Kisah Teladan Ini Amalan Suami Semasa Isteri Hamil

Kisah Teladan Ini Amalan Suami Semasa Isteri Hamil 

Assalamu'alaikum Wrmbth, Isteri dan anak soleh dan solehah menjadi idaman hati lelaki bergelar bapa dan suami.
amalan suami semasa isteri hamil
Sebaik baik perhiasan dunia adalah wanita solehah

Alangkah indahnya hidup sekiranya Allah swt anugerahkan kehidupan kita dengan nikmat ini.

Dan menjadi tanggungjawab seorang suami memberi perlindungan dan memelihara adab sepanjang kehamilan isterinya.

Hari ini, kami akan kongsikan 

  • Sebuah kisah tentang amalan suami untuk mendapat isteri dan anak soleh dan solehah

  • Amalan dan adab suami ketika isteri sedang mengandung
Cik puan dan tuan juga boleh mendapat banyak manfaat dari artikel

  1. Produk Bersalin Untuk Ibu Berpantang Ini Membantu Ibu Cergas Dan Pulih Lebih Pantas
  2. PetuaYang Di Amalkan Suami Isteri Ini Insyaallah Cepat Hamil Dan Kembali Subur 
  3. Cara Pernafasan Untuk Mudah Bersalin Dan Kurang Sakit
  4. Rahsia Ini Di Amalkan Turun Temurun Untuk Mudah Melahirkan Anak. 
  5. Tanda Ibu Bakal Bersalin Ini Para Suami Boleh Kesan Dari Awal

Kisah Teladan Ini Menunjukkan Amalan Suami Menjadikan Anak Soleh

Kisah ini telah pun di jadikan lagu oleh kumpulan. Arwah Ustaz Asri sendiri yang menyanyikannya. Klik video diatas untuk lagu tersebut

Kisah ini bermula dengan Tsabit bin Ibrahim sedang berjalan di pinggiran kota Kufah. 

Tiba-tiba dia melihat sebuah epal jatuh keluar dari pagar sebuah kebun buah-buahan. 
amalan suami semasa isteri hamil

Melihat epal yang merah ranum itu terjatuh di tanah lalu Tsabit langsung mengambil buah epal tersebut, apalagi pada hari yang panas dan tengah kehausan. 

Maka tanpa berfikir panjang dimakan buah epal yang lazat itu, akan tetapi baru separuh di makan dia teringat bahwa buah itu bukan miliknya dan dia belum mendapat izin pemiliknya.
doa dan ayat al quran amalan suami

Maka ia segera pergi kedalam kebun buah-buahan itu ingin menemui pemiliknya agar minta diikhlaskan buah yang telah dimakannya. 

Di kebun itu ia bertemu dengan seorang lelaki.Maka dia berkata

“Aku sudah makan setengah dari buah epal ini. Aku berharap anda menghalalkannya”.

Orang itu menjawab, 

“Aku bukan pemilik kebun ini. Aku ini pekerjanya yang ditugaskan menjaga dan mengurus kebunnya”.
adab suami untuk isteri hamil

Dengan nada menyesal Tsabit bertanya lagi

“Dimana rumah pemiliknya? Aku akan menemuinya dan minta agar diikhlaskan epal yang telah ku makan ini.” 

Pengurus kebun itu memberitahukan, 
bacaan doa semasa ibu hamil

“Jika engkau ingin pergi kesana maka engkau harus
menempuh perjalan sehari semalam”.

Tsabit bin Ibrahim bertekad akan pergi menemui si pemilik kebun itu. 

Katanya kepada tukang kebun itu

"Tidak apa-apa. Aku akan tetap pergi menemuinya, meskipun rumahnya jauh. Aku telah memakan epal yang tidak halal bagiku kerana tanpa izin pemiliknya."

"Bukankah Rasulullah s.a.w. sudah memperingatkan kita melalui sabdanya: “Siapa yang tubuhnya tumbuh dari yang haram, maka ia lebih layak menjadi umpan api neraka”

Tsabit pergi juga ke rumah pemilik kebun itu, dan setiba di sana dia langsung mengetuk pintu.

