Assalaamualaikum wbt.
Che Matt doakan agar anda semua sihat dan ceria sentiasa disamping keluarga tersayang. Salam sayang buat semua.
Ramai dari kalangan sahabat Che Matt yang terkena penyakit Gout tak kira di usia muda ataupun tua. Macam macam kisah penyakit gout ni. Ada yang peringkat kritikal sampai masuk hospital sampai 4 bulan, ada yang terkena sakit buah pinggang akibat gout dan yang biasa-biasa selalu ambil MC sebab sakit gout.
Kali ini Che Matt ingin berkongsi satu artikel dari Kementerian Kesihatan Malaysia berkenaan penyakit gout. Artikel ini Che Matt copy semula dari website Myhealth portal.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Gout
Pengenalan
Gout adalah sejenis penyakit disebabkan berlebihan asid urik di dalam badan.- Asid urik adalah bahan kumuhan berasal dari sejenis protein yang dipanggil purin.
- Badan kita membuang bahan kumuhan ini melalui air kencing (urin).
- Bagi penghidap gout, asid urik yang berlebihan tidak dibuang dan berkumpul di dalam sendi.
- Ia adalah salah satu penyakit yang paling lama dihidapi manusia sejak zaman dahulu kala lagi.
- Pada masa dahulu gout boleh menyebabkan kemudaratan dan kecacatan, kini dengan kemajuan dalam bidang perubatan, gout boleh dikawal.
- Ia sering dihidapi oleh kaum lelaki dalam lingkungan usia antara 30 hingga 60 tahun.
- Ia jarang sekali dihidapi oleh kaum wanita sebelum putus haid.
Tanda Gout
- Gout lazimnya menyerang ibu jari kaki.
- Ibu jari kaki menjadi merah, panas, bengkak dan tersangat sakit.
- Serangan selalunya berlaku secara tiba-tiba, kerap kali semalaman.
- Sendi yang diserang menjadi bisa sehinggakan geseran dengan selimut pun begitu menyeksakan.
- Sakit mungkin berlarutan berhari-hari, atau sekurang-kurangnya 1-2 minggu untuk reda jika tidak dirawat.
- Sakit mungkin menyerang kembali selepas berminggu atau bulan.
- Gout boleh menyerang sendi-sendi lain seperti buku lali, lutut, pergelangan tangan dan jari.
Komplikasi
- Asid urik boleh berkumpul di bawah kulit membentuk benjolan di panggil ’tophi’
- Dalam saluran urinari (air kencing), ia boleh berkumpul membentuk ’batu karang’.
- Penghidap gout juga sering menghidapi penyakit atau masalah kesihatan lain seperti:
- Kegemukan
- Darah tinggi
- Hiperlipidemia
- Diabetes
Rawatan
Gout adalah suatu penyakit yang boleh sembuh tetapi anda harus mengambil langkah-langkah untuk mengatasinya.Rawatan serangan akut
- Rehatkan sendi semasa serangan gout.
- Ubat-ubatan anti-radang berkesan untuk mengurangkan sakit dan keradangan sendi. Walaupun ia boleh mendatangkan kesan sampingan seperti sakit perut. Jika digunakan dalam jangka masa yang singkat, kesan sampingan jarang berlaku.
- Ubatan lain seperti colchicine juga boleh diambil. Walaupun ia amat berkesan, ia boleh menyebabkan loya, muntah dan cirit-birit (Peringatan: Colchicine hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
- Steroid (Peringatan: Steroid hanya boleh diambil melalui preskripsi doktor)
- Lazimnya cecair steroid disuntik terus ke sendi yang radang
- Pil steroid boleh diambil dalam jangka masa yang pendek jika penghidap tidak boleh mengambil ubat-ubatan yang lain. Walaubagaimanapun, ianya tidak boleh diambil berpanjangan.
- Sentiasa peka terhadap tanda-tanda awal serangan. Jika rawatan dimulakan awal, penyakit ini tidak akan melarat.
Rawatan Jangka Panjang
Oleh kerana gout disebabkan oleh asid urik yang berlebihan dalam badan, anda haruslah mengelakkan faktor-faktor yang boleh menambahkan paras asid urik.- Menjaga berat badan – kegemukan boleh mengganggu keupayaan badan untuk mengeluarkan asid urik yang berlebihan
- Mengelakkan minuman keras
- Pemakanan – elakkan pengambilan makanan yang mengandungi purin yang tinggi
- Sesetengah daging binatang, makanan laut, kekacang mengandungi purin yang tinggi.
Pemakanan
Di bawah disenaraikan makanan yang kaya dengan purin:.ELAKKAN MAKAN | KURANGKAN MAKAN |
---|---|
|
|
Pencegahan
- Ubah cara hidup anda untuk memastikan paras asid urik yang normal
- Amalkan cara hidup sihat untuk mengelak dari menghidap penyakit-penyakit yang berhubungkait dengan gout
- Apabila mengambil allopurinol, ianya perlu diambil secara berterusan.
- Jangan mengubah atau menghentikan dos allopurinol semasa serangan gout.
- Minum banyak air
Benarkah Gout Penyakit Orang Kaya?
Tidak, gout boleh menyerang sesiapa sahaja. Walau bagaimanapun, meminum alkohol dan pemakanan berlebihan boleh dikaitkan dengan penyakit gout.Adakah Gout Boleh Diwarisi?
- Gout boleh diwarisi tetapi faktor persekitaran juga memainkan peranan
- Gout adalah penyakit yang boleh dirawat. Pada zaman dahulu, gout merupakan salah satu penyebab kerosakan dan kecacatan sendi. Pada hari ini, dengan rawatan yang baik, ianya boleh dikawal.
- Adalah penting untuk mengamalkan cara hidup sihat.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Vivix Shaklee dan Gout
Melawan penuaan pada tahap sellular an lebih dari itu.
Di dalam kajian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan ia memberi impak kepada empat mekanisma utam penuaan pada tahap sellular:
- Melindungi dan membaiki sellular DNA
- Memberi impak positif kepada pengawalan genetik
- Menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria
- Melambatkan pembentukan protin AGE (Advanced Glycation End products)
- Kesihatan jantung
- Kesihatan otak
- Kesihatan sistem imun
- Kesihatan sendi
- Perlindungan anti-oksidan
- Peningkatan tenaga pada tahap sellular
- Kesihatan dan kesejahteraan
Jika kawan kawan ada sebarang soalan mengenai artikel ataupun produk shaklee, hubungi Che Matt di:
Call/WhatsApp/Telegram : 019-9152247
ID Shaklee : 1083607
Email : chemat2009@gmail.com
FB : Che Matt bagi pertanyaan lanjut.
LIKE Che Matt di Facebook Page : Anugerah Kesihatan Keluarga bagi mendapatkan harga dan rundingan percuma.
0 Response to "VIVIX SHAKLEE UNTUK GOUT | SENDI TAK SAKIT BADAN CERGAS"
Post a Comment