Meal Shake Shaklee Menambahkan Selera Makan Anak

Meal Shake Shaklee Tambah Selera Makan
mealshakes menambahkan selera anak tambah berat

Set Belajar Shaklee
Set Belajar Shaklee


Set Belajar Shaklee

Assalamu'alaikum Wrmbth, selepas luqman hakim pandai berjalan. Mazni bertambah gembira dan letih pada masa yang sama. Maklumlah anak lelaki sana sini panjat, berlarian tanpa rasa letih dengan tenaga yang tak habis. 

Ummi dia ni yang penat kejar anak dan kemaskan rumah. Hihi, Dapat senaman percuma. Cuma cabaran baru timbul, luqman kuat sangat main sampai lupa nak makan. Sampai macam tak ada selera makan. Macam macam cara dah cuba sehinggalah Mazni menggunakan Meal Shake Shaklee

Artikel Ini Akan Membantu Anda
1. Bagaimana Cara Pengambilan Meal Shake Yang Betul?
2. Kenapa Ibu Bapa Perlu Risau Anak Tak Selera Makan?
3. Berapa Harga Meal Shakes? 
4. Kenapa Anak Tak Selera Makan?
Meal Shake Shaklee
Masa majlis raya Shaklee pun Luqman sibuk bermain
Cara Makan Shaklee Untuk Meal Shakes 
Cara Makan Meal Shake untuk Kanak Kanak: Campur 1/2 sudu meal shake dengan susu anak anda (atau minuman lain seperti jus). Jangan guna air panas / Berkarbonat / Berkafein
Bagi Orang Dewasa: Campur 1 sudu bersama minuman seperti jus dan susu. Jangan guna air panas dan contoh kanak kanak diatas ya
Memberi anak yang sedang membesar makan memang mencabar. Lebih lebih lagi untuk ibu bekerja macam Mazni ni. Nak sewa rumah di kawasan bandar saya tak suka. 

Walaupun dekat dengan pejabat tapi suasana persekitaran yang sibuk membuatkan kami lebih suka duduk di kawasan pinggir bandar. Lebih tenang dan aman. Jauh dari hiruk pikuk bandar.

Tapi pandai duduk jauh adalah perkara yang perlu dkorbankan. Awal pagi kena keluar awal supaya tak tersangkut di federal highway. Best lah sangat2. 

Hari hari sebelum kerja, Mazni masakkan lauk untuk anak tersayang, cuma bila luqman hakim tak nak makan sebab terlebih sibuk main di rumah nenek ibu mana tak risau.

Budak tengah membesar, makan kena cukup. Susu pun tak nak minum sangat. Buat 90oz pun minum separuh, itu pun dah kira banyak. Bagi susu pediasure pun tak nampak sangat selera makan. Bekal dari rumah pun tak berapa nak jamah. 



Kenapa Ibu Bapa Perlu Risau Anak Tak Selera Makan?
Jika anak tak selera makan, ini bukan masalah kecil. Jika dibiarkan boleh merat dan menjadi malapetaka kepada anak kita kerana badannya kekurangan sumber. 

Kalau kita rajin selongkar internet dan tanya doktor, ini antara jawapan skema yang kita akan dapat. Betul, skema hihi.
Meal Shake Shaklee
Masa untuk Minum

  1. Melambatkan kecerdasan otak - Anak akan lambat untuk belajar sesuatu yang baru dan kurang memberi respon kepada persekitaran. Dunia serba maju ni kita kena cepat belajar. Tak boleh biarkan anak kita menderita disekolah kerana tak faham apa yang diajar. Boleh cuba Set Belajar Shaklee ek untuk kecerdasan minda anak
  2. Membantutkan pertumbuhan fizikal - protein penting untuk membina otot dan kalsium pula untuk tulang dan gigi. Kalau tak nak makan macam mana anak kita nak membesar dengan betul. Risau risau
  3. Mudah dijangkiti penyakit - bila badan tak cukup zat, sistem daya tahan (imunisasi) badan pun terjejas. Selalu kena selsema, mudah demam dan sebagainya. Ibu bapa sekarang kan hantar anak ke nurseri. Ramai budak tak sihat terutama musim hujan dan jerebu. Bila budak budak dah ramai manalah terjaga sangat kebersihan. Mudahlah kuman berjangkit

Masalah ini lebih sukar sekiranya anak tak dapat susu ibu dan bergantung pada susu formula. Betapa beruntungnya ibu yang dapat susukan anak sendiri. 
Meal Shake Shaklee
Badan halal luar negara yang diperakui JAKIM. Boleh telefon jakim untuk sahkan ya

Susu ibu sendiri penuh dengan sel hidup dan antibodi yang diperlukan anak. Apabila ibu makan makanan yang berkhasiat, secara tak langsung anak dapat khasiat tersebut dari susu ibu.

Disebabkan Luqman Hakim bergantung pada susu formula, walau apapun yang berlaku Mazni mesti cari jalan supaya anak soleh seorang ni makan dengan cukup. 

Cukuplah dengan satu kesilapan dulu tak dapat susukan anak sendiri. Pencarian mazni menemukan pada minuman berzat untuk membantu tambahkan selera anak. Itulah dia Meal Shake Shaklee.
Meal Shake Shaklee
Sekarang dah semangat makan dan minum susu. Alhamdulillah
Berapa Harga Meal Shakes Shaklee? 
Harga meal shake shaklee ni RM114 sebekas. Bagi umur kanak kanak atas setahun sukatan sehari hanya setengah sudu teh saja. 

Memang tak perlu banyak dan ia diperbuat dari bahan semulajadi. Tiada bahan kimia digunakan jadi hati rasa lebih yakin untuk gunakan. Sijil halal yang diperakui JAKIM pun ada. 