 Setelah itu pemilik rumah membukakan pintu, Tsabit langsung memberi salam dengan sopan, seraya berkata 

"Wahai tuan yang pemurah,saya sudah terlanjur makan setengah dari buah epal tuan yang telah jatuh ke luar kebun tuan"

"Oleh itu saya harap tuan menghalalkan apa yang sudah ku makan itu?”


Lelaki tua yang ada dihadapan Tsabit mengamatinya dengan cermat. Lalu dia berkata tiba-tiba

“Tidak,aku tidak bisa menghalalkannya kecuali dengan satu syarat.” 

Tsabit merasa risau dengan syarat itu kerana takut ia tidak dapat melaksanakannya. Maka segera ia bertanya, 

“Apa syarat itu tuan?” 

Orang itu menjawab

“Engkau harus melangsungkan perkahwinan dengan puteriku !”

Tsabit bin Ibrahim tidak memahami apa maksud dan tujuan lelaki itu, maka dia berkata

“Apakah kerana hanya aku makan setengah buah epalmu yang keluar dari kebunmu,aku harus mengahwini anak mu?”

Tetapi pemilik kebun itu tidak mempedulikan pertanyaan Tsabit. 


Makanan yang halal akan menjadi darah daging kita. 

Tips Makanan: Makanan Ini Tidak Baik Untuk Isteri Mengandung


Ia malah menambahkan, katanya

“Sebelum pernikahan dimulai engkau harus tahu dulu kekurangan-kekurangan putriku itu. Dia seorang yang buta, bisu, dan tuli. Lebih dari itu ia juga seorang yang lumpuh!”

Tsabit sangat terkejut dengan keterangan si pemilik kebun. 

Dia berfikir dalam hatinya, apakah perempuan seperti itu patut dia jadikan sebagai isteri gara-gara setengah buah epal yang tidak diikhlaskan kepadanya? 

Kemudian pemilik kebun itu menyatakan lagi

“Selain syarat itu aku tidak boleh menghalalkan apa yang telah kau makan !”

Kemudian Tsabit menjawab dengan mantap

“Aku akan menerima pinangannya dan menikahinya. Untuk itu aku akan memenuhi kewajiban-kewajiban dan hak-hakku kepadanya kerana aku amat berharap Allah selalu meredhaiku dan mudah-mudahan aku dapat meningkatkan kebaikan-kebaikanku di sisi Allah Ta’ala”.



    isteri solehah sebaik perhiasan
    Isteri solehah dambaan hati suami
    Maka pernikahan pun dilaksanakan.Pemilik kebun itu menghadirkan dua saksi yang akan menyaksikan akad nikah mereka. 

    Sesudah perkawinan selesai, Tsabit dipersilahkan masuk menemui isterinya. Sewaktu Tsabit hendak masuk kamar pengantin.

    Tips Malam Pertama: Petua Mendapat Anak Lelaki

    Dia berfikir akan tetap mengucapkan salam walaupun isterinya tuli dan bisu, kerana bukankah malaikat Allah yang berkeliaran dalam rumahnya tentu tidak tuli dan bisu juga. 

    Maka diapun mengucapkan salam,
    “Assalamu”alaikum…”

    Tak disangka sama sekali wanita yang ada dihadapannya dan kini telah menjadi isterinya itu menjawab salamnya dengan baik. 

    Ketika Tsabit masuk ingin menghampiri wanita itu, dia mengulurkan tangan untuk menyambut huluran tangannya. 

    Sekali lagi Tsabit terkejut kerana wanita yang kini menjadi isterinya itu menyambut tangannya malah merupakan wanita dengan kecantikan wajah rupawan.

    Tips Kulit Cantik: Cara Memutihkan Kulit Muka Untuk Kecantikan Si IsteriTsabit tergamam menyaksikan perkara ini. 

    Kata ayahnya dia wanita tuli dan bisu tetapi ternyata dia menyambut salamnya dengan baik. Jika demikian berarti wanita yang ada dihadapanku ini dapat mendengar dan tidak bisu.
    solat sunat pengantin
    Bahagia hidup suami isteri berkiblatkan Allah SWT
    Ayahnya juga mengatakan bahawa dia buta dan lumpuh tetapi ternyata dia menyambut kedatanganku dengan ramah dan mengulurkan tangan dengan mesra pula.

    Kata Tsabit dalam hatinya.

