TEKNIK MENYUSUKAN SUSU IBU PASTI BERKESAN KEPADA BAYI

TEKNIK MENYUSUKAN SUSU IBU PASTI BERKESAN KEPADA BAYI

Assalamu'alaikum Wrmbth, Siapa rancang nak menyusukan anak dengan susu ibu?


teknik menyusukan susu ibu

Jom angkat tangan dan sebut saya ramai ramai. 

Good job.. Tahniah. Ini satu keputusan terbaik untuk anak anak kita kan.

Aza doakan kita semua berjaya mengeluarkan susu ibu yang meriah dan banyak untuk anak anak.

Jadi hari ini, nak kongsi sikit ilmu penyusuan dengan sahabat semua. 

Aza memang menggunakan set menyusu shaklee lengkap.. Tapi itu tak cukup ya. 

Susu ibu banyak juga memerlukan teknik menyusukan susu ibu kepada bayi yang betul.

Jom sama sama kita ambil manfaat ya

Teknik Menyusukan Susu Ibu Kepada Bayi Yang Terbaik?


1. Kedudukan Badan

Posisi atau kedudukan badan ibu semasa menyusukan anak sangat penting.

Ibu dan bayi mesti selesa.

Caranya ialah dengan memastikan kita selesa dan sicomel didukung dengan baik. 

teknik menyusukan bayi


Contohnya kawan kawan boleh duduk bersandar di atas katil ataupun kerusi dengan kepala bayi di atas lengan anda.

Atau di kerusi yang selesa.

Kedudukan yang kurang elok semasa menyusu contohnya dengan bersandar terlalu jauh dai simanja.

Menyebabkan bayi sukar mencapai puting semasa menyusu 

Kita juga seeloknya mengelakkan diri dari membongkok  terlalu rapat dengan bayi anak semasa menyusu

Kusyen dan bantal boleh digunakan untuk bersandar atau semasa penyusuan supaya badan lebih selesa.


2. Cara Medukung Bayi

Ya, yang ni pun penting juga. Cara mendukung bayi semasa menyusu ibu.

Macam mana nak tahu cara yang betul? Jom..

Kepala, tengkuk dan tubuh bayi mesti dalam keadaan selari. Selari dalam satu garis ya.

teknik menyusukan anak

Bayi akan lebih selesa untuk menghisap susu.

Kemudian pastikan muka baby pada payudara, hidung bayi bertentangan puting payudara ibu.

Rapatkan anak yang disusukan pada tubuh ibu terutama pada punggung, kepala dan bahu bayi diampu.

Ala.. mula mula memang canggung sikit. terutama ibu muda. Nanti dah biasa cepat je.

Macam mana nak biasa? Kena banyak latihan lah kan.


3. Cara Memegang  Payudara

Cara yang betul adalah pegangan C iaitu ibu jari di atas puting dan jari lain di bawah puting.

Cara yang salah adalah pegangan Gunting iaitu ibu jari dan jari telunjuk di atas puting dan jari lain di bawah puting.


4. Cara Penyusuan

Sentuh bibir bayi, tunggu mulutnya terbuka luas

Gerakkan badan bayi ke arah payudara

Pastikan bayi mengambil lebih kawasan hitam payudara (areola)

Pastikan bayi melekap dengan betul dan ampu sedikit payudara.
 

Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel:

0 Response to " TEKNIK MENYUSUKAN SUSU IBU PASTI BERKESAN KEPADA BAYI "

Post a Comment