Rahsia Mudah Bersalin Ini Lengkap ! Kenapa Dulu Saya Tak Baca? ;p
Assalamu'alaikum Wrmbth, Banyak petua dan tips untuk mudah bersalin.
Samada menurut islam tradisional dan moden. Selepas tanda awal untuk bersalin sudah pun banyak, perlu buat persiapan rapi
Supaya pengalaman berpantang kita lebih indah dan lancar.
Artikel ini akan membantu Cik Puan
Bersalin memerlukan persediaan rohani dan jasmani.
Persediaan jasmani / fizikal seperti senaman dan menyediakan produk bersalin lengkap untuk kelahiran normal dan pembedahan.
Memang banyak perubahan badan di alami ibu mengandung. Zat yang di ambil mesti mencukupi. Banyak rambut gugur adalah satu tanda kekurangan nutrien
Persediaan rohani / spiritual pula dengan doa dan amalan sunat yang lain.
Insyaallah, amalan doa di bawah ini akan menguatkan jiwa dan rohani ibu agar mudah bersalin.
Menghitung waktu untuk bersalin? Banyak petua dan ilmu mudah bersalin untuk di amalkan |
Supaya pengalaman berpantang kita lebih indah dan lancar.
Artikel ini akan membantu Cik Puan
- Doa Terbaik Dari Al Quran Untuk Mudah Bersalin
- Senaman Terbaik Di amalkan Ibu Mengandung Agar Mudah Bersalin
- Makanan Terbaik Untuk Memudahkan Bersalin
Pengalaman Bersalin Kita Sangat Di Pengaruhi Oleh 3 Perkara Di Bawah :
- Samada anda pernah bersalin sebelum ini
- Bagaimana anda melihat dan bertindak balas terhadap kesakitan
- bagaimana persediaan anda untuk menghadapi kelahiran.
Terutamanya jika berlaku perkara luar kawalan
Surah Dan Ayat Al Quran Untuk Mudah Bersalin
Di dalam Al Quran, ada banyak doa dan juga hikmah yang dapat di amalkan oleh ibu hamil.Bersalin memerlukan persediaan rohani dan jasmani.
Persediaan jasmani / fizikal seperti senaman dan menyediakan produk bersalin lengkap untuk kelahiran normal dan pembedahan.
Memang banyak perubahan badan di alami ibu mengandung. Zat yang di ambil mesti mencukupi. Banyak rambut gugur adalah satu tanda kekurangan nutrien
Persediaan rohani / spiritual pula dengan doa dan amalan sunat yang lain.
Insyaallah, amalan doa di bawah ini akan menguatkan jiwa dan rohani ibu agar mudah bersalin.
- Surah Al-Fatihah untuk terang hati dan kuat ingatan.
- Surah Maryam Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat.
- Surah Luqman Untuk memperoleh anak cerdik akal dan cerdik jiwa.
- Surah Yusuf Untuk memperolehi anak cantik rupa dan cantik akhlak.
- Surah Hujurat Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati-hati.
- Surah Yaasin Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat.
- Surah At-Taubah Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat.
- Surah An-Nahl Untuk melahir anak yang berdisiplin.
Senaman Ibu Mengandung Untuk Mudah Bersalin
Mengandung tidak menghalang kita dari bersenam. Baik untuk ibu dan anak dalam kandungan |
- 1. Senaman Kemut AKA Kegel
Senaman ini membantu melatih otot vagina lebih kenyal.
Faedahnya ialah membantu menambahkan keintiman hubungan suami isteri.
Senaman melatih otot pelvik menguatkan otot vagina |
Apa yang menarik dengan senaman ini ialah ia boleh dilakukan di mana-mana saja.
Antara cara paling mudah untuk melakukan senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan.
Kira tempoh menahan dan kemudian melepaskan baki.
Senaman ini amat bagus untuk lelaki dan wanita. Jika di lihat sekarang, ramai suamidi serang kanser prostat.
Insyaallah, dengan melazimi senaman ini dapat mengurangkan risiko.
- 2. Tailor Sitting
Kebaikannya
Posisi ini dapat meregangkan otot di paha dan pelvis.
Inilah posisi senaman tailor sitting. Mudah di lakukan bukan? |
Pada masa yang sama melembutkan sendi pelvic dan melancarkan peredaran darah ke bahagian bawah badan.
Cara Melakukannya (Rujuk Gambar Diatas) :
Duduk di atas lantai dengan belakang badan anda tegak.
Temukan tapak kaki, pastikan lutut anda mencecah lantai. Anda akan terasa regangan pada bahagian dalam paha.
Lakukan senaman ini setiap kali anda duduk di lantai.
Jika sukar untuk duduk dalam posisi ini, sandar pada dinding dan alas setiap paha anda dengan bantal/kusyen.
- 3. Pelvic rock
Kebaikannya:
Dapat meregangkan otot-otot di bahagian bawah belakang dapat mengurangkan sakit belakang.
Senaman Pelvic Rocking Posisi 1 |
Senaman Pelvic Rocking Posisi 2 |
Cara Melakukan
Posisi diri anda dalam keadaan seperti merangkak (Posisi 1). Perut/belakang rata.
Naikkan perut/belakang anda.
Tunggu beberapa saat. Rehatkan perut anda semula, ratakan kedudukan perut / belakang.
Ulang beberapa kali, sebaik-baiknya kali.
- 4. Wall slide
Mencangkung semasa hampir bersalin dapat membantu membuka laluan dengan lebih cepat.
