11 Tips Untuk Hamil Dengan Cepat Tanpa Pembedahan
Assalamu'alaikum Wrmbth, Terima kasih kerana mengunjungi Blog Mazni. Hari ini kita nak kongsi tentang Set Kesuburan Wanita Shaklee.Dan 11 tips untuk hamil dengan cepat.
Mazni pasti ramai dari kita sudah mencuba pelbagai kaedah untuk hamil kan. Dan masih lagi mencuba.
Kami suami isteri juga pernah mengalami situasi yang sama. Hampir 4 tahun mencuba, akhirnya alhamdulillah berkat pelbagai usaha yang dilakukan akhirnya berjaya juga.
Salah satu usaha yang mazni dan suami lakukan adalah denan mencuba set kesuburan wanita shaklee dan suami pula makan set kesuburan lelaki shaklee.
Dan pada masa yang sama kami amalkan majoriti tips dibawah.
Ya ...11 Tips Untuk Hamil Dengan Cepat Bagi Suami Isteri yang merancang kehamilan.
Dan tips ini Mazni dapat setelah membaca artikel Dr. Raja Juhaidah Raja Abdullah yang sangat bagus
Mazni lebih fokus pada isteri ya untuk kali ini
11 Tips Untuk Hamil Dengan Cepat Bersama Set Kesuburan Wanita Shaklee
1. Mempunyai ilmu tentang kehamilan
Jika kita sendiri faham bagaimana kehamilan berlaku, mesti lebih senang untuk merancang kehamilan kan?
Bagi wanita, sekiranya kita faham tentang kitar haid. Mudah untuk kita agak bila waktu subur wanita akan berlaku.
Waktu subur ni biasa berlaku semasa pertengahan fasa kitar haid. Sel pembiakan isteri akan dikeluarkan dan jika hubungan suami isteri berlaku semasa ini lebih tinggi peluang mengandung.
Sebab tu Mazni galakkan cik puan semua buat sedikit bacaan. Insyaallah akan membantu.
Yang menjadi cabaran, untuk suami isteri yang sibuk bekerja ... Badan selalu letih dan lesu. Masa nilah kegunaan menggunakan makanan tambahan terserlah.
Set kesuburan shaklee untuk wanita membantu badan isteri lebih cergas. Dan terbukti menjadi anda lebih menarik dimata suami.
Ya, bentuk tubuh yang menarik dan menawan secara semula jadi. Cara membesarkan payudara secara tidak langsung.
Dan menaikkan daya tarikan pasangan suami isteri. Barulah kemesraan terjalin.
Jom baca testimoni pelanggan Mazni sendiri
Berjaya hamil selepas 4 tahun mencuba. Akhirnya hamil setelah menggunakan set kesuburan wanita shaklee |
2. Buat Temujanji Dengan Doktor
Makanan sekarang ni banyak bahan perasa tambahan dan pengawet. Belum masuk bahan kimia lagi.
Jadi memang banyak penyakit pelik pelik yang mengganggu peluang untuk hamil dengan cepat.
Buat pemeriksaan doktor untuk memastikan anda bebas dari sebarang masalah dengan membuat lawatan doktor.
Masalah cyst, endometriosis atau fibroid adalah penyakit yang kerap dikaitkan dengan sukar hamil.
Malangnya wanita sering mengalaminya tanpa sebarang tanda dan gejala dan sekiranya diagnosa dapat dibuat diperingkat awal, rawatan yang berkesan mungkin akan dapat diberikan dan mengelak dari masalah sukar hamil.
Doktor akan membantu pasangan suami isteri menjadi lebih sihat. Wallahu'alam
3. Berat Badan Anda Tidak Ideal
Percaya atau tidak, berat badan kita memainkan peranan untuk hamil dengan cepat.
Jika tuan puan terlalu kurus pun tidak baik.
Terlalu obes juga tidak baik.
Kawal berat badan dan cuba kira BMI (Body Mass Index) anda. BMI diantara 20-24 menunjukkan berat ideal
Seeloknya jauhi makanan segera dan minuman berkarbonat.
4. Ketahui waktu subur anda.
Mazni ada kongsikan di tips pertama tentang memahami bagaimana kehamilan berlakukan.
Dari ilmu tersebut kita boleh tahu hari subur.
Hari subur kita cuma 4-5 hari sebulan dan dengan mengetahui dengan tepat hari subur, anda boleh meninggikan peluang untuk hamil.
Cabaran untuk ramai wanita bergelar isteri ialah.. Kitaran haid tak teratur kan.
Macam mana nak tahu waktu subur wanita kalau bulan ni lain. bulan depan lain.
Peratikan tanda tanda ini ovulasi (Benih wanita dibebaskan semasa waktu subur) seperti
- Lendir serviks yang lebih licin
- Senak perut ditengah bulan.
jangan salah beli ya. Ini tak sama dengan UPT. UPT untuk uji kehamilan.
