Set Resdung Shaklee Untuk Lelaki Jerawat Banyak
Assalamu'alaikum Wrmbth, Hari ni Julia nak sentuh isu sensitif. Masalah jerawat dikalangan orang lelaki. Dan macam macam set resdung shaklee boleh bantu lelaki berjerawat kembali kemas penampilannya.Jerawat oh jerawat.. Di sini pun kau tumbuh |
Jerawat jerawat jerawat. Ini masalah biasa bagi lelaki dan wanita. Lelaki dan perempuan yang meningkat dewasa sangat terkesan dengan jerawat.
Tanyalah anak anak remaja kita. Semasa akhil baligh, hormon tak stabil, banyak bersukan dan kurang menjaga kebersihan diri. Antara penyebab jerawat adalah resdung. Rawatan resdung memang banyak diluar sana. Tapi kebersihan diri masih perlu dijaga
Ini memang faktor utama jerawat naik. Julia sendiri walaupun sudah bergelar ibu dan isteri masih mementingkan penjagaan penampilan.
Mestilah kan, orang perempuan semua nak cantik. Tapi jangan bertepuk sebelah tangan saja.
Suami nak isteri cantik, mesti jaga penampilan diri sendiri juga kan. Hehe
Perasaan rendah diri mengekang anak remaja dari menyedari potensi diri |
Bagi remaja, masa nilah mereka nak cari jati diri. Julia masih ingat lagi perasaan masa peringkat usia ni.
Kalau muka berjerawat memang rasa rendah diri. Itu dululah kan. Zaman gelap.
Sekarang ni hati dah kuat, walaupun penampilan luaran itu penting, Allah swt kan memandang kita berdasarkan iman dan takwa.
Eee.. geram betul nak picit jerawat ni |
Kata bijak pandai dalam agama, kita raih redha Allah dan elakkan penghargaan manusia. Hati kita akan lebih tenang insyaallah.
Jangan malu dengan keunikan yang ada pada diri kita |
Setiap insan diciptakan unik. Hargai diri sendiri. Sayangi diri kita. Dekatkan diri pada yang esa insyaallah kita akan perasan kelebihan diri
Keyakinan diriku tinggi. Takkan gentar dengan cabaran |
Sebelum Julia masuk te bahagian penting artikel ni, jom sama sama bayangkan kita adalah seorang yang berbadan besar. Ya sama seperti ahli sumo ni.
Ahli sumo tidak malu dengan penampilan diri mereka. Malah mereka ada peminat sendiri. Kenapa?
Sebab mereka gunakan kelebihan yang ada ditempat yang betul. Gemuk bukan halangan.
Adibah Nor tetap laku dengan pengiklan bukan? Walaupun berbadan besar.
Suara beliau sedap dan petah berbicara. Afdlin Shauki. Dr Azizan.
Siapa lagi.. Jerawat dan kulit cantik bukan ukuran nilai diri kita. Ok?
Julia harap kita semua jadi seperti ikan dibawah ni
Biar apa pun rupa luaran kita, nilai dan harga diri dalaman kita lebih penting |
Ikan besar di bekas yang kecil.. Biarpun bekasku kecil, keyakinan diriku besar.
Berbanding ikan kecil dibekas besar. Sebesar manapun bekas, jika nilai diri kecil kurang bermanfaat juga kan.
Ok, balik kepada Set Resdung Shaklee untuk lelaki.
Ju selalu dapat soalan, lelaki tak boleh makan alfafa. Mana ada. Lelaki perempuan boleh makan.
Sebenarnya set rawatan resdung shaklee untuk perempuan sama je dengan lelaki.
Vitamin Shaklee Untuk Jerawat Lelaki
Ju mulakan dengan Alfafa Complex. Kebaikannya banyak. Antara yang paling sinonim adalah sebagai pembuang toksin
Alfafa Complex Shaklee
Detox dan cuci usus dari segala kekotoran. Barulah penyerapan zat dari makanan lebih baik
Kebaikan alfafa sangat banyak.. Ju senarai kan 40 ya.
- Mencuci dan membuang toksik dalam badan
- Mengawal kolestrol dalam darah
- Bertindak sebagai fiber - bantu singkir dan kurangkan lemak serta kolestrol
- Mengurangkan risiko penyakit jantung dan strok
- Bagus untuk pesakit diabetes kerana mengurangkan paras gula dalam darah
- Sebagai penggalak penghasilan susu bagi ibu yg menyusukan bayi (Milk Booster)
- Melawan alahan seperti resdung, ekzema dan alergik
- Mengurangkan masalah gastrik dan gangguan hati
- Mengurangkan simptom menopaus
- Menyahkan kimia dalam tubuh
- Meningkatkan sistem pertahanan tubuh
- Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
- Mengurangkan masalah pundi kencing
- Meningkatkan kesihatan prostat lelaki
- Membantu merawat masalah sembelit
- Membantu membuang angin dalam badan
- Meningkatkan stamina dan kesihatan lelaki
- Mengempiskan perut
- Sebagai perapat untuk wanita kerana mengandungi Kacip Fatimah
- Membesar dan menegangkan payudara
- Merawat masalah Keputihan bagi wanita
- Memberi kelegaan semasa haid
- Menghangatkan hubungan suami isteri
- Merawat asma dan lain-lain masalah pernafasan
- Melegakan sakit otot dan sendi
- Mencuci buah pinggang dan merawat masalah kencing kotor
- Melegakan bengkak kaki dan buku lali
- Membantu masalah arthritis
- Membantu merawat ulser
- Mengatasi masalah sembab air
- Melegakan masalah masalah sinus seperti hidung sensitif
- Membantu mengatasi gout
- Mengatasi masalah bau badan dan kaki berbau
- Mengatasi masalah mulut dan nafas berbau
- Mengatasi masalah kurap dan kulat air
- Mencuci darah, hati dan usus
- Menghilangkan kelesuan dan memberi tenaga
- Meneutralkan asid dalam badan
- Membantu memperbaiki keadaan kulit
- Mencegah edema - Pengumpulan air dalam badan
Fuh.. penat menaip. Banyak sungguh kelebihannya. Yang pasti makan berpada ya. Ikut cara yang betul.