Inilah dia senaman wall slide |
Cara Melakukannya:
Berdiri dan sandar belakang anda pada dinding.
Kangkangkan sedikit kaki anggaran jarak bahu anda.
Turunkan badan anda ke bawah (slide down) sehingga anda dalam kedudukan seperti duduk di atas kerusi.
Tahan beberapa saat. Naik ke atas semula.
Ulangi beberapa kali sebaik-baiknya.
Anda juga boleh melakukan senaman ini tanpa dinding.
Sokongan moral dari suami akan membantu memberi kekuatan kepada isteri semasa bersalin |
- Baringkan badan sambil lutut berlipat dan kedua kaki dibuka.
- Kemudian angkat kepala sehingga tinggi dagu cecah dada.
- Halakan pandangan mata ke arah perut (Seeloknya tutup mata)
- Tangan pegang buku lali kaki
- Semasa meneran usah keluarkan suara.
- Semasa meneran elakkan mengangkat punggung.
- Baca bismillah atau banyakkan zikir seperti selawat
- Tarik nafas dalam-dalam, tutup mulut dan fokus meneran
Makanan Yang Baik Supaya Mudah Bersalin
Bersalin adalah satu perjuangan. Memang banyak tenaga di gunakan.Memang benar, sakit bersalin akan membuatkan kita hilang selera makan.
Terdapat banyak makanan yang bagus dimakan ibu hamil. Mana yang terbaik? |
Atas sebab ini juga, ibu hamil sangat di galakkan makan produk suplemen untuk ibu mengandung.
Badan akan lebih bersedia untuk bersalin dan bertenaga. Insyaallah, kesannya dapat di rasa.
Ada juga yang tidak sesuai diambil semasa mengandung |
Baik, antara makanan yang bagus di ambil untuk memudahkan bersalin
Makanan Berkhasiat Untuk Ibu Mudah Bersalin
Dalam banyak banyak makanan. Makanan apa yang bagus untuk ibu bakal bersalin?Jawapannya ada pada Surah Maryam
Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman
وَهُزِّي إِلَيْكِ بِجِذْعِ النَّخْلَةِ تُسَاقِطْ عَلَيْكِ رُطَبًا جَنِيًّا فَكُلِي وَاشْرَبِي وَقَرِّي عَيْنًا ۖ فَإِمَّا تَرَيِنَّ مِنَ الْبَشَرِ أَحَدًا فَقُولِي إِنِّي نَذَرْتُ لِلرَّحْمَٰنِ صَوْمًا فَلَنْ أُكَلِّمَ الْيَوْمَ إِنْسِيًّا
“Dan goyangkanlah pangkal pohon kurma itu kearahmu, niscaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu, maka makan, minum dan bersenang hatilah kamu.
Jika kamu melihat seorang manusia, maka katakanlah, ‘Sesungguhnya aku telah bernadzar berpuasa untuk Rabb Yang Maha Pemurah, maka aku tidak akan berbicara dengan seorang manusia pun pada hari ini” (Maryam : 25-26)
1. Kurma Makanan Terbaik
Seperti di firmankan oleh Allah swt dalam ayat dari surah Maryam (Salah satu surah yang baik di baca oleh ibu hamil)Kurma membekalkan semua zat dan mineral diperlukan badan kita untuk hidup.
Sumber tenaga segera. Tak perlu di proses badan. Serta merta penyerapan kerana gula kurma adalah gula ringkas.
Glukosa. Semasa artikel ini di tulis, banjir di pantai timur penghujung 2014 baru berlalu.
Dalam kesibukan kita mengirimkan biskut dan mee segera, antara perkara yang diminta adalah kurma.
Sebiji kurma sudah memberikan tenaga untuk bekerja. Amat di fahami keadaan ibu yang sedang sakit bersalin.
Dapatkan kurma bersama air zam zam. Semoga dapat membantu melancarkan proses kelahiran.
Khasiat kurma untuk ibu bakal bersalin ialah memudahkan proses bersalin dan mengurangkan kehilangan darah semasa bersalin.
Begitu banyak khasiat buah ini.
2. Minyak kelapa dara aka Virgin Coconut Oil
Masyarakat melayu di negara kita sudah pun mengetahui khasiat minyak kelapa dara.
Tidak khairanlah ia telah digunakan secara turun temurun lagi termasuklah untuk memudahkan proses kelahiran.
Antara ciri unik minyak kelapa dara ialah kemampuannya dengan izin Allah swt untuk melawan jangkitan kuman.
Alhamdulillah, sekarang ini begitu mudah untuk mendapatkannya kerana ia telah dikomersilkan.
Cara menggunakan minyak VCO ini
1. Diminum atau di makan (dalam bentuk kapsul)
2. Di sapukan secara terus pada kulit bahagian perineum untuk mengelakkan koyakan semasa bersalin.
Alhamdulillah, kita tamatkan di sini dahulu. Insyaallah akan di sambung di bahagian kedua.
Jika anda mempunyai soalan tentang petua dan amalan mudah bersalin, insyaallah sekiranya mampu Mazni akan bantu anda. Boleh SMS/ Whatsap Mazni di
SMS / Whatsupp:
019-2653791
ID Shaklee:
963860
Email:
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan KONSULTASI TERBAIK dan INFO PERCUMA
Apa pendapat anda tentang artikel ini? Suarakan pandangan anda dibawah. Terima kasih banyak banyak ya
0 Response to "Rahsia Mudah Bersalin Ini Lengkap ! Kenapa Dulu Tak Baca"
Post a Comment