Set Kurus Shaklee Cadangan Pengedar Sah | Tips Elakkan Gemuk Di Pejabat
Assalamu'alaikum Wrmbth, terima kasih kepada kawan kawan kerana tetap setia mengunjungi blog harga set bersalin ya. Kali ini kita nak sembang sikit tentang set kurus shaklee.Yup.. set kurus yang sedang banyak diperkatakan tu. Ramai yang dapat hasil positif dan berjaya mengurangkan berat badan.
KHAS UNTUK PEKERJA PEJABAT. VIDEO TIPS SET KURUS SHAKLEE UNTUK HIDUP SIHAT. KLIK UNTUK TONTON
Tapi pada masa yang sama ada juga yang kecewa kerana berat badan mereka bukan makin kurang, malah sebaliknya.
Kawan kawan mesti terkejut dengan pendedahan ni kan. Dan Mazni perhatikan sebenarnya yang kurang berjaya ni banyak persamaannya.
Persamaan mereka adalah..
Artikel Kali Ini Akan Membantu Kawan Kawan Untuk Memahami
1. Golongan Mana Yang Kurang Berjaya Menggunakan Set Kurus Shaklee
2. Sebab Musabab Berat Mereka BertambahYa mereka kerja pejabat. Kerja yang sangat kurang bergerak, kurang bersenam dan kurang menggunakan tenaga.
Lelaki dan wanita yang bekerja dipejabat banyak mengalami masalah berat badan. Kita semua memang biasa dan perasan perkara ni
Risiko gemuk kerana kerja di pejabat |
Setiap petang kita akan turun ke padang untuk berjoging dan bersenam. Bajet pun terhad masa tu. Makan apa yang ada. Makan mee segera.
Mazni pun rasa zaman tu.
Semua berubah lepas masuk pasaran kerja. Badan yang kurus makin berubah bentuk. Lebih memburukkan keadaan bila kita berkahwin.
Suami dan isteri makin berbeza bentuk badan kita. Semua sibuk dengan kerjaya dan tugasan sebagai pekerja dan ibu bapa.
Kurang masa untuk bersenam.
Ibu menyusu badan lebih mudah kurus. Lebih lebih lagi jika diamalkan bersama set kurus shaklee ibu menyusu
Apa Sebenarnya Penyebab Masalah Kegemukan Warga Pejabat?
Mazni nak kongsikan fakta fakta menarik dan ajak kawan kawan sama sama berfikir.
Betul ke tak semua ni. Sebelum kawan kawan cuba Set Kurus Shaklee dan dapat hasil yang kurang baik, jom ubah dulu cara kita makan dipejabat.
1. Banyak Makan Kerana Tekanan Kerja
Lumrah kerja, mana boleh lari dari tekanan. Kita stress dengan rakan sekerja, beban kerja dan sebagainya.
Lebih lebih lagi untuk kejar deadline. Satu laman web yang berkaitan dengan pekerjaan dan kerjaya iaitu CareerBuilder.com telah menjalankan kaji selidik.
Hasil dapatan kajian ini menunjukkan 37% responden mengatakan stres di tempat kerja adalah penyebab utama berat badan meningkat.
Dan yang lebih menarik, mereka mengambil jalan mudah untuk melegakan tekanan dengan mengambil makanan yang enak.
Makanan enak? Ya Makanan segera. Pizza, burger dan lain lain lagi. Makanan rapu penuh lemak dan kalori.
Kemudian bila berat badan dah naik mendadak dan baju semua dah sempit, kita beli set kurus shaklee untuk selesaikan masalah.
Dapat pula nasihat pemakanan set kurus shaklee yang salah. Selera makan makin naik bukan makin turun. Ini kisah benar.
Sebaik mana pun produk jika salah cara makannya pun tak berkesan juga.
Ok, macam mana nak atasi masalah ni? Bila tertekan makan banyak?
Sediakan snek yang lebih sihat dari rumah. Kismis, kekacang, kurma dan buah buahan lebih baik untuk anda habiskan.
Ya, sangat baik untuk minda dan pencernaan. Harga mahal ke? Boleh pergi ke kedai menjual barangan borong. Kalau di Shah Alam, boleh pergi ke Mahnaz Food di Batu 3 Shah Alam.
Macam macam pilihan ada. Harga pun berpatutan. Lebih murah daripada beli di kedai. Terbaik
2. Membeli Lauk Tengahari Di Luar Menyebabkan Kita Gemuk
Daripada kaji selidik yang sama, 20% peserta kajian membeli makanan tengahari diluar.
Faham faham je lah kan lauk Malaysia banyak berminyak dan bersantan. Banyak lemak dan kolesterol.
Kita beli saja diluar, mana tahu bahan apa yang penjual gunakan. Kawan kawan tahu tak yang garam berlebihan dalam badan akan menyebabkan lemak menyimpan lebih banyak air.
Lemak yang mempunyai lebihan garam menyebabkan air yang disimpan lebih dan menaikkan berat badan.
Ini yang dipanggil gemuk air. MSG pun tak baik untuk badan. Selalu dikaitkan dengan sakit sendi.
Kebersihan dapur pun bukan dalam kawalan kita. Jad hati hati dengan tempat kita beli makanan tengahari ya.
Tahun 2014 ni memang ramai dari kita mengalami masalah kewangan. Apa kata kita mulakan budaya membawa bekal dari rumah.
lebih bersih, murah dan terjamin kesuciannya. Jimat duit poket. Kalau puasa sunat isnin dan khamis pun bagus juga kan.
Niat nak puasa untuk tambah ketakwaan dan pahala. Sambil tu dapat merehatkan sistem penghadaman makanan. Insyaallah lebih berkat rezeki dan kesihatan.
3. Masa Makan Yang Tidak Teratur
Kerja memang takkan pernah habis. Jadi segala masa yang ada dihabiskan untuk mesyuarat dan buat kerja. Kadang kadang sampai lupa untuk makan.
Kajian menunjukkan 19% pekerja mengaku selalu lambat makan kerana mengutamakan kerja untuk disiapkan.
Kwan kawan pun pernah buatkan. Tak sempat turun bawah untuk tapau makanan pun sebab bos dah minta laporan.
Cuma satu kesan tak baik ialah semasa lapar, kita lebih berkemungkinan makan berlebihan.
Masa ni kita kerap ambil makanan rapu. Jadi Mazni cadangkan supaya kawan kawan sediakan snek sihat seperti kacang dan biskut yang kurang gula dan lemak sebagai simpanan kecemasan.
Buah buahan kering pun sedap dimakan kan.
Insyaallah kita akan sambung dengan bahagian kedua. Wallahua'alam Sehingga bertemu lagi
0 Response to "Set Kurus Shaklee Cadangan Pengedar Sah | Tips Elakkan Gemuk Di Pejabat"
Post a Comment