Set Berpantang Shaklee Trial Pack | Harga Murah Dan Terbaik
Assalamu'alaikum Wrmbth, Mazni kerap dapat permintaan dari pelanggan untuk dapat set pantang terbaik pada harga jimat. Tergaru garu juga kepala ni, macam mana nak penuhi permintaan mereka ni?Ahhh.. Tidakk .. Kenapa Aku Tak Tahu Semua Nii.. |
KLIK UNTUK VIDEO SET BERSALIN SHAKLEE
Kalau anda nak tahu, perbuatan ini salah disisi undang undang Shaklee, silap hari bulan boleh kena gantung keahlian ataupun di batalkan terus.
Artikel Ini Akan Membantu Anda Menjawab Persoalan
1. Kenapa tak digalakkan ambil trial set. Bagaimana Mendapatkan Set Berpantang Shaklee Pada Harga Murah Tanpa Trial Pack?
2. Bagaimana Cara Nak Makan Set Ni Dan Mendapat Manfaat Penuh?
Ok, kita pergi ke isi utama artikel ni,
Kenapa Trial Pack Ini Tak Digalakkan?
Satu perkara yang Mazni nak ingatkan pada kawan kawan, trial pack ni tak dijual di luar sana. Dan sesiapa yang berbuat demikian menanggung risiko yang besar.
Pengedar Shaklee yang buat trial pack ni kemungkinan besar tak sedar atau tak tahu yang syarikat Shaklee melarang ahlinya berbuat demikian. Apa lagi mengiklankan secara terbuka di Facebook dan Blog.
Maklumlah baru dapat ahli keluarga baru, mesti banyak nak pakai duit. Kalau kawan kawan nak beli sendiri di pusat Shaklee, takde jual trial set bersalin ni ya. Cuma trial set ni ada keburukannya pada pengguna tau atas beberapa sebab seperti
- Vitamin sangat sensiitf dengan udara dan suhu. Bila kita pindahkan ke bungkusan plastik macam klinik beri tu, kemungkinan semasa penghantaran tu terdedah pada suhu tinggi dan sebagainya. Boleh rosak.
- Vitamin C memang sangat mudah bertindakbalas dengan udara. Warna dia cepat je bertukar kalau tak diletakkan di tempat yang suhunya bersesuaian.
- Pek dan botol trial pack diluar sana belum tentu kalis udara. Takut vitamin yang dah rosak ni memberikan kesan pada badan kita
Jadi tuan puan, Mazni bukan nak condemned sesiapa tapi hati hati dengan trial pack ni. Salah makan lain jadinya. Buat kawan kawan pengedar yang buat trial pack tu mohon baca semula undang undang syarikat.
Kami tahu ramai yang buat, kalau anda tertangkap dan ada yang melaporkan pada syarikat kan dah jadi masalah tu. Kita nak lama dalam industri ni kan.
Kepada pelanggan pula, bukan takde cara nak dapat harga murah, hubungi je pengedar Shaklee dan bincang dengan mereka. Insyaallah mereka boleh tolong.
Ok, habis bahagian tu, sekarang ni nak cerita sedikit tentang kebaikan set berpantang Shaklee
Bagaimana Cara Nak Makan Set Ni Dan Mendapat Manfaat Penuh?
Set Berpantang Shaklee ni terdiri dari produk berikut.
Vitamin B complex bertanggung jawab untuk membantu pembebas tenaga dari makanan yang lebih optimum. Membantu mengawal tekanan yang dihadapi ibu ibu semua.
Menjaga kesihatan kulit dengan menjaga kelembapannya. Menyumbang pembentukan sel darah merah yang lebih berkualiti. Jadi kawan kawan takkan nampak pucat sangat selepas bersalin kerana kehilangan darah. Nak tahu lebih lanjut tentang khasiat B kompleks? Jemput baca perkongsian artikel tersebut DISINI
2. Vitamin C
Memainkan peranan penting meningkatkan daya tahan badan melawan penyakit. Semasa berpantang badan kita dalam keadaan lemah dan mudah terkena demam dan jangkitan. Insyaallah dengan adanya vitamin c yang mencukupi akan lebih sihat.
Vitamin c juga antioksidan yang bagus berfungsi memusnahkan radikal bebas penyebab kanser. Kolagen kulit memerlukan vitamin c dalam mendapatkan kulit yang sihat dan anjal. Baca lebih lanjut tentang Manfaat Vitamin C Shaklee DISINI
3. Vitalea Dengan Zat Besi.
Ibu ibu akan kehilangan banyak darah semasa bersalin. Zat besi dan vitamin b complex diperlukan untuk membentuk sel darah merah yang lebih berkualiti.
Vitalea membekalkan 12 vitamin dan 7 mineral termasuk zat besi. Jika kita kekurangan darah, badan akan lesu dan muka kelihatan pucat tak bermaya.
4. Zinc Complex
Semasa bersalin, kesan luka daripada jahitan dan pembedahan semasa melahirkan anak memerlukan zink untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Masyarakat kita menggalakkan makan ikan haruan kerana ikan haruan memang kaya dengan zink.
Tapi lalukah anda makan ikan haruan yang terkenal dengan kenhanyirannya. Cara moden sedikit, kita makan pati ikan haruan yang pahit dan hanyir. Orang zaman sekrang tak macam dulu, lalu makan jamu dan akar kayu yang pahit.
Anda cuma perlu makan sebiji pil zinc complex untuk membekalkan keperluan harian tubuh dan luka lebih cepat sembuh luar dan dalam. Jika anda berminat mengetahui Fungsi zinc dan Cara Makan Yang Betul. KLIK DISINI
Jika kawan kawan ada sebarang soalan, boleh tanya pada Mazni melalui
Jika anda mempunyai soalan, insyaallah sekiranya mampu Mazni akan bantu anda. Boleh hubungi Mazni di
Call / Whatsupp: 019-2653791 atau 0192663791
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan HARGA dan INFO PERCUMA
Ataupun komen saja dibawah ni. Komen anda amat dihargai
0 Response to "Set Berpantang Shaklee Trial Pack Tak elok| Harga Murah Tapi Tak Berbaloi"
Post a Comment