Tanda Awal Bersalin Ini Jelas Petua Turun Temurun?

Tanda Awal Bersalin Ini Jelas Petua Turun Temurun?


Assalamu'alaikum Wrmbth. Tahniah kepada bakal ibu semua. Saat ditunggu hampir tiba.
tanda awal bersalin ibu mengandung

Mesti ramai yang berdebar debar menunggu masa. Tapi kan, banyak tanda tanda bersalin yang boleh di kesan.

Mari sama sama kita bongkar tanda tersebut.

Bagaimana saya kesan tanda tanda awal bersalin supaya boleh bersedia?

Banyak tanda tanda yang boleh diperhatikan dan di rasakan sebelum bersalin.

cara kesan tanda awal bersalin

Setelah di sahkan hamil dan mengalami 9 bulan yang penuh pengalaman nostalgik dan akan di kenang sepanjang hidup.

Tiba masanya untuk bersalin. Sama seperti tanda mengesan kehamilan.

Ianya adalah berbeza untuk setiap ibu mengandung dan sangat sukar untuk menentukan titik mulanya. 

Tanda tanda ini adalah satu proses yang di sebabkan perubahan yang berlaku dalam badan ibu hamil untuk membantu kelahiran bayi.

Memang mudah untuk mengesannya semasa peringkat awal kelahiran.

Jika ada antara tanda tersebut telah di kesan, memang wajar untuk sediakan persiapan bersalin lebih awal.


Cuba beri perhatian kepada perkara di bawah ini semasa fasa terpendam, insyaallah ia sangat sangat membantu:
sakit belakang tanda bersalin
  • Sakit yang teruk pada bahagian bawah belakang atau pada bahagian abdomen
Sakit belakang sering menjadi masalah utama wanita hamil, tetapi ia juga mungkin satu tanda kelahiran

Salah satu puncanya ialah kekurangan kalsium. Boleh makan produk vitamin untuk ibu mengandung supaya tulang dan gigi kekal sihat

Sakit ini akan semakin kerap dan kuat dan rasa lebih teruk pada bahagian bawah belakang.
Selalunya disertai oleh rasa kejang seolah-olah senggugut.
ibu mengandung sakit belakang

Apabila bayi anda semakin berat dan jatuh lebih rendah, anda rasa sakit di belakang dan pelvis anda akibat ligamen rahim dan pelvis anda diregangkan lebih.

Anda boleh lihat sedikit darah 
Lelehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). 

Jika ia melepasi penyekat mukus yang menyekat serviks anda berada di ambang pelahiran atau mungkin dalam masa beberapa hari lagi. 

Ia adalah tanda yang proses kelahiran sedang berlaku.



  • Perut menjadi ringan kerana bayi turun ke bawah
 Ini dapat dirasai sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis.
perut lebih ringan tanda bersalin



Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun 'turun' ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. 



Antara tanda tanda bayi sudah mula turus ke bawah ialah:

  1. Sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
  2. Kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
  3. Sakit perut & memulas
  4. Kerap buang air besar
  5. Kerap terkentut
  • Kontraksi berlaku pada jarak waktu yang lebih pendek dan kerap (Kontraksi Braxton-Hicks)


Dan menjadi lebih lama dan lebih sakit.

braxton hicks contraction hampir bersalin


Anda mungkin berasa kontraksi ini semakin kerap dan semakin sakit seperti cramp semasa datang haid. 

Walaupun kontraksi pra-kelahiran ini tidak sekuat kontraksi pengecutan kelahiran yang sebenar.

Kontraksi ini membantu menipis, memendek dan membuka serviks anda. 

Ia akan berlangsung untuk 1 atau 2 minggu sebelum kelahiran bayi bermula. 

Anda mungkin mendapati kontraksi ini menjadi kurang sengit apabila anda menukar posisi kedudukan atau mula berjalan.

elehan mukus berwarna kecoklatan atau bercampur dengan darah). 

