Punca Masalah Haid Tidak Teratur! Cara Mengatasi?

Punca Masalah Haid Tidak Teratur Berpanjangan! Mengatasi?

Assalamualaikum Wrmbth, antara penyebab utama masalah kesuburan di kalangan wanita ialah masalah haid tidak teratur.
suami isteri waktu subur kitaran haid
Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara, kerana agama, kecantikan dan keturunannya. Suami dan isteri saling memerlukan
Bagi yang baru mengalaminya, memang merunsingkan hati.

Kitaran haid yang mempengaruhi waktu subur wanita ini tidak lagi sama setiap bulan.
waktu subur wanita terjejas kerana haid
Suami isteri ditakdirkan untuk melalui kehidupan ini bersama. Dikala suka dan duka bersama
Hasil dari interaksi dengan pembaca, wanita yang mempunyai gejala ini boleh di kelaskan dalam beberapa kumpulan

  1. Haid teratur - Tetapi masih belum berjaya hamil
  2. Haid tidak teratur - Haid masih datang setiap bulan
  3. Haid tidak teratur - Haid tidak datang setiap bulan

Setakat ini, tempoh paling lama pernah Mazni dengar tidak datang haid ialah setahun.
setahun haid tidak datang

Antara kesan yang di rasai oleh wanita yang tidak datang haid ialah
  1. Sukar hamil walaupun sudah kahwin lama
  2. Tubuh badan terasa letih
  3. Emosi kurang stabil dan terganggu
  4. Mudah marah dan mengganggu hubungan suami isteri 
  5. Masalah jerawat

Tapi, jerawat yang banyak juga boleh berpunca daripada resdung. Boleh dapatkan rawatan resdung untuk kulit cantik dan bersih

Kaitan Waktu Subur Wanita Dan Kitaran 

Allah swt jadikan wanita berlainan dari lelaki. Antara yang paling ketara, wanita ada kitaran haid.
punca masalah haid tidak teratur berpanjangan
Kitaran haid tidak teratur akan memberikan kesan kepada hubungan suami isteri
Kitaran haid adalah satu acara bulanan yang berlaku di dalam badan wanita dalam persediaan untuk kehamilan
kehamilan mengeratkan kasih sayang suami isteri
Kehamilan isteri adalah saat yang bahagia untuk suami isteri. Kitaran haid normal membantu isteri cepat mengandung
Bagi wanita dengan kitar haid normal, dan salah satu ovari melepaskan telur semasa waktu subur dan proses ini dipanggil ovulasi. Mari kira waktu subur wanita dengan mudah. Recommended

Sekiranya suami isteri melakukan hubungan intim semasa waktu subur, insyaallah kemungkinan untuk mengandung tinggi. Apatah lagi untuk pengantin baru yang baru melangsungkan perkahwinan. Mudah bunting pelamin jika berhubungan semasa malam pertama perkahwinan pada waktu subur.  Recommended
hubungan intim suami isteri pengantin baru
Hubungan intim suami isteri yang halal antara suami isteri melahirkan zuriat yang soleh dan solehah
mengerjakan umrah berbulan madu umrah
Indah bulan madu dengan mengerjakan umrah bersama sama. Mengabdikan cinta suami isteri kepada ilahi.
Baca sunnah perkahwinan islam yang bagus untuk diamalkan suami isteri bersama sama Recommended

Tetapi jika tiada persenyawaan sperma suami dan ovum isteri selepas berhubungan intim. Lapisan dinding rahim yang kaya dengan salur darah akan luruh melalui faraj sebagau haid.

Cara Mengenal Haid Stabil Atau Tidak Normal?

Wanita dijadikan istimewa. Dan setiap dari kita adalah unik dan berbeza.
suami isteri istimewa sihat ceria
Suami dan isteri yang sihat dan ceria mampu mengharungi bahtera rumah tangga. Wanita muslimah superwomen!
Tempoh kitaran haid juga berbeza menurut individu.
  1. Kitar haid dikira dari hari pertama bermula
  2. Tempoh ini berlaku diantara 21 hingga 35 hari setiap bulan.
  3. Biasanya waktu haid pula selama 2-7 hari .
  4. Tempoh kitaran haid kebiasannya semakin singkat dengan pertambahan umur.
  5. Seeloknya catat di kalendar setiap bulan tarikh bermula haid.
  6. Haid masih lagi normal sekiranya tempoh sama setiap bulan sama, walaupun berbeza hari dan hadir setiap bulan.
  7. Sakit, senggugut, darah haid berketul ketul dan lenguh badan semasa haid masih dianggap normal.
Haid yang tidak menentu menyebabkan kehidupan seseorang wanita terasa tidak sempurna.
haid tidak menentu mempengaruhi emosi isteri
Emosi dan perasaan isteri sedikit terganggu dengan kitaran haidnya yang tidak menentu. Suami soleh akan sentiasa berada disisi 

Tanda Utama Haid Tidak Teratur ?

