Petua Memulihkan Bengkak Susu Lecithin Shaklee |Tips Mudah Untuk Ibu Menyusu
Assalamu'alaikum Wrmbth, Menyusukan anak memang nikmat yang sangat besar untuk anak. Bahagia betul rasa hati dapat ikut suruhan Allah swt didalam Alquran.Macam biasa, ganjaran besar perlukan usaha yang besar. Sebab tu penyusuan anak selama 2 tahun bukan saja kuatkan anak, malah ibu dan bapa yang bekerjasama melakukannya.
Kalau kawan kawan pernah menyusukan anak, mesti pernah kena bengkak susu. Memang tak selesa, payudara kita kita akan bengkak kerana terlalu banyak susu didalamnya.
Kan bagus kalau ada cara mudah dan selamat untuk mengurangkan kesakitan kerana bengkak susu.
Artikel Ini Akan Membantu Anda Untuk
1. Mengetahui Petua Untuk Memulihkan Bengkak Susu Dengan Cara Tradisional
2. Produk Shaklee Yang Mana Dapat Membantu Melegakan Bengkak Susu
Kalau kita ada ilmu penyusuan yang betul, insyaallah lebih mudah untuk elakkan bengkak susu. Mazni senaraikan perkara yang kawan kawan boleh buat untuk atasi masalah ni. Cara biasa macam tuam dengan lap dengan tuala panas mazni tak masukkan.
Punca Dan Petua Memulihkan Bengkak Susu
1. Jadual penyusuan yang tak teratur.
Masa anak baru lahir, baby akan kerap tidur. Jadi kita sebagai ibu perlu kejutkan anak untuk menyusu setiap 3jam. Badan kita hasilkan susu ikut prinsip supply and demand. Lagi banyak susu dikeluarkan dari badan, lebih banyak susu ibu gantian akan dihasilkan.
Badan kita ni memang unik, Allah swt dah jadikan banyak kelebihan pada orang yang berdisiplin. Contohnya, kalau kita makan pada jadual yang tetap, otak akan tahu sendiri bila masa perlu lapar. Contoh lain, kalau kita biasa bangun pagi jam 5, insyaallah automatik setiap hari kita bangun pada masa yang sama. Betul kan?
2. Masa mengepam susu yang tidak seragam
Selepas masa berpantang dan ibu kembali bekerja, kita kena biasakan diri untuk mengepam di pejabat. Selang 3 jam sekali perlu buat power pumping supaya breast kita hasilkan susu yang banyak kerana selalu diperah.
Jika kita tak ikut jadual, susu akan memenuhi payudara dan kita akan berasa tak selesa. Palong tak best bila dah kena bengkak susu. Otak akan dapat isyarat yang breast kia selalu penuh, jadi susu ibu yang dikeluarkan pun berkurang. Lebih teruk, kalau liang susu tersumbat. Sakit.
Buat jadual pam susu dipejabat supaya lebih mudah untuk kita uruskan masa.
3. Anak Masih Belum Pandai Menyusu
Baby baru lahir akan mengambil masa untuk belajar menyusu badan. Elakkan penyusuan dengan botol kerana baby akan keliru dengan puting breast dan botol.
Macam mana nak atasi? Kerap mencuba dan mengajar anak untuk meyusu badan. Lebih banyak latihan akan mendatangkan hasil yang lebih cepat. Biasanya kawan kawan yang baru pertama kali dapat anak akan alami masalah ni.
Lagi satu, ajar anak untuk menyusu dari kedua dua belah breast. Kalau tidak baby akan gemar satu breast lebih dari yang lain.
Produk Lecithin Shaklee Sesuai Untuk Memulihkan Bengkak Susu
Ramai tahu, makan lecithin Shaklee elok untuk kuruskan badan. Sebab lecithin akan pecahkan lemak dalam badan kepada titisan kecil.
Apa yang kawan kawan tak tahu, Lecithin ni bagus untuk kurangkan bengkak susu.
Kenapa? Kan susu ibu tu ada kandungan lemak dalamnya, tambahan pula lecithin ni dibuat dari kacang soya yang bagus untuk perkembangan otak.
Orang selalu kata orang jawa dan jepun pandai sebab selalu makan kacang soya. Orang jawa makan tempe. Orang jepun makan kacang soya jeruk dipanggil natto.
Bila anda makan lecithin, khasiatnya juga akan diperolehi anak secara tak langsung. Bagus untuk perkembangan minda anak dan saraf.
Bila ibu makan alfafa untuk banyakkan susu badan, tambah pula lecithin untuk kurangkan bengkak susu, secara tak sengaja kawan kawan sedang makan set slimming shaklee.
Lecithin pecahkan lemak, alfafa buang lemak dan toksin dari badan. Boleh Baca Cara Makan Lecithin Dan Alfafa Untuk Kurus DISINI
Mazni doakan kawan kawan akan berjaya menyusukan anak dengan berjaya. Standby je lecithin kalau kena bengkak susu ya.
Jika kawan kawan ada sebarang soalan, boleh hubungi Mazni melalui
Call / Whatsupp: 019-2653791 atau 0192663791
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihatmendapatkan HARGA dan INFO PERCUMA
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Jadi apa pendapat anda tentang petua kurangkan bengkak susu dengan lecithin? Suarakan komen anda di ruangan komen dibawah.
0 Response to "Petua Memulihkan Bengkak Susu Lecithin Shaklee |Tips Mudah Untuk Ibu Menyusu"
Post a Comment