Kelas Inspirasi dan Facebook Ads Shaklee

Kelas Inspirasi dan Facebook Ads Ahli Shaklee
Assalamu'alaikum Wrmbth, Alhamdulillah Allah swt masih merezekikan Mazni untuk berkongsi dengan pembaca sekalian catatan kehidupan. Moga dapat memberi manfaat kepada sesiapa yang memerlukannya. 7 September lepas, hari sabtu Mazni join kelas khas untuk ahli Shaklee.

Kelas Ahli SHaklee

Walaupun kelas dah habis, Mazni masih terasa aura bestnya
 Mazni tak tahu group lain ada buat atau tidak, tapi atas inisiatif dari Master group kami, akak Hafsah yang mengeluarkan belanja untuk keseluruhan kelas diadakan. Tujuannya untuk kami lebih mahir dan gunakan teknik pemasaran Facebook Ads.

Belanja keseluruhan untuk kelas tersebut adalah RM3000. Mazni dapat tahu tentang kelas ni dari suami yang kebetulan stay up buat kerja. Ada 30 tempat je yang available. Mungkin bagi sesiapa yang betul tahu betapa mahalnya ilmu facebook ads, boleh survey diinternet.

Kelas Ahli Shaklee

Perjalanan belajar menjadi usahawan lebih menyeronokkan dengan ada cikgu yang semangat. Thanks a lot Hafsah

Hubby Mazni memang minat ilmu macam ni, sebelum ni pernah juga hubby cari cari di internet kursus pemasaran Facebook. Ada yang percuma dan berbayar. Antara yang percuma adalah dari Bryan Gan. Kelas anjuran Richwork iaitu Facebook power.


Itu pun tak da praktikal. Kelas Inspirasi dan FB Ads anjuran group Shaklee kami memang best. Mazni suka sebab tak payah pening kepala fikir tentang anak. Anak bawa sama. Duduk sebelah Mazni ni. Kih kih~~ Encik Hubby ni pun ada belajar sekali. Senang Luqman Hakim nak tukar lampin dan buat susu.

Kelas Ahli Shaklee

Sesi pertama bersama Master Hahsah: House Of  Inspiration
Kelas mula jam 9pagi, dimulakan dengan sesi House of Inspiration dari Master Hafsah. Hafsah ni bekas jurutera Petronas, umur muda lagi baru 28tahun. Mazni lebih sikit je dari Hafsah tapi income Hafsah sure lagi lebat. :)
Kelas Ahli SHaklee

Luqman Hakim siap bawa patung bear dia g kelas. Tak patut tak patut :)

Masa mula mula join Shaklee, Mazni dapat personal coaching dari beliau. Hihi~~ nak berjaya kena kejar orangnya. Set masa dan buat ikut facebook je. Banyak soalan Mazni tanya. Adalah dalam 2 jam. Banyak juga Mazni belajar. 


Memang pemurah dan sentiasa memberi dan berkongsi pengalaman dalam Shaklee. Hafsah dah dua tahun dalam Shaklee, memang pulun sehabis boleh sebab tak serasi dengan kerja sebagai jurutera. Dari perkongsiannya, Do what ever it takes to succeed. Mazni kagum dengan semangat Hafsah, muda muda dah kuat semangat kan.

Kelas Ahli Shaklee

Banyak soalan ditanyakan dari peserta. Jawapan pun hebat hebat belaka

Dalam sesi "House of Inspiration", banyak kami belajar. Mula dengan niat dan impian yang betul, disokong pula dengan tiang "Leadership" dan "Sales". Asas rumah pula "Master the Game" dan "Right Mindset dan Attitude".

Kesimpulannya, nak berjaya dalam Shaklee, menurut kaca mata Hafsah, Niat mesti nak bantu pelanggan capai kehidupan lebih baik, Impian mesti besar dan jelas. Kemudian, kita mesti pandai memasarkan produk dan menjual pada pelanggan dengan kualiti dan mesra.


