Set Bersalin Leesa Formula Vs Shaklee | Mana Lebih Baik?

Set Bersalin Leesa Formula Vs Shaklee | Mana Lebih Baik?

Assalamu'alaikum Wrmbth, edisi siasat kini ke udara. Wartawan Karam Jit Walia kini melaporkan review Set Bersalin Leesa Formula Vs Shaklee. Mana lagi best? Hehe. Sebelum ni Mazni dah bandingkan Set Pantang Tanamera dengan Shaklee. Boleh klik untuk baca ya.


set bersalinleesa formula pembedahan lengkap untuk ibu berpantang
Semestinya pilihan ibu bijak. Berpantang, menyusu ibu dan kurus serentak

set bersalin asas leesa formula basic
Ramai orang kata ibu saya tak macam orang berpantang. Kenapa ya? 

set bersalin leesa formula dan shaklee

KLIK UNTUK VIDEO SET BERSALIN SHAKLEE




Tujuan Mazni nak buat perbandingan ni bukan apa. Nak tolong kawan kawan lihat alternatif yang ada dipasaran. 

Walaupun Mazni suka produk Shaklee, Mazni lebih suka bersaing secara sihat. Perlu tahu kelebihan dan kekurangan produk orang lain kan. Baru minda ni terbuka luas luas sikit. Hehe

Barulah tak jadi atak bawah tempurung. Artikel Ini Akan Membantu Anda
1. Memahami Perbezaan Set Bersalin Leesa Formula Dan Shaklee Dari Segi 
  • Produk, Kaedah Penggunaan, Kesan dan Harga.
2. Testimoni Pengguna Kedua Dua Set. Bagi Adil, Kita Dengar Kedua Dua Belah Ya.
3. Kenapa Pemilihan Set Bersalin Sangat Penting Untuk Kesihatan Kita

Perbezaan Set Berpantang Leesa Formula Dan Shaklee
Kita mulakan dengan set bersalin Leesa dulu. Macam mana rupa full setnya. Boleh lihat gambar dibawah ni.


Set bersalin leesa formula

Hmm.. senarai produk dalam set ni beserta fungsi masing masing ialah
1.  Bengkung Correctuer (Correct+contour)
Fungsi: Membentuk dan merampingkan semula pinggang. Lepas bersalin kan kendur sana sini.
bengkung leesa formula berpantang

2.  Body Contour Gel
Fungsi: Digunakan bersama bengkung dan disapukan pada bahagian pinggul dan pinggang untuk kembali langsing. Akan bakar lemak bawah kulit.
body leesa formula berpantang

3.  Cotet Emas Uncang
Fungsi: Minuman herba dari orang utara Malaysia kini diformulasi dalam pek uncang. Berperanan membekalkan antioksidan dan anti inflamatori pada tubuh. Rasa dia macam kayu manis. Memberikan tenaga dan merapatkan kembali organ peranakan.


Mas cotet leesa formula berpantang

4.  Ginger Cream
Fungsi: Buang angin dalam badan. Panaskan badan dan elak angin dari luar masuk ke tubuh. Membantu sistem penghadaman makanan.
ginger cream leesa formula

5.  Minyak Telon
Fungsi: Untuk kegunaan ibu dan anak. Boleh disapu pada bayi untuk legakan kembung perut. Cegah masuk angin dalam badan

6 . Pek Tungku Herba
Fungsi: Bagus untuk peredaran darah dalam badan. Bantu keluarkan darah kotor dan meredakan otot yang tegang.
Leesa formula pak tungku herba

7 . Tablet Haruan Complex
Fungsi: Pemulihan luka dari bersalin dan pembedahan lebih cepat. Ekstrak ikan haruan ditabletkan dan tak berbau hanyir.


tablet haruan complex leesa

8 . Tablet Prawan
Fungsi: Merapatkan organ peranakan dan mempercepatkan pengeluaran darah nifas dan mengelakkan meroyan. Mengelakkan muka pucat selepas bersalin dan membekalkan tenaga.
tablet perawan
Kesemuanya ada 8 produk untuk kegunaan luar dan dalam.

Set berpantang Shaklee pula seperti berikut
set bersalin berpantang shaklee
Set Asas untuk Shaklee terdiri daripada
1. Vitamin B Complex
Kesan pada ibu berpantang
  1. Badan rasa lebih bertenaga kerana pembebasan tenaga dari minuman dan makanan berlaku lebih cekap
  2. Elakkan meroyan pada ibu berpantang. Emosi dan perasaan ibu berpantang lebih stabil dan tenang.
  3. Membantu pembentukan kulit yang lebih sihat
  4. Oksigen dan makanan diangkut dengan lebih baik dengan penghasilan sel darah merah baru yang banyak hilang semasa melahirkan.Lebih Info DISINI

2. Vitamin C
Kesan vitamin c pada ibu bersalin dapat dilihat dengan
  1. Meningkatkan kemampuan badan melawan penyakit 
  2. Radikal bebas penyebab kanser dihapuskan oleh antioksidan (vitamin c adalah anti oksidan yang baik)
  3. Kulit yang lebih sihat kerana vitamin c diperlukan untuk menghasil kolagen. Lebih Info DISINI

3. Vitalea Dengan Zat Besi.
Kesan vitalea
  1. Penghasilan darah yang lebih berkualiti dari zat besi. Badan mommies akan lebih bertenaga
  2. Mengandungi 12 vitamin dan 7 mineral untuk badan yang sihat
  3. Membekalkan spirulina yang kaya dengan zat

4. Zinc Complex
Fungsi Zinc:
  1. Luka lebih cepat sembuh. Alternatif kepada ikan haruan untuk sumber zink
  2. Mengurangkan masalah rambut gugur
  3. Daya ingatan dan memori lebih kuat
  4. Aktifkan hormon dalam badan. Baca fungsi zink KLIK DISINI

Berpantang ni, mengikut kefahaman saya, fungsinya yang paling utama ialah :

Untuk memulihkan organ peranakan supaya kembali subur dan berada di dalam keadaan yang baik selepas bersalin. - Jadi, kenalah cari cara/produk yang boleh mengembalikan kesihatan rahim dengan baik. Sebab itu orang makan jamu. Fungsi jamu untuk mengecutkan semula rahim yang kembang. Kalau ada produk selain jamu yang boleh menawarkan fungsi yang sama, maka boleh la cuba.

