Vivix Shaklee Untuk Diabetis / Kencing Manis

VIVIX SHAKLEE UNTUK DIABETIS / KENCING MANIS

Assalaamualaikum wbt.

Penyakit Kencing Manis adalah satu penyakit yang tidak asing lagi bagi penduduk di Malaysia dan di dunia ini. Che Mat sendiri menggunakan Produk Vivix Shaklee untuk diabetis ibu Che Mat.

Vivix Shaklee Untuk Kencing Manis

Terima kasih Che Matt ucapkan kepada tuan puan semua kerana mengunjungi blog shaklee no 1 pilihan rakyat Malaysia.

Che Matt memang ada pengalaman dengan kencing manis. Alhamdulillah setakat ini Allah swt kurniakan kesihatan pada Che Matt. 

Namun, Allah swt uji insan paling istimewa dan paling berjasa dalam dunia ini melahirkan dan membesarkan Che Mat.

Kencing manis atau diabetis ibu Che Matt memang membimbangkan, mata pun dah tak berapa nampak. 

Sebagai anak, Che Matt pasti sayu hati kita melihat ibu bapa kita tidak sihat.

Setelah pelbagai usaha dilakukan, akhirnya syukur pada Allah swt.

Che Matt telah membelikan vivix shaklee untuk diabetis yang dihidapi ibu.


Pengalaman Che Matt bersama Vivix Shaklee

Vivix Shaklee dan Buah Pinggang
Ibu Che Matt sedang menjalani proses Haemodialisis untuk penyakit buah pinggang.


1. Pengalaman bersama ibu sendiri.
Dulu sebelum masuk Shaklee, Che Matt mencari-cari produk Shaklee yang dapat membantu ibu Che Matt yang mengidap sakit kencing manis, darah tinggi, buah pinggang.

Dan baru dikesan penyakit jantung. Jadi pakej yang Che Ambil untuk menjadi ahli shaklee mengandungi Vivix Shaklee, B-Complex, Vitalea, Vitamin C dan Alfafa. 

Jadi dengan pembelian tersebut Che Matt dapat keahlian  shaklee PERCUMA.

Setelah ibu Che Matt mengambil sebotol Vivix, Alhamdulillah dengan izin Allah, paras gula dan tekanan darah ibu Che Matt telah menurun dan kesihatannya pun semakin baik.

Jadi Che Mat teruskan pengambilan vivix secara berterusan. Soal duit itu sangat kecil jika dibandingkan dengan jasa ibu bapa kepada kita.

Harga Vivix Shaklee berpatutan kerana kesihatan ibu Che Mat semakin baik, dan lebih murah dengan menjadi ahli shaklee.

Diskaun 25%

Bayangkan  jika dulu mereka berkira membeli susu dan pakaian kerana sayangkan duit.

Ataupun tidak menyekolahkan kita kerana membebankan mereka.

Setelah Che Matt sendiri mempunyai keluarga dan anak anak, lebih fahamlah kita akan pengorbanan yang mak ayah kita lakukan dahulu.

Insyaallah, janji Allah swt itu benar, hari ini kita buat ibu bapa dengan baik, kelak anak dan menantu kita yang akan membalasnya.

Ini hukum Alam.

Tahniah Che Matt ucapkan pada tuan puan yang membaca ni. Semoga doa ibu bapa anda akan menambahkan keberkatan rezeki.

2. Pengalaman bersama kawan
Che Mat selalu kongsi kebaikan vivix shaklee di FB Che Matt. 

Tetiba kawan lama Che Matt komen tanya Vivix Shaklee untuk kencing manis. Rupanya dia pun dah dapat penyakit kencing manis. 
vivix shaklee untuk batuk kronik
Solat tetap perlu semasa sihat dan sakit
Permulaan dia beli sebotol, lepas habis sebotol dia repeat order lagi..mesti ok kan kalu dah repeat order.

Sebelum habis 2 botol, dia tanya lagi pasal vivix shaklee dan set bersalin shaklee...terus Che Matt offer jadi ahli sbb dgn pembelian set bersalin dan vivix melayakkan dia menjadi ahli secara PERCUMA.

