Shaklee dan Facebook Ads Jalan Ke?

Pasarkan Shaklee Ikut Facebook  
Assalamu'alaikum Wrmbth, lama tak update blog. Baru 2 hari. Tapi rasa gatal sangat nak menaip sebenarnya. Akhirnya bukan kita tunggu masa, tapi kita buat masa yang sesuai. Masa memang takkan pernah ada, kecuali kita yang cipta.
Shaklee Facebook Ads

Itu kata cikgu Mazni, Orang berjaya tak tunggu peluang tapi mereka cipta peluang. Balik pada tajuk, hari tu Mazni n hubby pergi kelas magic inspirasi untuk belajar tentang Facebook Ads bagi group shaklee kami.


Nak tahu lebih lanjut apa yang berlaku dalam kelas tu klik Kelas FB Ads Inspirasi ek. Jadi balik dari kelas tu terus cuba nak buat sendiri iklan. Apa yang penting untuk buat Facebook Ads ni, anda mesti ada debit kad.


Macam Mazni guna Public bank. Kenapa nak belajar buat FB ads? Sebab berapa rami orang Malaysia guna Facebook dalam sehari. Dimana ada orang disitu ada peluang bantu orang selesaikan masalah. Biasalah manusia memang banyak masalah.

Shaklee Facebook Ads
Zaman ni Tak Payah Jadi Salesman Yang Jahil. Nak berniaga Online Ada Seninya
Mazni nak share apa yang kami suami isteri dah buat dengan facebook ads ni. ada kisah kelakar dan tak best juga. Takpe, kalau takut sangat ambil risiko dan buat kesilapan, mana nak belajar kan?

Jadi kami mulakan dengan iklan pertama, gambar kanak kanak minum susu terus dari ambing lembu. Ini memang kisah benar ni. Pernah keluar berita, rasanya di rantau asia tenggara lagi. Gambar yang sangat tarik perhatian.


Lepas 2 hari run kempen facebook dengan iklan tu, clickthrough rate nya adalah 8~9%. Memang tinggi sangat tu.  Bilangan like pun ada dalam 40 orang. Cume, sebab ini iklan FB pertama kami memang ada benda nak diperbaiki.

Shaklee Facebook Ads
Nak Klik Ke Tak Nak, Musykil Tengok Iklan Ni

Ada yang share semula gambar tersebut untuk iklan sendiri. Tak minta izin pun. Kih3. Takpela orang nak pakai, Kemudian ada pula yang komplen gambar tu menghina ibu yang susukan anak dengan susu formula. 


Ok2, sensitif betul isu ni. Memang ada ibu yang yang tak dapat fully breastfeedkan anak rasa terkilan bila nampak gambar ni. Mana tidaknya, umpama merelakan anak meng "ibu" susukan lembu. Nak susukan anak selama 2 tahun penuh memang banyak cabaran da halangan.


Selepas ambil kira pandangan pembaca iklan tu, kami ambil keputusan untuk keluarkan iklan tersebut. Siap padam post dari fan page. Walaupun begitu kesudahannya tapi banyak juga yang kami pelajari dari iklan pertama di Facebook Ads ni untuk produk Shaklee.


Pertama, kita tak boleh puaskan hati semua orang, manusia ni ada banyak ragam. Yang positif akan ambil positif. Yang negatif sudah tentu negatif. Jadi, iklan perlu menarik golongan positif dan negatif untuk klik dan membacanya.


Almaklumlah didunia ni lagi ramai orang negatif dari positf kan. 90% adalah negatif. Hanya 10% benar benar positif. Itu yang pertama.

Shaklee Facebook Ads
Gambar Yang Menangkap Perhatian Pembaca Akan Buatkan Mereka Klik Iklan

Kedua, sekarang kami sedar, gambar dalam iklan Facebook Ads sangat memainkan peranan. Kalau gambar tak menarik orang takkan klik. Tapi kalau gambar menarik pun, kena pandai pandai guna, jika tidak akan jadi pedang dua mata. Silap hari bulan mencederakan diri sendiri.


hati pelanggan kena jaga ek, kita nak mereka rasa hepi baru akan beli dengan kita. Hari ini kami baru belajar satu cara untuk buatkan orang tak beli dengan kita. Gambar kontroversi plus ayat penjelasan kontroversi... Memang tak bagus.


Pun begitu, CTR 9% memang bagus kan untuk iklan tu. bermakna hampir 1 daripada 10 orang yang lihat iklan akan klik. Sifu Eiman ada ajar, biasa iklan 1% normal. 2% bagus. 3% sangat bagus. Itu pun kalau dapat convert to sales kan. 


Apa yang penting kita belajar dari pengalaman kan. Jadi, sekarang ni hasil dari pemerhatian kami buat sedikit pengubahsuaian dan lihat bagaimana responnya. Hmmm... 

Shaklee Facebook Ads

Nasib baik En Hubby mazni minat benda macam ni. Boleh harapkan dia bahagian teknikal. Syukur alhamdulillah. Apa yang pasti perjuangan diteruskan.


Practices makes perfect kan. Kejayaan didirikan dari banyak kejayaan kecil. Target kami nak pasarkan produk Shaklee dengan facebook diteruskan. Insyaallah. Mohon doa kalian semua. Insyaallah ada manfaat kita kongsikan.

Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel:

2 Responses to "Shaklee dan Facebook Ads Jalan Ke?"