Kelas Ahli Shaklee

Sambil jaga anak, sambil belajar. I'm a superwoman. Multitasking :) 

Sambil berniaga dan selesaikan masalah pelanggan, jika ada kawan dan klien yang berpuashati dengan kualiti produk Shaklee, mereka boleh join sebagai ahli. Kita mesti asuh diri sendiri untuk memimpin dan berkongsi cara supaya mereka maju. 


Ilmu dan kefahaman sistem operasi Shaklee perlu ada, baru kita nampak jalan untuk maju lebih jauh dan pantas dalam perniagaan ni. Dan semestinya, kita mesti ada sikap yang betul, positif dan tak mengaku kalah untuk berjaya.


Dari perkongsian Hafsah, tempoh 2 tahun yang diambilnya untuk berada ditahap sekarang memang seronok. Terlintas dalam fikiran Mazni seronok macam mana tu? Rupa rupanya bila kita dah menjiwai sesuatu, walau apapun yang datang, kita tak nampak besar pun. Paling cepat 8bulan dan sampai tahap Master.


Selesai sesi pertama, habis jam 12 tengahari. Syukur Alhamdulillah banyak yang kami suami isteri pelajari. Dalam kelas tu ramai perempuan. Ada 6 orang suami yang temani isteri masing2. Kih kih kih. Salah seorang nya Hubby Mazni le. Thanks hubby banyak tolong mazni sepanjang kelas tu.


Hubby saya juga yang banyak tolong belikan stok di Shaklee Centre Subang Jaya, dan hantarkan stok pada pelanggan. Kadang kadang hari sabtu kami bersiar siar sebelum ke Shaklee Subang.
Kami rehat makan tengahari di Restoran Hanoon Al Arab, lauk di mabeles. Superb. Chicken Kabsah. Mazni tak pernah rasa nak makan makanan arab, tak sangka sedap macam ni. Rempah ratus dan pati ayam memang sebati dalam nasi. 

Kelas Ahli Shaklee

Chicken Kabsah, memang berbaloi.. Mintak2 ada training kat sini lagi lepas ni :)

Kelas Ahli Shaklee

Suasana ala arab, memang layan la :) 

Memang lembut ayam yang di masak bersama nasi basmathi, nasi tak melakat dan terurai. Makan pula dengan kurah kari dan sambal tomatonya (Entah apa nama nya). Memang tinggi peluang datang lagi ke sini. Dah lah dekat dengan rumah. Hihi~~

Kelas Ahli Shaklee

jalan jalan, belajar belajar dan makan makan :) Bestkan luqman hakim

Kelas Ahli Shaklee

Minum baik baik ya luqman hakim.
Selesai makan dan solat. Kelas Inspirasi dan Facebook Ads untuk ahli shaklee bersambung semula. Sifu Eiman mula berkongsi kelebihan memasarkan dengan facebook ads.

Menurutnya, kita boleh pin point atau tujukan iklan pada kelompok yang betul. Contohnya, kalau kita nak jual telekung, kita memang boleh tunjukkan iklan tersebut pada perempuan saja. 

Kelas Ahli SHaklee

Sifu Eiman sedang menerangkan tentang Copywriting

Lebih best tu, rupa rupanya kuasa membeli paling tinggi pada wanita. Usia 25~40tahun. Lelaki tak berapa sangat nak beli. So kita dah jimat masa tak payah ketuk pintu rumah orang nak cari pembeli. Jimat masa dan tenaga. Maknanya sambil duduk golek golek main dengan anak, kita tengah jual barang. Wuihh~~ Bestkan Luqman Hakim


Makin jelas gambaran di minda untuk menjadi Work At Home Mom (WAHM). Mesti ibu ibu yang dah bejaya berhenti kerja dan berniaga dirumah gunakan Facebook ads ni. 