Syukur sangat sangat kerana dapat membantu sahabat Che Mat kembali menikmati mutu hidup yang lebih sempurna.

Walaupun sudah disahkan menghidap diabetis.

Ya.. Kehidupan kita tidak berakhir dengan kencing manis. Hidup tetap diteruskan.

Dan alhamdulillah. Sehingga kini dia masih menggunakan shaklee.

3. Vivix untuk batuk kronik.
Kalau anda mangalami batuk kronik ynag dah berbulan tak baik baik, boleh cuba Vivix

Ada pelanggan Che Matt ambil Vivix sebab dah tak tahan batuk yang berterusan dan dah bermacam macam ubat sudah cuba. 

Kebetulan beliau ini imam di masjid tempat Che Matt berada. Semasa bacaan solat pun masih terbatuk batuk.

Kurang lancar seperti biasa. 

Setelah menggunakan vivix Shaklee 

Alhamdulillah pelanggan Che Matt sangat berpuas hati dengan Vivix. 

Alhamdulillah kuasa penyembuh di tangan Allah SWT, produk vivix  atau apa apa pun cuma menjadi penyebabnya sahaja. Benar, teruskan berusaha dan berdoa.

Kerana setiap penyakit ada ubatnya.

Untuk informasi lanjut berkenaan Vivix Shaklee sila "KLIK" link di sini Vivix Shaklee.

Jika tuan puan mempunyai soalan dan ingin mendapat kan vivik shaklee, boleh hubungi Che Matt dengan


Call/WhatsApp/Telegram : 019-9152247


FB : Che Matt bagi pertanyaan lanjut.


Ok, dibawah ini Che Mat sertakan sedikit rujukan tentang kencing manis dan vivix shaklee untuk rujukan

Menurut statistik yang dikeluarkan olek Kementerian Kesihatan Malaysia, 1 daripada 7 orang dewasa mengidap diabetis.

Penyakit kencing manis atau diabetes juga dikatakan satu penyakit yang paling jahat sekali kerana apabila terkena penyakit kencing manis.

Iia dengan mudah akan merosakkan organ organ lain di dalam badan kita seperti jantung, buah pinggang, mata, potong kaki, kudis atau luka yang lambat sembuh.

Sedikit Info tentang Penyakit Kencing Manis

Penyakit diabetis merupakan sejenis penyakit di mana paras gula atau glukos yang berlebihan ada di dalam tubuh pesakit, terutamanya selepas makan.

Secara umumnya, penyakit kencing manis dapat dikategorikan kepada 2 bahagian iaitu:

1. Kencing Manis Jenis Pertama (I)

Ia juga dikenali sebagai diabetes bersandar insulin IDDM (Insulin Dependent Diabetes Melitus). 

Penyakit kencing manis jenis ini biasanya berlaku pada usia awal remaja. Diabetes jenis I ini dicirikan dengan kegagalan kalenjer pankreas  untuk menhghasilkan insulin. 

Biasanya, pesakit diabetes jenis I ini mula mendapat simptom penyakit semasa kanak-kanak atau remaja. 

Pesakit biasanya memerlukan suntikan insulin dari luar untuk mengawal tahap glukos darah disebabkan oleh kegagalan penghasilan insulin semulajadi oleh badan.

2. Kencing Manis Jenis Kedua (II)

Boleh disebabkan oleh kerintangan insulin iaitu penurunan sensitiviti tisu badan terhadap insulin atau penghasilan insulin yang berkurangan di dalam tubuh. 

Diabetes jenis II masih boleh dikawal dengan cara pemantauan dalam pengambilan makanan, pengurangan berat badan, bersenam, dan pengambilan ubat secara makan kerana badan masih mempunyai sedikit sebanyak insulin daripada pankreas, 

Walaubagaimanapun, suntikan insulin masih diperlukan dalam keadaan tertentu sekiranya pengambilan ubat secara makan kurang berkesan atau memberi kesan sampingan yang serius kepada pesakit.


Tanda-Tanda  Penyakit Kencing Manis
1. Paras gula darah tinggi
Cara terbaik untuk memeriksa tahap gula dalam darah anda adalah dengan dibuat ujian oleh doktor anda. 

