Kesan Sampingan dan Masalah Produk Shaklee Yang Sengaja Disembunyikan

Kesan Sampingan Produk Shaklee | Masalah Yang Sengaja Disembunyikan

Assalamualaikum Wrmbth, Ada ke review yang ikhlas tentang produk Shaklee di internet? Asyik asyik cerita yang baik je. Meletup letup pujian pada produk Shaklee. Betulkan? Kadang kadang rasa macam syok sendiri pun ada. Haha.

Oleh sebab ramai yang bertanya soalan ni, sebagai pelanggan dan pengedar produk Shaklee kepada anda, Mazni nak kongsikan sisi lain produk Shaklee yang jarang kita dengar. 

Ini pendapat peribadi je ye, bukan pandangan keseluruhan Shaklee Independent Distributor diluar sana.

Artikel Ini Akan Membantu Anda Untuk
1. Mengetahui Masalah Dan Kesan Sampingan Yang Ada Pada Produk Shaklee Secara Jujur Dan Telus 
2. Cara Mengatasi Masalah Dan Kesan Sampingan. Setiap Masalah Mesti Ada Penyelesaian

Rasa rasanya anda takkan jumpa ulasan macam ni di blog lain, sebab Mazni dah cari dan memang tak ada.

Masalah Pada Produk Shaklee Yang Anda Tidak Tahu
1. Semua produk Shaklee di kilangkan di Amerika Syarikat. 
Ya, disana negara Uncle Sam. Jauh sangat tu. Belum ada lagi kilang mengeluarkan produk Shaklee di Malaysia 100% import. Jadi akan timbul banyak isu lain. Kenapa macam tu?

Sebab semua produk Shaklee dikeluarkan dengan kawalan ketat. Memang sangat strict untuk menjaga kualiti produk dikeluarkan. Mungkin belum terbuka lagi rancangan untuk buka kilang di Malaysia.
Masalah kesan sampingan shaklee

Masalah kesan sampingan shaklee

Satu maklumat yang mungkin anda dah tahu, Shaklee telah menjadi fenomena di Malaysia sejak 1 tahun kebelakangan ni. Permintaan luar sangkaan.Kalau kawan kawan ada masa, cuba cari Shaklee di Google trend Malaysia. Graf dia menakutkan. Pertumbuhan luar biasa dan permintaan yang berlipat kali ganda setiap bulan.

Mungkin ada harapan ada cawangan kilang di Malaysia satu masa kelak, siapa tahu.

2. Isu Halal. 
Antara masalah yang paling banyak kita dengar tentang produk dikeluarkan negara bukan islam ni ialah HALAL ke? Betul kan? Tak kiralah sebagus ana produk tu, kalau tak halal memang haram lah dimakan orang islam.

Setiap yang haram dan menjadi darah daging itu neraka tempatnya. Menyedari sentimen dan sensitiviti orang isalam tentang isu halal, Shaklee telah mendapat pengesahan halal dari badan pensijilan halal diiktiraf oleh JAKIM Malaysia.

Lagipun majoriti produk daripada sumber tumbuhan. Satu satunya produk yang menggunakan haiwan sebagi bahan mentahnya adalah Kolagen Shaklee. Dibuat daripada sisik ikan merah yang tinggal dilaut dalam. Kolagen yang tahan lasak dan berkualiti tinggi untuk menegangkan kulit.

3. Produk Shaklee ni ada yang berbau tidak best dan tidak cantik warnanya. 
Contohnya vitamin B Complex Shaklee mempunya bau yang agak kuat dan warna yang kurang menarik. Lebih lebih lagi jika kita letakkan disuhu bilik. Produk kecantikan kulit shaklee dengan jenama Nutriwhite pun tak sewangi produk lain dipasaran.

Kalau produk keluaran syarikat lain, ada yang berbau wangi dan rupa yang berwarna warni. Menarik dan cantik dipandang mata. Persoalannya kenapa Shaklee tak tambah pewarna dan penwangi dalam produk keluaran mereka?

Oleh sebab Shaklee nak kekalkan khasiat dari bahan yang 100% semulajadi dan tanpa bahan kimia, jadi terpaksa tak letak pewarna dan pewangi tu macam produk lain dipasaran.

Lagipun semua produk Shaklee diproses dari bahan asli, ada sesetengah brand diluar diperbuat daripada vitamin sintetik.

4. Susah nak beli produk Shaklee, takda dijual di farmasi. 
Memang takde. Alhamdulillah bilangan agen dan keahlian di serata Malaysia dah hampir mencecah 1juta orang. Cuba bayangkan 1 juta tempat dan cawangan untuk beli Shaklee. Testimoni berjalan pun banyak dari pengguna.