Tanda utama haid tidak teratur ialah tempoh di antara tempoh berbeza setiap bulan. 
tanda utama masalah haid tidak teratur
Bilangan hari untuk kitaran haid setiap bulan berubah ubah. 

  1. Contohnya dari 28 hari bulan lepas kepada 20 hari bulan ini dan 30 hari pula bulan hadapan.
  2. Tempoh kitaran untuk 3 bulan berbeza beza
  3. Punca haid tidak teratur sama sahaja untuk remaja, wanita selepas berkahwin dan selepas bersalin
suami bijak tangani emosi isteri haid
Para suami perlu bijak menangani emosi isteri yang tidak stabil semasa gangguan kitaran haid. Ceriakan suasana dengan telatah anda :)
Apa pun keadaan kita, wanita mestilah mengamalkan diet makanan yang seimbang untuk kesuburan. Boleh baca senarai makanan terbaik untuk cepat hamil Recommended

Penyebab Haid tidak Teratur?

Bijak pandai ada berkata, kalau tidak ada angin takkan pokok bergoyang.

Ini merujuk kepada, semua perkara yang berlaku pasti ada sebab dan puncanya.

Bagi keadaan haid tidak teratur berpanjangan ini, jika punca dan sebab musababnya di ketahui kemungkinan untuk mengatasi masalah ini.
suami isteri belajar ilmu waktu subur haid
Carilah ilmu suami isteri bersama sama berkenaan waktu subur dan kitaran haid isteri. Tak kenal maka tak cinta
Perhatikan tanda tanda di bawah ini sekiranya haid anda tidak menentu

1. Prolactinoma

Tahukah kita, hormon prolaktin dihasilkan badan wanita untuk menghasilkan susu ibu.

Hormon ini dihasilkan oleh kelenjar pituitari dibahagian otak menurut kuantiti yang diperlukan badan.

Antara kesan hormon prolaktin kepada wanita selain daripada menghasilkan susu ibu ialah keadaan emosi yang lebih ceria dan tenang.

Tapi kan, terdapat 10% wanita yang mempunyai keadaan dipanggil ‘oligomenorrhoea’ iaitu masalah tumor pada kelenjar pituitary yang merembeskan keluar hormon prolactin secara berlebihan. 

Hasil hormon prolaktin pada tahap yang tidak normal dalam tubuh wanita ialah kemungkinan untuk tidak datang haid sekali atau dua kali. 

Ini kerana 

  1. Wanita pada kebiasaannya mengeluarkan prolaktin semasa menyusukan anak dengan susu ibu
  2. Kitaran haid wanita menyusu badan akan terhenti pada waktu ini. 
  3. Sebab inilah menyusu ibu boleh membantu merancang kehamilan sesebuah keluarga
Jika anda tidak hamil atau menyusukan, tetapi keluar susu daripada puting, maka prolaktin mungkin adalah penyebabnya. 

Bagaimana caranya untuk kita tahu sekiranya mempunyai oligomenorrhoea?

  • Pening kepala
  • Penghasilan susu badan walaupun tidak menyusu ibu
  • Mengalami gangguan penglihatan. 
  • Hasil ujian darah wanita menunjukkan paras hormon prolaktin yang lebih tinggi dari wanita biasa. 
Berjumpalah dengan doktor pakar untuk pemeriksaan lanjut. Imbasan otak akan dilaksanakan untuk memastikan terdapat tumor pada kelenjar pituitari. 

2. Kehamilan atau menyusukan bayi. 

Seperti yang di sebut dalam sebab pertama, haid tidak datang di sebabkan oleh ibu yang sedang hamil ataupun menyusukan anak.
kehamilan isteri berita gembira untuk suami
Berita kehamilan isteri menggembirakan hati pasangannya yang inginkan zuriat. Bersyukur kepada Allah SWT atas kurniaannya
Ada ibu yang memang semulajadi banyak susunya. Mungkin kerana sifat ibu tersebut yang ceria dan tenang. Jadi hormon prolaktin banyak dan menjadi cara tambah susu ibu secara semulajadi Recommended

Apabila berlakunya masalah haid tidak menenti selepas berkahwin, ia tidak semestinya berita buruk.

Ini adalah salah satu tanda awal kehamilan bulan pertama dan kedua yang ditunggu tunggu oleh pasangan suami isteri. Malah ada ibu yang peka dengan perubahan diri berjaya kesan tanda mengandung seawal minggu pertama. Recommended

Ibu bersalin yang berhasrat untuk menyusukan anak akan mengalami kelewatan dalam kitar haidnya.