Selepas anda memakan makanan, tahap gula darah secara semulajadi akan meningkat. Walau bagaimanapun, tahap gula darah yang tinggi secara berterusan sepanjang hari adalah tidak normal.


Kencing Manis diabetis

2. Dahaga yang berlebihan dan kerap kencing pada waktu malam
Kerap ke bilik air di waktu malam diikuti dengan dahaga yang berlebihan pada boleh menjadi gejala diabetes. 

Dahaga yang berlebihan ini tidak hilang walaupun setelah meminum air yang mencukupi sebelum tidur. 

Apabila terdapat terlalu banyak glukosa dalam darah, buah pinggang anda bekerja lebih keras untuk menghilangkan gula tambahan tersebut. Ini memaksa anda membuang air kecil, kadang-kadang beberapa kali pada waktu malam. 

Selepas badan anda kehilangan air dan ia akan membuat anda rasa lebih dahaga. Ia adalah cara badan anda menguruskan gula darah yang tinggi. 

Dahaga yang berlebihan bermakna badan anda sedang cuba untuk menambah cecair yang hilang.


3. Hilang berat badan secara tiba-tiba
Tahap gula dalam darah yang tinggi boleh menyebabkan kehilangan berat badan yang cepat, disekitar 2-3 kg dalam dua atau tiga bulan. 

Sesetengah orang mungkin gembira tetapi ini bukanlah kehilangan berat badan yang sihat. 

Oleh kerana hormon insulin yang tidak membekal glukosa ke dalam sel-sel di mana ia boleh digunakan sebagai tenaga, badan menganggap ia kelaparan lalu menguraikan lemak pada otot sebagai sumber tenaga alternatif.

4. Sentiasa rasa lapar

Apabila pesakit kencing manis tidak mempunyai insulin atau tidak bertindak balas terhadap insulin seperti kebiasaan, glukosa tidak dapat diproses oleh badan seperti biasa.

Menyebabkan tahap gula dalam darah untuk kadang-kadang jatuh. Apabila tahap gula dalam darah menurun secara tiba-tiba, badan menganggap bahawa anda kelaparan dan memerlukan lebih glukosa untuk berfungsi. 

Isyarat ini diterjemahkan oleh badan sebagai rasa lapar.


5. Luka lambat sembuh

Ini adalah tanda klasik kencing manis. Ia berlaku kerana saluran darah dirosakkan oleh glukosa yang berlebihan bergerak di dalam urat dan arteri. 

Ini menyukarkan darah yang diperlukan untuk membantu penyembuhan, untuk sampai ke anggota-anggota di badan.

6. Keletihan dan cepat marah

Usaha tambahan badan anda untuk mengimbangi kekurangan glukosa akan membuat anda letih. 

Bangun tidur untuk pergi ke bilik air beberapa kali pada waktu malam juga akan membuat anda letih kerana ia mengganggu tidur anda. 

Sememangnya, letih sepanjang masa akan membuat sesiapapun cepat marah.

7. Terdedah kepada jangkitan kulat

Wanita khususnya, perlu berhati-hati untuk jangkitan yis (candida) pada faraj. 

Diabetes melemahkan imunisasi, ini bermakna anda mudah mendapat pelbagai jangkitan, yang paling biasa ialah yis (candida) dan jangkitan kulat yang lain.

8. Penglihatan kabur
Apabila glukosa dalam darah adalah tinggi, ia mengubah bentuk kanta dan mata, menyebabkan penglihatan kabur.

Walabagaimanapun ia akan kembali kepada asal apabila tahap gula dalam darah kembali normal atau hampir normal. 

Gula darah yang tinggi, sekiranya dibiarkan untuk tempoh yang panjang, akan menyebabkan kerosakan kekal, mungkin juga buta.

9. Sensasi pada tangan dan kaki

Kesemutan, kebas, kesakitan membakar atau bengkak pada tangan dan kaki.

Ini adalah tanda-tanda bahawa saraf dirosakkan oleh kencing manis. Sama seperti penglihatan, jika tahap gula darah dibiarkan tinggi terlalu lama, kerosakan saraf juga akan kekal.