5. Lebih Kerap Melakukan Hubungan Intim
Bila kita sudah tahu waktu subur.. Samada dengan melakukan anggaran ataupun dengan kit ovulasi..
Suami isteri boleh meninggikan peluang untuk hamil cepat dengan melakukan seks dengan lebih kerap.
Berapa kerap itu kerap?
Dalam 3-4 kali seminggu pada hari hari subur, berhubunganlah setiap hari.
Carilah ilmu suami isteri untuk meninggikan peluang hamil.
6. Pulihkan kesuburan suami.
Ya.. Menurut kajian 33% ketidaksuburan dari lelaki. 33% dari wanita dan baki faktor luaran.
Anta sebab suami kurang subur ialah
- Makanan seimbang
- Berat badan berlebihan
- Tidak bersenam
- Merokok
- Minuman keras.
- Ejakulasi pra-matang, eloklah anda boleh berbincang dengan doktor.
7. Mengambil Makanan Tambahan Seperti Multivitamin.
Jeng jeng jeng. Nampak Doktor Pakar pun sarankan pengambilan makanan tambahan.
Mazni dan suami pun dulu tak makan juga. Mana tahu kan. Mak ayah tak ajar pun makan vitamin dari kecil.
Tapi bila dah besar, ada akal yang waras. Boleh bezakan baik buruk. Kita ada kesedaran jaga kesihatan.
Maka kami suami isteri pun makan. Adalah disarankan kepada semua wanita yang merancang untuk hamil mengambil vitamin harian termasuk asid folik untuk mengurangkan risiko janin cacat.
Suami pula disarankan untuk mengambil supplemen zinc untuk meningkatkan pengeluaran sperma.
Dan inilah set kesuburan asas Shaklee untuk suami isteri
8. Bersenam dengan kerap
Badan yang sihat dan cergas akan meningkatkan peluang hamil.
Lagipun dengan bera badan yang ideal, potensi untuk diserang penyakit yang mengganggu kesuburan akan berkurangan.
Jom bersenam.
9. Amalkan Diet Yang Seimbang.
Menurut kajian, masalah PCOS dapat di kawal dengan hanya mengawal diet harian.
Haid akan kembali stabil dan waktu subur akan lebih mudah di jangka.
Makanan yang seimbang akan memastikan badan mendapat khasiat yang cukup. Makanan segera elak jauh jauh ya.
10. Kawal Tekanan Secara Sihat
Cuba bayangkan hidup tanpa stress. Tanpa tekanan. Tak bagus juga kan. Semua orang akan hidup sambil lewa.
Tekanan itu ada fungsinya. Membuatkan kita bertindak untuk mengubah sesuatu yang tidak kita gemari.
Macam mana nak kawal tekanan dengan sihat? Cari hobi yang bermanfaat dan habiskan masa bersama dengan insan tersayang.
11. Amalkan cara hidup sihat
Agama islam cukup cantik kerana mengharam penganutnya menjauhi rokok, minuman keras dan perkara negatif yang lain.
Cara hidup tidak sihat bukan sahaja memberi kesan negatif kepada kesuburan malahan meningkatkan risiko keguguran dan masalah kehamilan.
Minuman berkafein juga elok dikurangkan. Kafein menghalang penyerapan zat dari makanan.
Sangat rugi bukan.
Set Kesuburan Wanita Shaklee Untuk Merancang Kehamilan
Ini adalah set kesuburan shaklee untuk wanita yang Mazni cadangkan
Vitalea RM89 |
Jumlah harga bagi set isteri (Termasuk Pos RM10) =RM190
Ingatkan masa awal tadi, Mazni ada kongsi testimoni pelanggan yang dipuji suami. Inilah cara membesarkan payudara yang dimaksudkan.
makan alfafa untuk besarkan payudara.
Akhir kata dari Mazni, Kami doakan agar tuan puan dikurniakan cahaya mata yang sihat dan baik akhlaknya. Insyaallah
Mungkin set kesuburan shaklee adalah jawapan yang anda cari cari selama ini.
Cara makan set kesuburan shaklee ada Mazni kongsikan. Jom baca
Untuk mencuba produk, bertanyakan harga dan konsultasi percuma ini,sila hubungi saya di:
Call / Whatsupp: 019-2653791 atau 0192663791
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu Bijak Keluarga Sihat untuk maklumat menarik dan promosi
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu Bijak Keluarga Sihat untuk maklumat menarik dan promosi
Jadi apa pendapat anda tentang Set Kesuburan Wanita Shaklee? Saya sangat berminat dengan perkongsian anda semua. Kongsikan di ruangan komen dibawah ya.
0 Response to "11 Tips Untuk Hamil Dengan Cepat Menggunakan Kaedah Semulajadi"
Post a Comment