Beli dengan Ju dan dapatkan cara makan yang lengkap.
Sustained Release Vitamin C Shaklee
Ju dan suami sangat sukakan vitamin c. Kalau rasa nak selesema tu makan vitamin c 2 biji sehari insyaallah tak jadi.
Memang sahabat sejati dirumah. Lagipun vitamin c elok untuk kesihatan gusu, dan kecantikan kulit. Jadikan kulit lebih tegang.
Itu khasiat vitamin c. Selain tu kuatkan daya tahan tubuh melawan kuman.
Selain itu, kelebihan vitamin c shaklee ialah
1. Vitamin C membantu pembentukan kolagen iaitu sejenis protein yang menyusun tubuh manusia.
Kolagen menyebabkan kulit kita tegang dan gebu gebu gitu
2. Vitamin C menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak.
Baguskan. Lebih cekap proses penghadaman
3. Detoksifikasi. Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah.
Buah pinggang kita hanya ada dua. Jadi jagalah amanah Allah swt ni
4. Perokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.
Merokok juga memusnahkan kandungan vitamin c dalam badan. Jadi kena ganti semula
5. Penyakit skurvi adalah akibat kekurangan vitamin C. Sesiapa yang mengalami pendarahan pada badan, lebam-lebam, gusi mudah berdarah, gigi mudah tercabut dan luka lambat sembuh, pendarahan dalam otot dan sendi adalah disebabkan kekurangan vitamin C.
Siapa siapa yang masa gosok gigi ada darah tu kemungkinan kurang vitamin c.
6. Mereka yang sedang sakit adalah disarankan mengambil vitamin C pada dos yang lebih tinggi bagi mempercepatkan proses penyembuhan
Dos yang dicadangkan ialah 500mg sehari iaitu bersamaan 7 setengah biji Oren atau bersamaan dengan sebiji tablet sustained release vitamin c sh
Bcomplex Shaklee
Banyak banyak vitamin, inilah vitamin orang senang hati. Sebab bantu kita hadapi tekanan dan tenang tenang selalu.
Tekanan itu bagus, tapi kalau tak dikawal, boleh memudaratkan tau.
Kelebihan Bcomplex Shaklee ialah
1. Menukar makanan kepada tenaga
2. Membantu penghadaman
3. Membantu menukar lemak, karbohidrat dan protein kepada tenaga, dan sekaligus mengurangkan masalah keletihan / kelesuan
4. Melawan tekanan
5. Memastikan kesihatan fungsi saraf, sekaligus meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
6. Membantu tumbesaran
7. Menggalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak
8. Membantu pembinaan DNA dan sel baru serta mengurangkan risiko kecacatan otak atau tulang belakang
Dan banyak lagi. Julia harap tuan puan jelas ya.
Ok, dah makan produk shaklee untuk masalah resdung. Sekarang ni Julia nak kongsi amalan hidup sihat.
Ya lah kan, kalau dah makan set resdung shaklee untuk lelaki, tapi masih amalkan tabiat tak sihat.
Agak agak boleh bertahan ke perubahan tu. Jom amalkan bersama
Salah satu cara mudah untuk membantu anda menghilangkan jerawat adalah dengan meminum air masak dengan kuantiti yang banyak.
Air bersih ya.
Ini kerana air amat berkesan untuk membuang toksin berbahaya dalam badan seseorang. Minum 3 liter air masak atau 8 gelas air
2. Menjaga pemakanan
Diet sangat mempengaruhi kesihatan kulit seseorang untuk ditumbuhi jerawat.
Tadi Ju ada kongsikan sebab berlakunya jerawat. Kulit berminyak.
Ingat lagi kan? Ok, kurangkan mengambil makanan yang mengandungi kandungan minyak, gula dan lemak yang tinggi.
Kenapa?
Ia tidak sihat.
Elakkan makanan segera dan ganti dengan sayur dan buah buahan. Ini lebih baik.
3. Menjaga kebersihan diri
Mandi selepas melakukan senaman ya. Main bola dan joging akan menyebabkan banyak peluh keluar.
Baju yang sudah digunakan jangan lupa diganti dengan baju bersih.
Ini akan mengelakkan kulit belakang badan terdedah pada kotoran dan kuman.
Elakkan dari baring dan tidur dipermukaan yang kotor.
Tunggu Dulu. Anda mesti inginkan Vitamin-vitamin lain yang hebat dan terbaik dari shaklee kan. Nak tahu lebih lanjut atau ingin mendapatkannya anda cuma ikuti langkah dibawah ni:
Call/Whatsapp :
Julia : 010-5411108/+6010-5411108
Mohd Najip : 010-5475859/+6010-5475859
ID Shaklee : 1085851
Email : lenmayaphoto@gmail.com
FB : Julianawati Mhd Nor
FB : Mohd Najip Zulkarnain Ahmad
0 Response to "Set Resdung Shaklee Untuk Lelaki Jerawat Banyak"
Post a Comment