Cara Mengatasi Bengkak Susu Menggunakan Lecithin

Cara Mengatasi Bengkak Susu Menggunakan Lecithin

cara mengatasi bengkak susu menggunakan lecithin

Assalamu'alaikum Wrmbth, ibu muda selalu kena masalah ni. Bengkak susu. Tipu kalau mazni tak mengaku tak pernah kena. Tapi kita belajar dari pengalaman kan.
Cara mengatasi bengkak susu dengan lecithin

Mazni nak share pengalaman, tips serta cara mengatasi bengkak susu dengan Lecithin Shaklee. Sebab ada yang demam dan kes lebih teruk, kena bedah.

Artikel Ini Akan Membantu Anda
1. Cara Mengatasi Bengkak Susu Dengan Cara Tradisional dan Moden.
2. Mengetahui Sebab Berlaku Bengkak Susu

Cara Mengatasi Bengkak Susu
1. Bersyukur. Anda mesti terkejut dengan point no 1 ni. Kenapa? Sebab bengkak susu menunjukkan badan kita sedang  hailkan susu yang banyak. Jadi mari bersyukur. Ya Allah banyaknya susu yang keluar ni. Aku tak makan makanan tambahan pun tapi masih bengkak susu.

Ada sesiapa pernah alami susu badan tak keluar? Masa susu tak keluar tu apa perasaan kita? Sedih juga kan. Bila breast kita dah bengkak, apa yang perlu kita ubah adalah jadual memerah susu. Ya, kena faham prinsip supply anda demand. Lebih banyak anda perah susu, lebih banyak susu badan kita akan hasikan.

2. Susukan bayi kawan kawan dengan lebih kerap. Supaya breast akan menjadi lebih lembut. Pastikan juga anak kita menyusu dari kedua dua belah payudara setiap kali sesi penyusuan. 

Contohnya susukan setiap 2 ke 3 jam. Walaupun anak kita sedang tidur. Cara terbaik adalah membiarkan susu disebelah breast dihabiskan dahulu sebelum beralih ke breast lain.

Selepas 2-3jam pada sesi penyusuan seterusnya, susukan bayi dengan breast terakhir dihisapnya. Setiap kali memberikan susu, perah dahulu bahagian puting berwarna gelap (areola) sehingga ia menjadi lembut. Kerana ini akan memudahkan anak kita menyusu. Kalau kita tak buat begini, areola akan menjadi keras dan sukar dihisap.

3. Letakkan tuala panas di payudara untuk memudahkan pengeluaran susu. suhu dari tuala tersebut akan melembutkan areola dan memudahkan penyusuan.

4. Sekiranya breast kita terlalu penuh dengan susu, pam boleh digunakan untuk mengeluarkannya. Cuma jangan selalu sangat menggunakannya sebab ini akan menggalakkan bengkak susu.

Jika kawan kawan mengepam lebih dari keperluan, badan akan menghasilkan susu lebih daripada diperlukan bayi. Susu berlebihan ini akan terkumpul dalam breast dan jika tidak dikeluarkan akan menyebabkan breast mengeras kerana terlalu banyak susu.

Kalau kawan kawan surirumah sepenuh masa, tak perlu perah susu dan simpan stok pun dalam freezer. Sebab susu ibu terbaik adalah yang baru keluar dari payudara kita. Khasiat susu perahan sudah berkurangan kerana enzim hidup dalam susu perahan sudah ada yang musnah.

Tapi, bagi ibu bekerja susu perahan jauh lebih baik daripada susu formula yang paling mahal kerana kandungan enzim hidup dan antibodi dalam susu tersebut.

5. Cara lain mengurangkan bengkak susu adalah dengan mengambil supplemen Lecithin. Menurut kata Dr. Jack Newman, “It may do this by decreasing the viscosity (stickiness) of the milk by increasing the percentage of polyunsaturated fatty acids in the milk.”  

Dos yang dicadangkan adalah 3600-4800mg lecithin sehari atau 1 capsule (1200mg) 3-4 kali sehari. Selepas lebih kurang seminggu dan sakit berkurangan, boleh kurangkan os lecithin diambil.

Khasiat Lecithin untuk ibu menyusu

  • Mengurangkan risiko berlaku bengkak susu dengan mencegah duktus susu tersumbat.
  • Membantu memecahkan  lemak yang berlebihankepada titisan kecil dalam badan ibu. Pengambilan dengan Alfafa shaklee akan membantu anda kurangkan berat badan.
  • Menyumbang kepada memori yang lebih kuat untuk ibu. Biasanya anda akan mudah lupa selepas bersalin.
  • Memberikan khasiat lecithin secara tidak langsung kepada bayi melalui susu ibu. Bagus untuk perkembangan otak


6. Gunakan sikat dan sikat breast yang bengkak perlahan lahan kearah areola (bahagian gelap pada breast)

7) Sapukan cuka dapur disekeliling breast kecuali bahagian puting untuk elakkan bayi enggan minum susu. 

Apakah sebabnya payudara bengkak dan sakit?

Badan kita akan menghasilkan susu ibu bergantung pada keperluan simanja. 

Semasa permulaan bersalin, kuantiti susu dihasilkan akan meningkat sehingga breast kita penuh. Ini disebabkan badan belum biasa dengan jumlah susu yang perlu dihasilkan.

Keadaan bengkak susu bagi setiap wanita adalah berbeza. Ada yang breastnya keras dan membesar, ada pula yang penuh sedikit saja. 

Sekiranya kawan kawan mula berasa tak selesa, beri susu pada anak anda dengan lebih kerap. Insyaallah bengkak akan berkurangan.

Lebih kerap anda dan simanja berlatih cara penyusuan yang berkesan lebih cepat masalah ini diatasi. Biasanya tempoh 24~48jan sudah memadai. 

Kawan kawan memang digalakkan menyusukan anak walaupun breast sudah bengkak kerana ini akan mrngurangkan susu dalam payudara dan memberikan kelegaan. 

Sekiranya bayi sudah kenyang, anda boleh perah dengan tangan secara perlahan lahan menggunakan kaedah marmet. 

Tanda tanda bayi anda kelaparan adalah simanja kelihatan resah, menghisap jarinya, tercari cari sesuatu dan menangis. 

Sekali lagi Mazni ingin ucapkan terima kasih kerana sudi menjengah blog ini.

Sebelum mengakhiri artikel ini, adalah baiknya jika sahabat semua yang merancang untuk menyusukan anak secara ekslusif..

Mencuba ESP Shaklee. Boleh KLIK gambar dibawah untuk kelebihannya.

Secara peribadi.. Ia sangat membantu Mazni bekerja dan memenuhi tanggungjawab menyusukan anak.


mengatasi bengkak susu dengan set menyusu shaklee



mengatasi bengkak susu dengan set menyusu shaklee
Sekiranya Mommies mempunyai sebarang persoalan, hubungi Mazni untuk pertanyaan ek

Jika anda mempunyai soalan, insyaallah sekiranya mampu Mazni akan bantu anda. Boleh hubungi Mazni di

Call / Whatsupp: 019-2653791 atau  0192663791 
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan HARGA dan INFO PERCUMA
Boleh kongsikan pengalaman anda mengalami bengkak susu?
Mana tahu ada yang kita boleh ambil manfaatnya bersamakan. Isikan di ruangan dibawah ya


Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel:

0 Response to "Cara Mengatasi Bengkak Susu Menggunakan Lecithin"

Post a Comment