Jalan Jalan Di Taman Tasik Shah Alam
Assalamu'alaikum Wrmbth, dalam kesibukan kerja makan gaji dan Shaklee Independent Distributor, masih perlu bijak bahagikan masa dengan anak anak dan suami. Masa hujung minggu memang takkan disia siakan. Ada peluang je mesti ajak en Hubby bawa Mazni dan luqman hakim keluar.
Keluar pun tempat yang menyenangkan mata. Salahs atunya di Taman Tasik Shah Alam. Lokasi yang nyaman dan best untuk melepaskan stress di tempat kerja.
Macam biasa bangun awal pagi, Mazni akan terlebih dulu sediakan sarapan. Anak nak masuk dua, kesihatan kena jaga. Lebih lebih lagi nak melayan anak sulung lelaki yang sangat aktif.
Lari sana sini, memang lumrah budak lelaki macam ni. Sihat tu pun nikmatkan. Berapa ramai dari kita diluar sana diuji dengan anak yang tidak sihat. Walau spenat manapun kerja, dan stress mana pun akan cuba berikan yang terbaik untuk anak ummi ni.
Sarapan pagi kalau nak keluar tak payah buat pun, en Hubby belanja makan luar. Tapi hidangan wajib setiap pagi tetap kena ambil. Meal Shake+ESP + Serbuk Coklat. Tambah pula Set vitamiin keluarga sihat.
Kami sekeluarga amalkannya. Alhamdulillah meman banyak nampak beza. Badan rasa lebih cergas dan bertenaga. Suami dan anak pun ambil sama. Semua nak sihat. Baru keluarga lebih ceria gembira.
Sarapan hari ni tak de pilihan, terpaksalah makan makanan Malaysia yang banyak lemak dan minyak ni. Nasi lemak dan roti canai. Hihi. Tak pela sekali sekala. Bukan tiap minggu pun makan.
Mana lah nak dapat zat yang mencukupi kalau harapkan nasi lemak dan roti canai nikan. Dahlah banyak minyak n lemak. Sebab tu kena laburkan sikit beli makanan tambahan.
Mazni baca, buah buahan tu pun sebaik dipetik dari pokok, kuantiti vitamin dalam buah tu makin merosot. Makin sikit, jadi kalau ada sayur dan buah jangan simpan lama lama, kalau tak zat yang ada pun akan hilang.
Zaman dulu orang kita tanam saya sayur sendiri tepi rumah. Bila bila masa nak makan petik sendiri. Ulam ulaman pun banyak. Petik terus makan. Zat pun tak hilang. Racun pun tak pakai kan.
Semua makanan elok, asalkan ambil pada kuantiti yang betul. Kenapa kami suka datang ke sini? Banyak pokok dan burung burung pelbagai jenis, dari bangau ke burung gagak. Kih3. Itik pun ada. Nak lebih best boleh berkayak dengan pasangan.
Tapi Mazni tak buatlah sebab ada luqman hakim. Habis terbalik kayak tu sebab dia nanti. Mana boleh duduk diam.
Masa kami sampai tu jam dalam 9pagi. Orang pun dah ramai, mak ayah bawa anak anak bermain ditaman permainan. Dari satu sisi, luqman hakim boleh belajar bermain dengan kanak kanak lain.
Sebab selalu mak mertua yang jaga. Jadi kawan sepermainan pun sepupunya yang baru berusia 1 tahun.
Kerja KL banyak hutan batu, lari sekejap ke hutan sebenar |
Ini ummi ke luqman hakim yang stress nak naik buaan |
Masa berkualiti |
Lepas luangkan masa main dengan luqman hakim, kami pergi ke Shaklee HQ di Subang Jaya. Masyaallah, ramainya. Penuh tempat ni dengan mak ayah dan anak masing masing.
Nampaknya terpaksalah minta tolong partner terbaik Mazni ada, En Hubby untuk belikan stok isnin nanti. Kalau suami tak tolong, memang lama nak tunggu giliran. Sebab tu Mazni suka bisnes Shaklee, libatkan anak dan suami sekali dalam semua perkara.
Memang family bisneslah. Alhamdulillah.
0 Response to "Jalan Jalan Di Taman Tasik Shah Alam"
Post a Comment