10. Kulit merengsa
Ini boleh menjadi tanda amaran kencing manis atau masalah kulit yang lain seperti acanthosis nigricans

Kulit di sekitar leher atau bahagian ketiak menjadi gelap. Pada tahap ini seseorang itu sudah mula mengalami proses penentangan insulin walaupun gula dalam darah mereka mungkin tidak tinggi.

Bagaimana Vivix Shaklee Membantu Pesakit Kencing Manis?

Dalam Vivix ada ramuan yang di panggil resveratrol iaitu daripada buah anggur muscadine, serta Knotweed Jepun. (selain ramuan asas purple carrot dan elderberry)

Vivix shaklee

Apa itu resveratrol?

Resveratrol ialah satu jenis phenol semulajadi yang wujud di dalam tumbuhan anggur terutamanya jenis muskat dan anggur kulit merah serta Knotweed Jepun.

Kajian saintifik menunjukkan resveratrol sangat memainkan peranan dalam memanjangkan usia kerana ia dapat melawan penuaan pada tahap sel.

Apa kaitannya Vivix Shaklee untuk diabetes?

Ada dua cara resveratrol membantu pesakit diabetes:

1. Meningkatkan sensitiviti tubuh terhadap hormon insulin.
Rintangan insulin adalah satu daripada faktor penyumbang utama diabetes. 

Jika sensitiviti tubuh terhadap insulin dapat ditingkatkan, kita boleh memberhentikan diabetes.

Apabila tubuh kita hilang sensitiviti terhadap insulin, tubuh akan keluarkan lebih banyak insulin untuk mengawal aras gula dalam darah. 

Jadi resveratrol pula mampu meningkatkan sensitiviti tubuh kita terhadap insulin oleh itu mengurangkan amaun insulin yang diperlukan untuk mengawal aras gula darah.

2. Mengaktifkan enzim yang sangat berkuasa dalam tubuh kita.

Untuk mencegah atau menyembuhkan diabetes, satu enzim iaitu dikenali sebagai enzim SIRT1 mestilah di aktifkan yang mana enzim ini bertanggungjawab terhadap rembesan hormon insulin dan tahap sensitivitinya.



Apa kelebihan Vivix Shaklee untuk kencing manis?

Vivix Shaklee merupakan suplemen anti-penuaan terbaik di dunia dan sangat sesuai untuk kecantikan kulit wajah yang dibangunkan selepas penyelidikan bertahun-tahun oleh saintis Shaklee.



Dalam ujian makmal, ramuan Vivix telah menunjukkan impak kepada empat mekanisme penting penuaan pada tahap sel.



Ramuan utamanya ialah anggur muscadine iaitu anggur paling hebat dengan 20 kromosom (anggur biasa ada 19 kromosom), purple carrot, elder berry dan knotweed Jepun yang memang telah diketahui mempunyai nilai tinggi dalam kesihatan manusia.

vivix shaklee

Selain itu, Vivix Shaklee bertindak dengan 4 mekanisme penuaan tahap sel dengan
  1. Melindungi dan memperbaiki kerosakan sel peringkat DNA!
  2. Mengaktifkan kawalan genetik utama yang menolong melambatkan penuaan
  3. Menggalakkan pembentukan biogenesis mitokondria untuk meningkatkan tahap tenaga di dalam sel
  4. Ramuan Vivix sendiri adalah 10kali lebih kuat dari resveratrol untuk melambatkan pembentukan protein AGE (advanced glycation ends products)
Jadual makan vivix shaklee ada Che Matt berikan .


Itulah serba sedikit maklumat berkenaan Vivix Shaklee yang Che Matt dapat kongsikan buat kali ini. 

Semoga bermunafaat untuk anda. Jika kawan kawan ada sebarang soalan mengenai artikel ataupun produk shaklee, hubungi Che Matt di:

Call/WhatsApp/Telegram : 019-9152247

ID Shaklee : 1083607


FB : Che Matt bagi pertanyaan lanjut.

LIKE Che Matt di Facebook Page : Anugerah Kesihatan Keluarga bagi mendapatkan harga  dan rundingan percuma.


Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel:

0 Response to "Vivix Shaklee Untuk Diabetis / Kencing Manis"

Post a Comment