anak.
bayi minum air susu badan
Banyaknya air kena minum. 

 Salah satu komponen utama susu ibu adalah air. 

Jadi, bagi puan yang memasang impian untuk menyusu badan minum air banyak banyak.

Antara air yang bagus untuk menambah pengeluaran susu badan

  1. Air kosong
  2. Air susu kerana kandungan kalsiumnya
Air susu membekalkan keperluan kalsium badan untuk tulang dan gigi yang kuat.

Salah satu masa susu badan menjadi sedikit adalah kerana datangnya haid.

Semasa kitaran haid bermula, badan kita kekurangan kalsium. Ini sebabnya, susu sikit semasa datang haid.

Tips Kitaran Haid: Cara mengira waktu subur dalam kitaran haid wanita.

Ambil makanan dan minuman yang mengandungi kalsium semasa haid untuk menambahkan susu badan.

Air yang cukup akan membuatkan kita lebih cergas bertenaga.

Semasa kita cergas dan sihat, perasaan lebih tenang dan ini akan merangsangkan badan untuk banyakkan susu.

Antara kesan positif yang dirasai oleh ibu menyusu badan ialah haid lebih lambat datang.

Jadi, boleh menjadi cara merancang keluarga yang bagus kerana haid menjadi tidak teratur.

Jangan Panik: Haid tidak teratur kerana ibu menyusu!

2. Banyakkan Berzikir Untuk Ketenangan & Keceriaan

Satu perkara yang kita tidak dapat beli dengan wang ringgit adalah ketenangan.
bayi dan ibu berzikir bersama sama
Ibu selalu zikir masa susukan kita. Nak jadi anak soleh lepas ni. Sayang Ummi dan Abi

Ada orang kaya dan berjaya tetapi hati tidak tenang. Ada juga orang miskin yang tidak punya wang, makan juga sekadar cukup.

Tetapinya tenang kerana selalu berzikir mengingati Allah swt.

Telah terbukti melalui kajian saintifik, zikir kepada allah swt seperti selawat akan menghasilkan hormon yang menyebabkan ketenangan.

2 hormon di bawah ini di rembeskan badan dan membantu penghasilan susu badan yang lebih.

  1. Oxytocin - Untuk perasaan tenang dan ceria
  2. Prolaktin - Untuk sifat keibuan dan pengeluaran susu.

2 hormon ini menyebabkan perasaan ibu menyusu stabil dan ceria. Perasaan positif ini akan menambahkan susu badan yang di keluarkan badan.

Jadi, secara semulajadinya, Allah swt telah jadikan tempoh 2 tahun untuk ibu menyusu ini latihan untuk kekal positif dan ceria.

Kajian terkini juga menunjukkan ibu menyusu yang ceria dan positif akan mempengaruhi emosi anak yang disusukan.


3. Rajinkan Pam Dan Disiplin Dengan Jadual Penyusuan

Ada pepatah mengatakan 
"Applied knowledge Is Power"
Dan terdapat doa khusus kepada Allah swt untuk melindungi kita dari ilmu yang tidak bermanfaat.
Yang bermaksud
“Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari ilmu yang tidak bermanfaat, dari hati yang tidak khusyu’, dari nafsu yang tidak pernah kenyang, dan dari doa yang tidak dikabulkan.”(HR Muslim 4899)

Selalulah kita amalkan doa ini, termasuklah semasa kita menyusukan anak. 

Ini kerana ilmu penyusuan yang di baca tidak mendatangkan manfaat sekiranya kita tidak istiqamah dalam mengamalkannya.

Contohnya, Insyaallah prinsip "Supply and Demand" dalam penyusuan susu badan memang di ketahui ramai.

Prinsip "supply and Demand" menyatakan lebih banyak susu di pam dan di minum anak, lebih banyak lagi susu akan di hasilkan.
bayi rajin mengepam susu badan
Saya rajin hisap susu. Ummi rajin pam. Setuju?

Dan ini memerlukan ibu untuk berterusan mengepam susu. Siang dan malam untuk keperluan anak tersayang.