    Tsabit berfikir, mengapa ayahnya menyampaikan berita-berita yang bertentangan dengan yang sebenarnya? 

    Setelah Tsabit duduk di sisi isterinya, dia bertanya

    “Ayahmu mengatakan kepadaku bahawa engkau buta. Mengapa?” 

    Wanita itu kemudian berkata, 

    “Ayahku benar, kerana aku tidak
    pernah melihat apa-apa yang diharamkan Allah”.

     Tsabit bertanya lagi

    “Ayahmu juga mengatakan bahwa engkau tuli, mengapa?” 

    Wanita itu menjawab

    “Ayahku benar, kerana aku tidak pernah mahu mendengar berita dan cerita orang yang tidak membuat redha Allah.

    Ayahku juga mengatakan kepadamu
    bahawa aku bisu dan lumpuh, bukan?” 

    Tanya wanita itu kepada Tsabit yang
    kini sah menjadi suaminya. 

    Tsabit mengangguk perlahan mengiyakan
    pertanyaan isterinya. Selanjutnya wanita itu berkata
    berdoa sebelum hubungan suami isteri
    Suami yang paling baik adalah yang berkahlak mulia kepada isterinya
    “Aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal aku hanya menggunakan lidahku untuk menyebut asma Allah Ta’ala saja"

    "Aku juga dikatakan lumpuh kerana
    kakiku tidak pernah pergi ke tempat-tempat yang boleh menimbulkan celaan Allah Ta’ala”.

    Tsabit sangat bahagia mendapatkan
    isteri yang ternyata amatsholeh dan wanita yang memelihara dirinya.

    Dengan bangga ia berkata tentang isterinya

    “Ketika kulihat wajahnya… Subhanallah, dia bagaikan bulan purnama di malam yang gelap”.

    Tsabit dan isterinya yang solehah dan cantik itu hidup bahagia. 

    Tidak lama kemudian mereka dikurniakan seorang putra yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia, Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah An Nu’man bin Tsabit . 

    Adab Suami Ketika Isteri Hamil

    Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. 
    adab sopan suami isteri mengandung

    Ada suami ketika isteri mengandung melibatkan emosi. Isteri sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. 

    Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung :

    1. Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat.

    2. Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri.

    3. Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.

    4. Jangan mudah mengeluarkan perkataan talak kepada isteri.

    5. Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut

    “La ila ha illa anta subha naka inni kun tum minadzolimin”

    Maksudnya  : “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau Maha Suci. Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim”

    6. Suami hendaklah kerap solat sunat atau solat hajat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. 

    Mengandung akan memberi tekanan terhadap wanita dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat.

    Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. 

    Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya.

    Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi, maka tugas para suamilah untuk menjaga hati para isteri.


    Dorongan Suami Semasa Isteri Bersalin


    Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. 

    suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristighfar dan selawat. dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin.

    Waktu pantang dan selepas kelahiran bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam.

    Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat itu.


    Tanggungjawab Bapa Semasa Kelahiran Anak

    1. Menanam uri
    Orang tua dahulu mengamalkan adab menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan Dan membalutnya dengan kain dan ditanam.

    2. Mengazankan dan mengiqamatkan anak
    Tujuannya adalah untuk mengingatkan anak terhadap perjanjiannga dengan Tuhan di alam rohani.

    3. Mendoakan anak
    Doa agar anak patuh terhadap Allah: surah albaqarah: 128

    Doa Diberi anak yg baik: surah al Imran : 38

    Doa diberi zurian yg menyenangkan hati : surah Furqan: 74

    Doa agar anak tetap mengerjakan solat : surah Ibrahim: 40

    Doa ketika memberikan nama kepada anak.

    4. Memberikan nama yang baik kepada anak. 
    Dan tidak memanggil anak dengan nama gelaran yg buruk.
    5. Melakukan penyembelihan akikah. 
    Hukumnya adalah sunat muakkad. Menyembelih dua ekor kambing untuk anak lelaki atau seekor kambing untuk anak perempuan pada ketika anak berusia 7 hari ( digalakkan)

    6. Mengkhatankan anak.

    7. Mendidik moral anak.


    Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel:

    0 Response to "Kisah Teladan Ini Amalan Suami Semasa Isteri Hamil"

    Post a Comment