Kelas AHli SHaklee

Masa untuk praktikal buat iklan di Facebook. Semua peserta sedang sibuk menaip

Sifu Eiman dah berpengalaman luas dalam pengiklanan di Facebook ni. Banyak juga servis yang diberikan khusus untuk ibu yang merancang untuk berniaga diinternet. 


Bahagian terpenting dalam kelas Sifu, bagaimana menulis iklan yang menjual. Bahasa ulu kelangnya "Copywriting". Mazni faham sekarang, untuk menulis iklan yang berkesan, perlu ada struktur ini

Kelas Ahli Shaklee

Bersama Sifu Eiman

  1. Headline yang menarik perhatian
  2. Penjelasan headline yang berkaitan 
  3. Manfaat yang di terima pelanggan
  4. Call to Action - Ayat arahan untuk menggalakan pelanggan membeli
Insyaallah dengan latihan, kemahiran akan datang juga. Ini yang best buat berdua, kalau Mazni tak faham boleh bincang dengan suami. Orang laki bahagian teknikal ni tuhan beri kelebihan. 

Contohnya~~



======================
PERCUMA . PERCUMA . PERCUMA
======================
Ya, admin akan berikan secara PERCUMA 1 set BESTSELLER item , iaitu FC20-Koleksi 3 Kad Imbasan Tebal Boleh Tulis & Free Marker kepada anda yang bertuah.

Caranya mudah sahaja. Cuma like, share dan copy paste ayat ini :

” Terima Kasih XXXXXX kerana sponsor hadiah “

Share sebanyak mungkin di wall anda atau di mana sahaja.

Pemenang dipilih berdasarkan share paling banyak.

Tarikh tutup pada 20 september 2013.

~~~Itulah contoh copywriting. Memang kena banyak latihan

Akhir sekali, kami dapat praktikal hands on cara buat iklan di Facebook. Alhamdulillah syukur kerana kami berjaya buat Facebook Ads pertama.

Tamatlah sudah sesi kelas yang sangat best ni. Tapi ada yang lebih best. RM50 bukan untuk satu kelas. Tapi 2 kelas. Kelas kedua dijadualkan pada 5 oktober. Tujuannya supaya iklan pertama kami dapat di review semula bersama Sifu Eiman. Marbeles. :)

Insyaallah kami akan kongsikan ya. Syok betul dapat join group inspirasi nih. Alhamdulillah penantian dan doa Mazni dimakbulkan Allah.
macam mana nak jadi ahli shaklee
Sebelum balik kami posing bergambar bersama. Terbaik

Ini sebab, sebelum ni memang dah terfikir nak join Shaklee. Tapi group lain ada buat mesyuarat mingguan dan sebagainya. Masa hujung minggu kalau boleh untuk keluarga. Budaya group ni memang memenuhi kehendak Mazni. 

Syukur ya Allah

Balik dari kelas tu, kami terus buat iklan baru. Nak tahu kisah dan pemerhatian dari cubaan pertama Iklan Facebook Shaklee pertama kami tu? Nanti kami share Insyaallah :)

Jika anda mempunyai soalan, insyaallah sekiranya mampu Mazni akan bantu anda. Boleh hubungi Mazni di


Call / Whatsupp: 019-2653791 atau  0192663791 
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi  bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihat
mendapatkan KONSULTASI TERBAIK dan INFO PERCUMA

Apa pendapat anda tentang artikel ini? Suarakan pandangan anda dibawah. Terima kasih banyak banyak ya

Langgan Artikel Terkini Terus Ke Peti Emel:

2 Responses to "Kelas Inspirasi dan Facebook Ads Shaklee"

  1. Terima kasih kerana sudi berkongsi... Baca pun dah best, apatah lagi kalau dapat duduk sana bersama2 dalam kelas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana berkunjung ke blog Mazni :)

      Len kali boleh datang kan. Insyaallah

      Delete