Buat ibu bekerja, waktu pejabat adalah masa mencabar untuk mengepam susu.

Pengurusan masa memang penting untuk memastikan tugas tidak terganggu oleh rutin mengepam susu.

Bagi memastikan gangguan minimum pada jadual waktu pejabat, boleh cuba amalkan masa pam di bawah

  1. Datang awal ke pejabat dan pam sebelum waktu bekerja
  2. Semasa rehat dan pam susu di surau sambil berzikir (Zikir membantu ketenangan minda)
  3. Selepas waktu pejabat sebelum pulang ke rumah
Atau dapatkan pam susu yang bagus seperti Medela freestyle yang membolehkan anda mengepam susu sambil bekerja.

Mazni sendiri menggunakan medela freestyle. Harga pam ini agak mahal namun sangat menyenangkan kerja.

Kelebihan pam jenis freestyle ialah tangan kita bebas melakukan kerja lain semasa mengepam susu.

Ini memerlukan modal permulaan yang lebih, jadi rancang lebih awal dan kumpul setiap bulan.

Selain pam susu yang bagus, cabaran penyusuan kedua untuk ibu bekerja yang melalui program penyusuan susu badan ialah nutrisi.

Agak sukar untuk makan makanan yang berkhasiat di tengah kesibukan seharian. Disinilah kebaikan untuk mengambil makanan tambahan berupa suplemen.

Terdapat banyak produk makanan tambahan untuk banyakkan susu badan ibu di luar sana.

Antaranya ialah produk penyusuan shaklee.

Set ini Mazni gunakan sendiri sehingga sekarang untuk mencukupkan keperluan khasiat yang diperlukan badan.

Produk Tambah Susu Badan Shaklee – Suplemen Banyakkan Susu Badan


Puan puan yang bijaksana mesti ingat lagi, di awal artikel ini Mazni ada sebutkan kepentingan nutrisi sebagai salah satu cara banyakkan susu badan.

Jika kurang zat kerana tak sempat makan akibat kesibukan kerja, badan jadi penat.

Minda pun letih dan tekanan mudah menguasai minda.

Mulalah hendak jatuh sakit dan susu pun segan segan saja nak keluar.

Dalam Set Penyusuan Shaklee ada 6 jenis supplemen, iaitu:

1. ESP
2. Alfalfa
3. Omegaguard
4. Ostematrix
Selain 4 diatas, vitamin di bawah juga bagus untuk ibu menyusu.
5. B Complex
6. Vitamin C
7. Vitalea
produk tambahkan susu badan shaklee
Set Menyusu Shaklee Premium Yang Tahan Anggaran 4 bulan (Termasuk omegaguard di bawah)

omegaguard untuk tambah susu badan
Botol omegaguard sama besar dengan Vita-Lea

Buat Puan Puan yang tertanya tanya fungsi dan peranan setiap vitamin ada di dalam set penyusuan shaklee. 

Boleh KLIK link dibawah dan baca lebih lanjut

Fungsi & Kelebihan: Kenali Peranan Set Penyusuan Shaklee

Pening Membuat Pilihan: Panduan Memilih Set Menyusu Shaklee Yang Sesuai Dengan Keperluan Puan

Untuk mencuba produk, bertanyakan harga dan konsultasi percuma ini, sila hubungi saya di:

SMS / Whatsupp: 
019-2653791 atau  0192663791 

ID Shaklee: 963860

Email: fairulazmi@gmail.com

FB: Mazni Azmi 

Bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu Bijak Keluarga Sihat untuk maklumat menarik dan promosi

Jadi apa pendapat anda tentang Produk penyusuan Shaklee sebagai cara menambahkan susu badan?


KOMEN TERBAIK DI RUANGAN KOMEN DARI PUAN DI BAWAH AKAN MEMENANGI PRODUK MENAMBAHKAN SUSU BADAN SHAKLEE BERNILAI RM60


KOMEN SEKARANG! ADAKAH PUAN IBU BERTUAH TERSEBUT 

Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel:

0 Response to "Cara Banyakkan Susu Badan Ibu Pantang Dengan Cepat"

Post a Comment