Set Penjagaan Bersalin Shaklee | Pengalaman Berpantang Tidak Pernah Seindah Ini

Set Penjagaan Bersalin Shaklee | Pengalaman Berpantang Tidak Pernah Seindah Ini

Assalamu'alaikum Wrmbth, kawan kawan dah cukup bulan? Tunggu masa nak berpantang? Mesti sedang tercari set bersalin mana nak pakaikan?

Set macam mana yang kita nak pilih? Berasaskan jamu? Set moden? Banyak sangat produk diluar sana. Semua claim bagus. Kali ini Mazni nak berkongsi dengan anda tentang set penjagaan bersalin shaklee dan apa kata pengguna lepas?

Artikel Ini Akan Membantu Anda Untuk
1. Mengetahui Set Berpantang Shaklee Untuk Penjagaan Selepas Bersalin   
2. Kebaikan dan Keburukan Setiap Produk Dalam Set Ini. Adil Telus Lagi Saksama 
3. Apa Manfaat Yang Ibu Dapat Dengan Menggunakannya
Berpantang zaman sekarang ni tak macam zaman dulu. Dulu susah, nak kena rebus akar kayu dan minum air rebusan yang pahit dan berbau kuat tu.

Semua untuk sihatkan dan pulihkan badan. Hasilnya memang bagus, nenek moyang kita memang banyak anak, badan pun sihat dan mampu lakukan kerja rumah.

Zaman berubah, kawan kawan pun tahu di luar sana banyak inovasi dilakukan untuk memudahkan ibu bersalin sembuh lebih cepat dan kembali bertenaga dengan pantas.

Mazni nak kongsi dengan kawan kawan kebaikan dan keburukan set bersalin shaklee. Supaya anda boleh budget berapa harga dan berbaloi tak nak pakai ni.

Apa Itu Set Penjagaan Bersalin Shaklee?
Produk Shaklee ni bnayak kegunaan, kalau kawan kawan pernah makan produk ni sebelum ni, jangan terkejut bila anda tengok, untuk set penjagaan bersalinnya pun produk yang sama digunakan.

Set ini terdiri dari
1. Vitalea with Iron
Produk multivitamin ini banyak kegunaannya. Lengkap dengan 12 vitamin dan 7 mineral untuk kesihatan yang optimum.

Semasa kita bersalin, adat sesetengah keluarga melarang ibu mengambil makanan tertentu kerana dikhuatiri akan membawa mudarat.

Jadi, jika kita terlalu berpantang makan macam mana nak dapatkan khasiat yang cukup untuk cepat sembuh? Vitalea membekalkan kita dengan zat diperlukan badan untuk sembuh.

Zat besi dan vitamin b didalamnya akan membantu badan mengeluarkan sel darah merah baru. Badan akan terasa lebih cergas dan muka kembali kemerah merahan. Insyaallah.

Pada masa yang sama, ada juga kelemahannya, walaupun zat besi bagus, tetapi pesakit thalasemia tak boleh makan vitalea kerana zat besi ini boleh memberi kesan tidak baik pada mereka.

Kawan kawan pun dah rasakan, berpantang di rumah sendiri dan dirumah mertua ni lain. Tak sama. Jika anda ada rancangan untuk berpantang sendiri, jangan lupakan vitalea dalam set bersalin anda ya.


2. Vitamin B Complex
Dalam ni ada pelbagai jenis vitamin b untuk kegunaan badan. Bukan ke baru tadi Mazni ada cakap dalam vitalea ada vitamin b.

Ya, memang betul vitalea ada vitamin b didalamnya, tapi dosnya tak mencukupi untuk keperluan ibu berpantang. Lagipun jenis vitamin b dalam vitalea berbanding sebiji pil b kompleks ni tak sama banyak.

Kenapa kita perlu makan vitamin B?