Kawan kawan sebagai pengguna bijak boleh buat perbandingan sendiri dengan melhat perubahan yang ada pada rakan rakan yang menggunakannya.

5. Produk Shaklee cepat rosak dan tak tahan panas.
Vitamin dan produk produk lain keluarannya seperti vitamin B compleks dan omega guard tak boleh terdedah dengan suhu tinggi dan udara pada masa yang lama.

Kawan kawan tahu kenapa? Sebab semua produk ni dibuat tanpa pengawet dan bahan kimia. Semua dari bahan semulajadi. Sebab tu seelok eloknya letakkan di dalam ruang chiller peti sejuk. Jangan biarkan vitamin shaklee ditinggalkan didalam kereta semasa cuaca terik. Zat dan nutrien didalamnya akan musnah.

6. Produk selalu tak ada stok
Macam mana nak makan dengan konsisten kalau stok asyik takde je. Macam mana boleh takde stok. Mazni dah beritahu kawan kawan tadi, Shaklee sedang menjadi fenomena di Malaysia sejak 1 tahun ni. 

Produk di cawangan banyak yang sold out. Ramai sangat pelanggan yang beli. Permintaan melebihi produk. Nasib baik harga tetap sama kan. Antara produk yang selalu habis ialah

  1. Lecithin Shaklee
  2. Alfafa Complex
  3. Ostematrix
  4. Sustainable release vita c
  5. Energizing Soy Protein ESP
Makin ramai rakyat Malaysia yang makan produk ni. Kilang pula jauh di Amerika, ambil masa nak replenish stok. Memang masalah besar betul.

Kadang kadang pergi pejabat nak beli stok, terpaksa balik tangan kosong dan hampa sebab semua dah habis.

7.  Mempunyai kesan sampingan yang banyak
Semasa mula mla mengambil vitamin Shaklee, ada kesan sampingan seperti badan terasa panas dan loya dan mual.  Apa semua ni? Tak sesuai untuk badan ke?

Cuba jawab soalan Mazni ni, kalau anda dah terbiasa makan makanan segera seperti pizza, McD dan KFC, tiba tiba anda disuruh makan lauk vegeterian yang 100% sayur.

Bayangkan satu pinggan penuh sayur segar, boleh ke anda makan dengan habis tanpa rasa mual dan nak muntah? Jawapannya tak bolehkan? Inilah yang dipanggil Healing crisis. Badan kita sedang sesuaikan diri dengan produk tu.

Lepas beberapa hari insyaallah ok. Ada pelanggan beli set bersalin shaklee untuk cepat sembuh dan kembali bertenaga, tak sangka kulit makin cantik dan penyakit seperti gastrik dan resdung berkurangan. Memang kesan sampingan ambil produk shaklee.

Masalah ini membuatkan mereka berfikir panjang untuk berhenti makan selepas bersalin kerana kesan sampingan yang memeningkan kepala ni.

Belum cerita lagi kesan makan alfafa dalam set pantang shaklee dan set penyusuan shaklee

Susu jadi banyak dan membuang pun semakin lawas. 

8.Tiada silica gel di dalam botol vitamin Shaklee.
Menunjukkan vitamin ini adalah asli dan bukan dari bahan kimia sintetik.

9. Menghabiskan sebotol vitamin memerlukan tempoh masa yang lama.
Kita ambil contoh Zinc Complex berharga RM32 untuk 120 biji. Jika sehari makan sebiji, berapa lama nak habiskan ya? 120 hari kan. Tepat sekali kawan kawan. 120 hari bersamaan 4 bulan. Vitamin b pun sama. ESP pula tahan 2~3bulan berantung pada penggunaan. 

Memang masalah nak habiskan kecuali anda berkongsi dengan anak dan suami untuk makan bersama. Ya, insyaallah produk Shaklee boleh dimakan seisi keluarga. Cepat sikit habis.

Apa yang Mazni kongsikan adalah sedikit berbanding dengan khidmat nasihat terbaik diberikan kepada pelanggan.
Setiap pelanggan akan diberikan panduan menggunakan produk Shaklee ekslusif untuk mereka sahaja.

Jika kawan kawan mempunyai sebarang soalan mengenai produk Shaklee ataupun artikel di atas, hubungi Mazni di

Call / Whatsupp: 019-2653791 atau  0192663791 
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan HARGA dan INFO PERCUMA

Apa pendapat anda tentang artikel ini. Kongsikan pendapat anda dibawah. Terima kasih kerana mengunjungi bog kami. Datang lagi ya

Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel:

1 Response to "Kesan Sampingan dan Masalah Produk Shaklee Yang Sengaja Disembunyikan"

  1. Assalamualaikum kak mazni :)
    boleh x saya nak share artikel ni kat saya pnya bellog?

    ReplyDelete