Ada tak cara untuk dapat harga yang lebih baik
Ya.. ada caranya. Jika anda mahukan lebih nilai untuk wang ada, ada 2 pilihan
    Set bersalin
  1. Mendaftar sebagai ahli. Anda akan dapat diskaun  bagi setiap produk. Boleh jadi sumber pendapatan juga. Mana la tau ada kawan nak kirim. Untuk maklumat lanjut KLIK Macam Mana Nak Jadi Ahli Shaklee. Atau pun hubungi saya
  2. PM Mazni sekarang, dan mendaftar sebagai ahli shaklee untuk menikmati kelebihan penuh
Meal shake shaklee
Boleh rujuk label nutrisi di bekas meal shake.

5 Sebab Anak Tak Selera Makan
Ada beberapa faktor yang buatkan anak tak nak makan. Antaranya
  1. Terlalu banyak bermain - ini memang kes anak saya. Khusyuk main. Lampu dah tutup pun masih sibuk nak main. Tak takut gelap
  2. Tiada kawan - ini pun sama dengan anak saya. Kalau makan dengan mak ayah baru semangat sikit. Tak boleh salahkan dia pun kan, dia sayang mak ayah tu.
  3. Masalah kesihatan - ini kena cek doktor
  4. Masalah gigi rosak - ini pun kena tanya doktor
  5. Jenis makanan dan cara masakan yang sama - orang dewasa pun muak makan yang sama. Anak kita pun sama
Meal Shake Shaklee

Masa mula mula bagi makan tu, risau juga anak tak nak minum jadi kena kreatif lah. Mazni campur dengan aiskrim atu buat jus untuk Luqman Hakim. Alhamdulillah dia nak minum. Hari hari mazni bagi supaya selera makannya bertambah.

Satu yang penting, walaupun kita ada berikan meal shake shaklee, anak masih perlu diberi makan makanan pejal. Memang dalam tu ada banyak zat dan mineral. 

Tapi masih tak mencukupi. Masa nak bancuh meal shake gunakan air sejuk atau suam je ya. Protein akan musnah dalam air panas.

Bak kata orang lama yang bijaksana, tak kenal maka tak cinta. Apa yang penting, kita faham apa yang ada dalam meal shake ni dan tahu khasiatnya. Orang dewasa pun sesuai minum ni
  1. Mengandungi 19jenis vitamin juga mineral bagi keperluan anak anak sebagai melengkapkan tumbesaran yang normal
  2. Berfungsi sebagai penggalak selera makan anak
  3. Menguatkan sistem keimunan anak supaya tidak mudah jatuh sakit
  4. Menyediakan anak yang mahu belajar berpuasa dengan zat yang mencukupi
  5. Menolong mengatasi masalah sembelit anak
  6. Alternatif menambah berat badan anak

Satu dua hari pertama tak banyak perubahan nampak. Tapi lepas seminggu, luqman dah mula nak makan nasi, sebelum ni bila makan bukan main susah nak beri. 

Masuk dua minggu, dia minta sendiri nak makan biskut. Susu pun dah habis dia minum. Sampai tertidur tidur minum susu. Biskut pula bertambah tambah.

Lega hati kami sekeluarga sebab sekarang nianak dah selera makan. Mungkin anda juga patut cuba meal shake shaklee. Siapa tahu memberikan hasil yang sama. 

Jika anda mempunyai soalan, insyaallah sekiranya mampu Mazni akan bantu anda. Boleh hubungi Mazni di


Call / Whatsupp: 019-2653791 atau  0192663791 
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan KHIDMAT NASIHAT HEBAT dan INFO PERCUMA

Mazni Teringin nak tahu Pengalaman Anda menggunakan meal shake. Apa kesan nya? Ada resepi best meal shake? Boleh share di ruang komen dibawah ek. (^-^)

Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel:

9 Responses to "Meal Shake Shaklee Menambahkan Selera Makan Anak"

  1. Sis, PM saya harga Mealshakes + pos. Thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. (\/) Ok Sis Awin.
      (='.'=) Done. Cuba cek emel ek
      (")_(")

      Delete
  2. 1/2 sudu tu,,tiap kali kita bancuh susu ke,,atau cuma sekali je 1 hari,,

    ReplyDelete
    Replies
    1. (\/) Assalamu'alaikum SIs Anonymous
      (='.'=) Sehari sekali je
      (")_(")

      Delete
  3. salam puan mazni..boleh tahu x..utk bnch tu guna sudu besar,kecil or sudu susu ank tu?

    ReplyDelete
  4. ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    TERIMA KASIH SIS SEBAB SINGGAH KE BLOG KAMI
    ++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
    Sudu teh je sis.

    Ataupun nak senang ambil sudu susu formula

    Letak separuh je sis
    =======================================
    DATANG LAGI YA :)
    =======================================

    Semoga perkongsian ini membawa manfaat ek.
    (\(\
    ( -.-) RING3
    o__(")(") DARI MAZNI

    ReplyDelete
  5. Setengah sudu? ada yang beritahu sesudu. Anak saya usia 2 thn memang takde masalah makan dan takde masalah menyusu. Klu tak diberi makan, dia akan minta.Minum mealshake ni nanti akan menambahkan lagi selera dia ke? sebab sekarang pun dia dah cukup berselera cuma badan je tak gemok. tulang je berat. risau plak takut gemok :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mazni prefer beri sikit dulu, kalau takde kesan baru naikkan kuantiti.
      Lagipun budak baru belajar makan, kalau letak sekaligus banyak
      mungkin terkejut. Terus tak nak minum susu

      Perangai anak ni macam macam

      Delete