Menyusu badan memang banyak manfaatnya. Ibu berpantang lebih cepat hilang berat badan dan kembali kurus seperti anak dara jika kena caranya. Rahim juga akan menyingkirkan darah nifas lebih cepat dan kembali pulih lebih pantas. Ini memang tips kuruskan badan yang hebat untuk ibu bekerja Recommended
isteri kuruskan badan perkahwinan menurut islam
Semua perkara yang dilakukan suami isteri untuk kebahagian perkahwinan adalah ibadat menurut islam. Termasuklah menjaga kesihatan
Jadi, bagi isteri yang merancang kehamilan dan ibu bersalin yang merancang untuk menyusu ekslusif. Ini berita baik untuk anda.

Masalah haid tidak teratur anda mempunyai hikmah disebaliknya.

4. Masalah Diet Pemakanan Dan Berat Badan

Mazni percaya, ramai yang tak suka perkataan "lemak". Ini kerana ramai dari kita mengalami masalah mengurangkan berat badan.

Sehingga negara kitalah juara obesiti di kalangan rakyat asia tenggara. Ada Mazni kupas isu ini dalam cara makan produk kuruskan badan terbaik Recommended

Tidak hairanlah kerana makanan di Malaysia kaya lemak dan santan.

Nasi beriyani, nasi lemak, roti cana, teh tarik. Semua ini mengundang penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan stroke.

Dan ada juga kes untuk mereka yang terlalu obses dengan kecantikan dan bentuk badan yang langsing dan kurus sehingga mengalami gangguan pemakanan.

Wanita ini mempunyai masalah penurunan berat badan yang melampau kerana 

  1. Diet tidak sihat - Contohnya anoreksia nervosa
  2. Senaman berlebihan dan aktiviti fizikal berlebihan 

Masalah berat badan yang terlalu kurus dan terlebih berat ini tidak baik untuk kitaran haid yang normal.

Ini pentingnya prinsip kesederhanaan atau wasatiyah dalam islam. Berikan badan kita haknya dan insyaallah kita akan sihat.

Antara penanda aras atau kayu ukur yang baik dalam menjaga berat badan agar tidak terlalu kurus dan tidak pula gemuk ialah Body Mass Index atau BMI

Ambil kira berat badan yang ideal untuk ketinggian badan. 

5. Ovari Berhenti Berfungsi Lebih Awal 

Keadaan ini dipanggil kegagalan ovari pramatang.

Ini terjadi apabila

  1. Ovari berfungsi dengan normal sebelum umur 40
  2. Kitaran haid terhenti sebelum usia mencecah 40 tahun. 
  3. Inilah sebabnya ada wanita yang mempunyai haid yang tidak teratur atau datang jarang dalam setahun.

6. Fibroid Di Dalam Rahim. 

Fibroid rahim ialah ketumbuhan bukan barah di dalam rahim. 

Kesan fibroid menjadi punca haid tidak teratur kerana pendarahan akan lebih banyak dan tempohnya juga lama.

6. Lain-Lain

Tekanan yang tidak sihat dan juga kehilangan berat badan yang berlebihan antara sebab kitaran haid yang tidak teratur.

7. Masalah Kelenjar Endokrin Penyebab PCOS

Seperti masalah pengeluaran hormon prolaktin berlebihan, kelenjar thyroid juga termasuk di dalam kelenjar endokrin.

Semua hormon ini memainkan peranan dalam pertumbuhan badan dan kesuburan lelaki dan wanita.
Pujuklah isterimu dan bantulah si dia mengharungi saat sukar dalam hidup. PCOS  menyebabkan isterimu bermuram durja
Selain aspek pemakanan, Mazni juga dapat tahu yang faktor keturunan juga menjadi punca masalah endokrin.



Ia kerana ramai dikalangan penghidap PCOS mempunyai keluarga yang mengidap gejala sama.

Sindrom Polycystic ovari (PCOS) adalah salah satu masalah yang dialami oleh wanita disebabkan gangguan sistem endocrine. 

Ketidakstabilan pengeluaran hormon menyebabkan wujudnya cyst kecil pada ovari yang kemudiannya menjadi punca haid yang tidak menentu.

