Makan GLA Complex Shaklee Period Tak Datang | Mana Pergi Periodku?
Assalamu'alaikum Wrmbth, Alhamdulillah masih diberi kesempatan dan rezeki untuk menaip di alam maya. Masih setia dengan Shaklee. Hehe.AMARAN: VIDEO INI BUKAN UNTUK MEREKA YANG TIDAK MAHUKAN ANAK. JANGAN KLIK
Mazni dah makan sendiri GLA Complex ni. Hasilnya alhamdulillah sekarang ni hamil bulan ke empat. Itu setelah hampir setahun mencuba. Ada kawan lain ni tanya, kenapa bila dia makan Gla Complex period /haid dia tak kunjung tiba.
Selalu datang juga walaupun kadang kadang lambat atau cepat.
Hmm.. Mazni bukan dietician, nutrition dan politician. Bukan juga magician untuk beri jawapan konkrit.
Kawan ni pun ada masalah kesuburan juga, sebab tu dia mula makan GLA complex. Ramai yang kata dan alami sendiri kesan positif.
Setelah baca pelbagai sumber dan buat perbandingan, ini jawapan yang boleh Mazni terima sendiri. Mungkin ianya tak sesuai untuk anda, Take it with a pinch of salt ye.
Kenapa Period Tak Datang Lepas Makan GLA Complex?
Badan kita ni unik. Allah jadikan sempurna. Cuma kalau hari hari kita makan benda yang tak berkhasiat, banyak pengawet dan sebagainya, banyak masalah yang belum muncul lagi.
Macam bom jangka. Bila bila masa boleh meletup. Boleh jadi badan kita banyak lemak sebab makan fast food banyak sangat sehingga mengganggu keseimbangan hormon dalam badan.
Maksudnya, keadaan kita semua tak sama. Semua bergantung pada amalan gaya hidup, keturunan dan makanan yang diambil seharian.
Cuma satu yang pasti, badan kita sedang mengalami HEALING CRISIS. Apa dia healing crisis tu?
Apa Itu Healing Crisis?
Healing crisi ialah tanda tanda pemulihan badan selepas memakan makanan tambahan. Badan kita yang banyak tercemar dengan toksin dari makanan akan menunjukkan tanda tanda seperti
- Pening kepala
- Rasa nak demam. Atau demam terus
- Tak sedap badan dan sebaginya
Adik Mazni sendiri rasa nak demam masa mula mula makan GLA ni. Alhamdulillah dia teruskan dan sekarang dah ok.
Mazni sendiri semasa mula mula makan produk shaklee, contohnya vitamin C, masa awal awal dulu setiap kali makan vitamin c mesti selesema dan batuk batuk.
Hairan bukan, sepatutnya vitamin C tingkatkan imuniti badan lawan penyakit, ini tidak badan makin tak sihat.
Kemudian Mazni makan ostematrix shaklee, kepala selalu pening dan rasa loya nak muntah. Mazni teruskan juga makan.
Cuma sebelum tu Mazni makan waktu pagi, sekarang Mazni tukar ke waktu malam. Alhamdulillah sekarang dah takde semua tu.
Suami Mazni makan minyak ikan dalam tube pun sama. Siap demam lagi. Sekarang dah ok, makan omega guard pun tak de kesan pelik pelik lagi.
Jadi bergantung pada badan masing masing, healing crisi pun tak sama.
GLA Complex ni khasiatnya untuk stabilkan hormon badan. Tiba tiba lepas makan GLA terus period tak datang bulan tu.
Ini saranan Mazni, kawan kawan boleh ikut atau tidak, terpulang sebab badan kita tanggungjawab kita.
Kalau boleh teruskan makan sehingga stabil semula period tu. Ia akan masa. Mana ada produk makan hari ni terus sembuh semua penyakit. Ajaib, sebab tu Mazni kata, mazni bukan magician untuk jual produk silap mata ni.
Kalau kawan kawan nak tahu, Mazni pun kena masalah yang sama, Mazni makan GLA complex 3minggu je, sampai sekarang dan masuk bulan keempat tak period.
Ya, 4 bulan. Sebab Alhamdulillah lepas makan 3 minggu je Mazni disahkan hamil. Dah hamil kena berhenti makan GLA.
Mazni petik statement ni dari sumber lain,
'Hering's Law of Cure'mengatakan Healing crisis ialah semua proses penyembuhan bermula dari dalam ke luar, dari kepala ke badan yakni pada keadaan bertentangan sepertimana sesuatu penyakit itu menampakkan tanda-tandanya.
Oleh yang demikian, tisu-tisu dan sel-sel mula membuang toksin. Jadi mereka yang pertama kali mengambil nutrien bermutu ini akan mula berasa tak sedap badan, mungkin demam, sakit kepala, sakit pinggang, muntah-muntah dan sebagainya.Jadi kawan kawan, keputusan ditangan anda. Nak teruskan atau berhenti makan. Apa apapun perlu dapatkan nasihat doktor sebelum makan sebarang produk.
Macam Mazni, keluarga kami dah yakin dengan produk Shaklee ni. Dah beberapa kali kena healing crisis dan kini kami rasa lebih sihat.
Syukur alhamdulillah. Hanya Allah swt tahu semua jawapan. Wallahu'alam
Jika kawan kawan ada sebarang pertanyaan mengenai artikel dan produk Shaklee, hubungi Mazni di
SMS / Whatsupp: 019-2653791 atau 0192663791
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihatmendapatkan HARGA dan INFO PERCUMA
Apa pendapat anda tentang GLA Complex Shaklee? Kongsikan diruangan dibawah
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
0 Response to "Makan GLA Complex Shaklee Period Tak Datang | Apa Itu Healing Crisis?"
Post a Comment