Memulihkan 'luka' atau 'koyakan' selepas melahirkan - Selepas bersalin, wanita akan luka di bahagian 'tettt' mereka. Bila berpantang, kita akan kena duduk sopan-sopan, jalan slow-slow supaya luka tu cepat baik. Ni semua untuk masa depan jugak. Perlu jaga betul-betul supaya rumahtangga kamu aman sentosa. Jadi, untuk mencari set bersalin, cari la set yang mempunyai produk untuk memulihkan luka luaran dan luka dalaman [jika melahirkan dengan cara pembedahan].

Demi memulihkan kecantikan badan, kekempisan perut dan kembali ke bentuk badan asal Seperti sebelum mengandung. - Cari la produk yang boleh membantu menurunkan berat badan dan memulihkan bentuk badan kita dengan berkesan. Itu yang orang guna bengkung dan ubat tampal-tampal kat perut supaya perut cepat kempis.

Supaya dapat menghilangkan stress dan mengelakkan 'gile meroyan'. - Itu yang orang gunakan pilis iaitu ubat utk tampal kat dahi tu. 

Ini optional. Ada yang relax je tak pakai. Tapi kalo pakai orang kata rasa ringan je kepala. Menurut orang yang dah bersalin, bila lepas bersalin, kita akan selalu rasa sakit kepala.


Set Ibu Bersalin Confinemum Leesa Formula


Boleh digunakan oleh ibu bersalin normal dan pembedahan.Bagi ibu yang bersalin normal dan pembedahan boleh menggunakan kesemua produk set ConfineMum bermula hari keempat selepas melahirkan.

Tetapi ibu yang bersalin pembedahan adalah dicadangkan mengikut aturan berikut :

Body Contour Gel – Sapu di perut, pinggul dan peha kecuali tempat jahitan.

Pek Tungku Herba – Jangan letakkan tungku di atas luka jahitan.
Bengkung Correctuer – Boleh dipakai selepas 2 minggu melahirkan dan ikatan mengikut keselesaan individu.


KEBAIKAN SET BERSALIN LEESA FORMULA
* Formula yang inovatif.
Leesa Formula menggubah kembali resepi lama mengikut gaya hidup dan keperluan generasi baru masa kini dengan cara yang lebih mudah tanpa mengurangkan keberkesanannya.


* Dari sumber semulajadi tempatan, yang menjadi amalan pelbagai kaum.
Semua produk di dalam Set ConfineMum Premium dibuat dari sumber yang telah digunakan sekian lama oleh pelbagai bangsa di Malaysia seperti ikan haruan, herba `ubat periuk`, halia dan penggunaan bengkung atau barut.

* Set yang lengkap, eksklusif serta istimewa dan menyeluruh
Dengan 8 produk, ia memberikan penjagaan menyeluruh untuk kesihatan dalaman dan kecantikan luaran ibu selepas melahirkan.

* Fungsi 2-in-1 (dalaman & luaran)
Disamping menyihatkan peranakan dan badan, Set ConfineMum Premium juga membantu memberikan kembali bentuk badan yang langsing menawan.


* Ringkas dan mudah.
Ia tidak remeh, tiada bau, tak perlu dibancuh, tak berbau jamu yang tengit, tak berdebu, tidak dipek mengikut minggu hingga berbotol-botol dan menyukarkan kerana perlu diteliti terlebih dahulu setiap kali sebelum digunakan.


* Praktikal dan tidak membazir.
Setiap produk yang ada dalam Set ConfineMum Premium semuanya praktikal & penting untuk digunakan dan selalunya set pasti habis digunakan sebaik selesai pantang, Ia berbeza dengan jenama lain yang kadangkala memberi pelbagai produk di dalam setnya, namun sukar diamal sehingga akhirnya ia tertinggal begitu saja tanpa digunakan walaupun telah habis berpantang.

Call / Whatsupp: 019-2653791 atau  0192663791 
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan HARGA dan INFO PERCUMA

Jadi apa pendapat anda tentang Set Bersalin Shaklee dan Leesa Formula? Saya sangat berminat dengan perkongsian anda semua. Kongsikan di ruangan komen dibawah ya.

Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel:

3 Responses to "Set Bersalin Leesa Formula Vs Shaklee | Mana Lebih Baik?"

  1. mcm best jugak set leesa formula ni. Cukup lengkap je. Saya guna tanamera dulu, tapi takde ubat mkn hanya teh herba je. Pati haruan beli asing. Yang shaklee ni lebih kepada supplement. Yang luaran2 tu takde kot kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oooo gitu ye Sis. Hehe. Berpinau mata tengok set kat luar tu. Saya sekeluarga dah serasi makan shaklee. Bersalin anak kedua ni pun nak amik set pantagn shaklee. Insyaallah.

      Tq Lydsunshine sebab singgah blog Mazni :)

      Delete
    2. Yang luaran tu macam herbal blend. Tapi jarang guna pulak.

      Delete