  1. Badan kita perlukan vitamin B untuk pembebasan tenaga dari makanan yang lebih baik
  2. Vitamin B membantu mengurangkan tekanan. Perasaan ibu bersalin akan lebih tenang
  3. Hasilkan sel darah merah baru
  4. Kesihatan kulit, membantu kekalkan kelembapan kulit
Dan banyak lagi. 

Jadi apa keburukan vitamin B ni?Vitamin B ni tak boleh disimpan dalam badan. Setiap hari kita kena makan. Sebab tu lepas makan vitamin b kena minum air banyak banyak.

Sebabnya ia larut dalam air. 

Kalau kita makan berlebihan, anda boleh nampak warna air kencing anda berubah kuning cerah. Itu tandanya vitamin b berlebihan dikeluarkan dari badan.

Lagi satu keburukan vitamin b shaklee ni, takde pengawet, perasa, pewarna dan bahan kimia ditambahkan.

Keburukannya ialah vitamin b shaklee mudah rosak sebab tak de pengawet. Tapi pada masa yang sama, kawan kawan tak perlu was was, sebab semuanya 100% semulajadi.

Apa guna pil nampak cantik berwarna warni dan berbau harum kalau kesannya tak seberapa. Oleh kerana Shaklee nak kekalkan zat asal untuk kebaikan maksimum pada kesihatan anda, sebab tu keadaannya macam tu.

Jadi, bau, warna dan rasanya adalah semulajadi. Bau dia kuat sikit. Memang ketara, tapi kalau kawan kawan nak kurangkan baunya, letak dalam peti ais.

Nak makan je keluarkan dari sana. Bau dia kurang sikit masa sejuk. 

3. Vitamin C (Chewable ataupun Sustained Release)
Apa peranan vitamin c da;am set penjagaan bersalin shaklee? Hmm.. sama macam waktu biasa. Kita makan vitamin c untuk kuatkan sistem lawan penyakit.

Vitamin c juga bantu mengikat kolagen dalam kulit. Kan masa bersalin ada diantara kita dibedah, parut parut tu takkan pulih tanpa kolagen.

Jadi, vitamin c ni membantu mencantikkan kembali kulit anda dari dalam. Kulit akan kelihatan lebih anjal dan awet muda insyaallah dengan penganbilan berterusan.

Bukan ke dah heboh ada artis yang suntik vitamin c dan kolagen untuk cantik. Dari buat cam tu baik makan dari muda. Lebih mudah untuk kekalkan seri wajah kawan kawan.

So, apa keburukan vitamin c shaklee ni?
Hmm.. sejujurnya, rasa vitamin c chewable plus ni masam. Macam makan asam. sedap, macam ketagih pulak makan untuk hilangkan loya masa mengandung.

Kan buruk tu, lagi satu kuantiti vitamin c diperlukan badan adalah dalam 500mg setiap hari. Jangan makan lebih dari perlu ya.

Dari pembacaan dan rujukan Mazni, kalau berlebihan sangat boleh sebabkan batu karang. Wallahu'alam. Kita bersederhana saja. Ikut jalan nabi SAW, wasatiyah atau moderate.

Apa lagi keburukan dan kelemahan vitamin c shaklee ni? 
Hmmm.. kawan kawan suka makan epal? apa jadi pada epal yang dah dipotong dan dibiarkan begitu saja.

Warna dan rasanya berubahkan? Macam lebam lebam sikit. Itu tanda berlaku pengoksidaan pada vitamin c.

Maksud lain ialah, vitamin c tu dah rosak.

Oleh sebab Shaklee ni strict sangat untuk pastikan semu produkny takde pengawet, pil vitamin c tu pun cepat rosak kalau dibiarkan diluar.

Jadi kalau nak tahan lama, buka satu botol dahulu dan habiskan. Jangan buka 2~3botol dan makan dari botol berbeza.

Vitamin c tu akan rosak perlahan lahan. Semua sebab tak mahu pengawet, supaya zat kekal. 