  • Air ketuban anda pecah 
Tetapi proses kelahiran hanya berlaku jika disertai dengan kontraksi yang membuka serviks anda.
air ketuban pecah tanda bersalin

Air ketuban pecah biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. 

Kebanyakkan wanita langsung tidak mengalami pecah air ketuban sehinggalah disaat-saat akhir proses bersalin. 

Yang kerapnya, doktor yang akan memecahkan ketuban anda untuk mempercepatkan proses bersalin.

Hanya 1 dalam 10 ibu hamil mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Anda harus menghubungi doktor anda segera apabila air ketuban anda pecah. 

Kebanyakan doktor akan mencetuskan kelahiran dalam tempoh 24 jam untuk mengelakkan jangkitan atau komplikasi yang mungkin.
  • Engages. 


Engages merupakan salah satu tanda nak bersalin tidak lama lagi. 

bayi turun ke bawah rahim
Kedudukan bayi akan turun ke bawah menjelang kelahiran
Anda mungkin perasaan bayi anda telah dipindahkan ke bawah lebih rendah di dalam abdomen anda. 

Untuk ibu kali pertama, bayi mereka mula engages dalam tempoh 2-4 minggu sebelum Estimated Due Date EDD anda. 

Untuk ibu kali kedua dan keatas, mereka sering mendapati bayi mereka tidak engaged sehingga kelahiran bermula. 

Ini disebabkan oleh otot pelvis telah pun diregang.

 Anda mungkin berasa “kosong” di bahagian atas abdomen dan mungkin berasa kepala bayi berehat di bawah tengah tulang pelvis anda.

  • Kerap membuang air kencing
Perut anda yang semakin membesar, berat dan kepala bayi terletak di bawah tengah tulang pelvis anda dimana berdekatan dengan pundi kencing anda. 
ibu mengandung kerap ke tandas
Anak sudah turun kebawah dan menekan pundi kencing. Ibu akan kerap ke tandas membuang air

Oleh itu, anda kerap membuang air kencing disebabkan oleh kepala bayi menekan pundi kencing anda merupakan salah satu tanda nak bersalin yang sering berlaku.


  •  Cirit-birit


Hormon kelahiran bertindak pada usus anda boleh menyebabkan kekejangan abdomen dan longgar. 
cirit birit wanita mengandung

Pergerakan usus yang kerap boleh mengosongkan usus anda memberi lebih banyak ruang untuk laluan bayi. 

Hormon kelahiran ini juga boleh membuat anda merasa loya. Ini juga merupakan salah satu tanda nak bersalin.

  • Keputihan


Anda mungkin perasan telur yang lebih putih, lelehan lendir yang dikeluarkan dari faraj.


  • Lendir pekat dan pendarahan (bloody show)


Disaat awal anda bakal melahirkan, selalunya terdapat lendir pekat bercampur darah keluar dari faraj, ini kerana pintu rahim mula membuka.

(Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10). 

Ia boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin.

Kepala bayi turun ke dalam rongga pelvis dan kontraksi Braxton-Hicks boleh menyebabkan pluk mukus tertanggal. 

Pluk mukus ini menghalang sebarang kemasukkan asing ke dalam serviks dan menghalang sebarang kuman merebak kepada bayi. 

Pluk mukus berlendir pekat dan bercampur darah. Ketiadaan pluk ini membolehkan bayi boleh bergerak ke bawah lagi dengan perlahan-lahan.

  • Pintu Pangkal Rahim Terbuka Dan Menipis


Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

Jika anda mempunyai soalan tentang tanda awal bersalin, insyaallah sekiranya mampu Mazni akan bantu anda. Boleh hubungi Mazni di




SMS / Whatsupp: 
019-2653791 
ID Shaklee: 
963860


Email: 


FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan KONSULTASI TERBAIK dan INFO PERCUMA

Apa pendapat anda tentang artikel ini? Suarakan pandangan anda dibawah. Terima kasih banyak banyak ya

Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel:

0 Response to "Tanda Awal Bersalin Ini Jelas Petua Turun Temurun?"

Post a Comment