Apakah Kesan PCOS Pada Badan Wanita?
Antara kesan PCOS yang menyebabkan haid tidak menentu

  1. Ovari wanita mengalami gangguan tugas yang serius berbanding normal 
  2. Paras hormon androgen (hormon lelaki untuk seks) yang tinggi (hiperandrogenisme)
  3. Hyperandrogenisme menyebabkan masalah jerawat dan tumbuhnya bulu di kawasan muka secara berlebihan
  4. Hirsutism iaitu tumbuh bulu roma yang tidak normal (seperti misai atau janggut). Ini antara salah satu sebab ada wanita yang bermisai.
  5. Kitaran haid tidak stabil.
  6. Berat badan yang tidak sihat
  7. Masalah keguguran rambut. Selain PCOS ada 11 lagi Sebab Rambut Gugur. Recommended
  8. Masalah kesuburan dan susah untuk hamil

Berapakah Lingkungan Umur Wanita Menghidap PCOS?

Walaupun PCOS boleh dihidapi oleh wanita pelbagai peringkat umur, namun majoritinya berusia 20 hingga 30 tahun. 

Keturunan memainkan peranan besar kepada gejala ini.

Kebanyakan wanita akan menunjukkan tanda tanda PCOS semasa


  1. Berat badan mereka menaik dengan mendadak.
  2. Selepas wanita tersebut baru melangsungkan perkahwinan 
  3. Tertekan dan makan berlebihan. 
Bagaimana Mengetahui Kita Menghidap PCOS?

Selepas mengalami haid tidak menentu dan sukar untuk hamil selepas berkahwin, jumpa doktor untuk beberapa ujian yang memberikan diagnosis yang tepat terhadap masalah kita.

Doktor akan melihat 3 tanda berikut:
  1. Kitaran haid tidak menentu
  2. Melakukan ujian darah untuk sebarang tanda gangguan hormon. Luteinizing Hormone (LH), Follicle Stimulating Hormone(FSH), Progesterone / Testesterone, prolactin samada berlebihan atau tidak. 
  3. Melakukan pengimbasan pelvis untuk melihat rahim dan struktur ovari samada normal atau PCOS
ujian imbasan ovari ultrasound pcos
Struktur ovari pcos yang diimbas menggunakan kaedah ultrasound

Bagaimana Mengatasi Masalah Haid Tidak Teratur Disebabkan PCOS ?

Masih ada sinar harapan untuk penghidap PCOS memperoleh cahaya mata dan mendirikan keluarga bahagia. 

Antara rawatan yang boleh menolong  mengurangkan simptom dan mengembalikan kesuburan anda ialah

1. Ubat Subur Untuk Wanita

Ubat kesuburan ini mempunyai fungsi untuk membantu mengalami ovulasi.

Antara produk kesuburan yang disarankan untuk penghidap PCOS ialah set kesuburan shaklee untuk suami isteri. RECOMMENDED

2. Pil Perancang Keluarga

Fungsi pil perancang keluarga ialah 

  1. Membantu menstabilkan semula hormon
  2. Mengurangkan simptom seperti mengurangkan bulu yang berlebihan terutama di muka
  3. Kitaran haid yang kembali teratur. 
(Pil ini hanya diberikan bagi mereka yang tidak bercadang untuk hamil)

GLA Complex shaklee membantu menstabilkan hormon dalam badan wanita untuk masalah haid tidak menentu. RECOMMENDED

GLA Complex Shaklee digunakan untuk 

  1. Menstabilkan kitaran haid yang tidak menentu berpanjangan
  2. Gejala sebelum datang haid atau PMS
  3. Sakit kepala dan wanita menopause. 

3. Pembedahan

Sebut tentang pembedahan ramai yang takut. Namun selepas mengambil ubat kesuburan dan hasilnya masih kurang memuaskan.

Cara terakhir yang dicadangkan doktor ialah pembedahan ovarian drilling. 

Pembedahan ini akan mengorek ovari akan menggunakan alat khas. 
waktu subur perkahwinan suami isteri
Kami doakan waktu cinta suami isteri tuan puan subur hingga ke syurga bersama sama. Amin. Jumpa lagi di artikel akan datang

cinta kerana allah kekal bersama
Jika ikatan kasih sayang suami isteri ikhlas kerana Allah swt, insyaallah akan berkekalan
Insyaallah.

Jika anda ingin membuat tempahan produk shaklee, insyaallah sekiranya mampu akan bantu anda. Boleh hubungi Mazni di

SMS / Whatsupp: 019 265 3791 
Email: fairulazmi@gmail.com

FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.

@ boleh pergi sendiri ke Cawangan Shaklee berdekatan dan daftar sebagai ahli menggunakan id :
ID Shaklee: 963860

Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan KONSULTASI TERBAIK dan INFO PERCUMA
Semoga artikel ini membantu cik puan dalam memahami masalah haid tidak teratur 
Terima kasih kerana datang ke blog ini. Datang lagi ya

Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel:

0 Response to "Punca Masalah Haid Tidak Teratur! Cara Mengatasi?"

Post a Comment