Pendekkata, vitamin c ni tak tahan lama. Cepat rosak dan expired. Lepas buka freshness seal botol tu terus habiskan. 

Ok kawan kawan? Cantik, jom teruskan pada produk seterusnya

4. Zinc Complex
Kalau ditakdirkan kawan kawan bersalin secara ceaser ataupun pembedahan, zinc complex sangat sangat membantu. 

Kenapa? Ingat tak, apa yang elok dimakan untuk sembuhkan luka? Orang kita dulu suruh makan ikan haruan kan.

Memang betul pun elok untuk sembuh luka pembedahan luar dan dalam lebih cepat. Cuma ikan haruan ni hanyir sikit.

Ok, tipulah, memang hanyir sangat. Huhu, kecuali kalau pandai masak memang takde baulah. Mana nak cari ikan haruan sekarang ni?

lagi lagi tengah bandar. Ada ke? Ada. Dalam botol dan pil. Yup, ada pati ikan haruan ataupun tablet ikan haruan.

Bau hanyir pun dah hilang atau takde langsung. Lepas kajian dilakukan, rupa rupanya ikan haruan ni banyak zink. 

Zink ni berfungsi sebagai pengaktif enzim dan hormon dalam badan. Banyak hormon memerlukan zink untuk berfungsi dengan baik.

Masa bersalin rambut banyak gugurkan, zink bantu kurangkan keguguran rambut dan rambut akan lebi sihat.

Disamping tu, lepas bersalin orang kata banyak urat saraf putus. Kita jadi pelupa. Nasib baik alhamdulillah ada zink.

Zink bantu kuatkan minda, sangat elok untuk pelajar.

Banyak khasiat zink kan. 

Jadi, apa keburukan zinc complex dan kelemahan yang perlu kawan kawan tahu?

Kalau kawan kawan belajar sains, ingat lagi tak dengan siri kereaktifan logam. Haha.. dah lupakan. Zink ni logam yang kurang aktif berbanding kalsium dan zat besi (iron)

Kelemahan zinc ialah kawan kawan tak boleh makan bersama makanan dan minuman tenusu yang kaya dengan kalsium. Nanti zink tidak dapat diserap dengan baik.

Tak boleh juga makan bersama vitalea, yang ada kandungan zat besi. Kalah juga. Kena buli. Hehe.

Tak boleh makan juga dengan makanan berasaskan bijirin seperti roti bijirin, dikatakan phytate dari bijiran akan bergabung dengan zinc menjadi bentuk sukar diserap.

Kan dah rugi. Jadi, itulah kelemahan zink. Makan zinc complex elok masa perut kosong.

Contohnya semasa bangun tidur. Perut confirm kosong. Makan masa tu. Lepas tu, kemudian jarakkan sikit masa dengan sarapan. Dalam sejam dua ke. 

Elok bangun pagi nak sembahyang subuh dan pergi kerja terus makan. Nanti beli sarapan, jam 730 pagi, dah 1 jam 30minit. 


Semoga berjaya kawan kawan.

Ok kawan kawan, untuk 4 produk diatas tadi iaitu

  1. Vitalea
  2. B complex
  3. Vitamin C
  4. Zin Complex.
Ini adalah set penjagaan bersalin Shaklee yang paling asas. Basic set.

Ada lagi set menyusu dan premium. Kena tambah 2~3 produk je lagi. Nak tahu lebih lanjut tentang set tambahan ni boleh klik sini.

Jika kawan kawan ada sebarang soalan dan Mazni boleh tolong, hubungi di


Call / Whatsupp: 0192653791 atau 019-2663791 
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan HARGA dan INFO PERCUMA

Jadi apa pendapat anda tentang Set Penjagaan Bersalin Shaklee? Terima kasih kerana datang ke blog ini. Isikan ruang dibawah ya. 

Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel:

0 Response to "Set Penjagaan Bersalin Shaklee | Pengalaman Berpantang Tidak Pernah Seindah Ini"

Post a Comment