Set Menyusu Shaklee Lengkap Pengalaman Penyusuan Terbaik Harga Berpatutan
Assalamu'alaikum Wrmbth mommies, Terima kasih kerana membaca entri Set Menyusu Shaklee Mazni?Mesti teruja kan, sama macam saya dulu.
Lebih semangat lagi bila nak beri susu ibu. Cuma satu cabarannya ialah kebanyakan dari kita bekerja kan.
Jadi masa memang terhad untuk makan dan tekanan kerja akan kurangkan susu dihasilkan.
Bagi kebanyakan ibu, Set Menyusu Shaklee menjadi pilihan kerana harga yang berpatutan dengan hasilnya.
Artikel Ini Akan Membantu Anda
1. Mengetahui Sebab Utama Penghalang Penyusuan Esklusif
2. Amalan Baik Melengkapi Set Menyusu Shaklee
3. Jenis Set penyusuan Shaklee 3m Premium dan Lengkap
Pengalaman Menggunakan Set Menyusu Shaklee
Sebelum ni Mazni kerap baca pengalaman menggunakan set menyusu shaklee ibu lain.
Hari ni Mazni nak kongsi sendiri pengalaman menyusukan anak dengan susu ibu.
Alhamdulillah anak kedua ni Mazni dan suami bertekad untuk penyusuan ekslusif.
Jadi dari awal kehamilan persedian adalah penting. Antara amalan yang Mazni sarankan sahabat semua cuba untuk program yang berjaya
- Kerap berdoa selepas solat untuk rezeki menyusukan anak dengan susu ibu selama 2 tahun
- Cari ilmu penyusuan.. Ini sangat sangat penting
- Cari kawan kawan yang ada pengalaman menyusukan anak
- Dapatkan pam susu yang bagus dan memudahkan
- Makan makanan berkhasiat seperti set menyusu shaklee
Anak kedua bersalin tak cukup bulan. Uri dibawah jadi bersalin pembedahan czer.
Nurse di hospital banyak ajar Mazni tips dan ilmu penyusuan sebenar. Duduk 2 minggu di wad atas sebab sebab tertentu
Susu ibu memang banyak, kerana Mazni amalkan set menyusu lengkap shaklee.
Tapi datang pula cabaran lain, bila susu ibu banyak dan bayi masih dalam inkubator dan sukar untuk direct feeding..
Kalau kita tak pam susu tersebut. Masalah besar akan terjadi
Memang besar. Apa masalah tu?
1. Bengkak susu. Kes teruk boleh sampai pembedahan untuk keluarkan ketulan.
2. Susu ibu akan berhenti dikeluarkan badan. Kemarau. Bila dah kering ramai akan mengalami dilema.
Terpaksa menggunakan susu tepung.
Dan botol susu. Apabila anak terbiasa susu tepung program penyusuan susu ibu akan terbantut.
Jadi disini kepentingan pam susu yang bagus. Syukur alhamdulillah, suami Mazni dah menabung lama untuk keadaan ni.
Masa ni labur untuk pam susu Medela Freestyle. Yang boleh pam kedua dua payudara serentak.
Inilah set medela freestyle. Harga sekitar RM1500. Memang meudahkan sangat. Berbaloi |
Memang memudahkan.
Jadi kawan kawan semua.. Walaupun kita dah menggunakan set menyusu lengkap shaklee sekalipun..
Belum tentu akan berjaya tanpa halangan. Banyak persediaan lain perlu diambil.
Sokongan suami sangat penting. Sebenarnya sekiranya suami faham kelebihan susu ibu ni.. Segalanya akan lebih mudah.
Insyaallah
Harga Set Menyusu Shaklee
Bergantung pada bajet yang kita peruntukkan, Mesti ada cara untuk mendapatkan harga set menyusu shaklee yang berpatutan.
Lebih baik jadi ahli, harga lebih murah.
Sekiranya baru nak cuba cuba memadai dengan Set menyusu asas shaklee yang terdiri dari
1. Energizing Soy Protein ESP Shaklee
2. Alfafa Complex
Harga set menyusu asas shaklee untuk bukan ahli adalah RM213. Ahli dapat diskaun terbaik
Jika sudah berpuas hati, boleh tambah dengan set menyusu lengkap shaklee. Memang terbaiklah hasilnya digandingkan bersama ilmu penyusuan
Harga Set Menyusu Lengkap Shaklee untuk bukan ahli
ialah RM400 dan terdiri daripada
1. ESP Shaklee
2. Alfafa Complex
3. Ostematrix
4. Omegaguard
Setakat ni Mazni memang puas hati dengan hasilnya. Alhamdulillah. Susu lebih pekat dan banyak. Harga set menyusu 3m shaklee memang berbaloi
Set Ibu Menyusu Shaklee
Apa yang buat ramai ibu Malaysia jatuh hati dengan shaklee ialah banyaknya khasiat lain yang diperolehi dari produknya.
Walaupun hanya sekadar menggunakan set menyusu asas shaklee.. secara tanpa disedari.. ianya membantu menambahkan kecantikan suami.
Ramai suami perasan set ini sebagai satu cara membesarkan payudara yang selamat.
Set ini asas dan lengkap ini juga dikenali sebagai set slimming ibu menyusu shaklee atau set kurus ibu menyusu shaklee kerana membantu menurunkan berat badan.
Set ibu menyusu shaklee mendatangkan kesan penurunan berat badan yang lebih baik kerana adanya omegaguard yang membantu membakar lemak.
Yang lebih menjimatkan untuk kita semua, semasa bersalin ambil terus set bersalin lengkap shaklee .
Kerana nama panjangnya ialah set berpantang menyusu dan kurus shaklee.
Hahaha.. Kan panjang sangat tu.
Apa yang Mazni nak fokuskan ialah.. Set bersalin shaklee lengkap mempunyai set menyusu shaklee secara tersembunyi didalamnya.
Tak perlu pergi beli 2 3 kali.
Semua dah ada dalam ni. Senang mudah dan terbaik.
Cara Makan Set Menyusu Shaklee
Ini bahaian paling penting. Cara Makan Set menyusu shaklee supaya mendapat hasil terbaik.
Semua orang boleh menjual produk shaklee, tapi bila masuk bahagian ini ramai yang gagal. Hehe
Sebabnya.. Yang menjual pun belum makan lagi. Hehe.
Bukan dari pengalaman sendiri. Mana bestkan. Apa masalah menyusu dan isu isu berkait pun belum khatam lagi.
Jadual pengambilan set menyusu shaklee ni akan Mazni berikan selepas produk sampai ekslusif untuk pelanggan kami.
Sekiranya anda perlukan pengedar yang memahami keperluan anda dan memberikan servis sebelum dan selepas jualan berterusan.
Kami adalah pilihan terbaik untuk anda.
Set Menyusu Shaklee Tidak Berkesan ?
Ya, ia tidak berkesan.
Sekiranya kita tidak mempunyai ilmu penyusuan yang cukup.
Tidak pam susu secara konsisten dan berdisiplin.
Makan ikut suka sendiri dan tanpa cara makan set menyusu shaklee yang betul
Tiada keajaiban akan berlaku tanpa usaha yang betul. Kenapa?
Program penyusuan ekslusif memerlukan
1. Pemakanan yang seimbang oleh ibu - zat dan nutrien dibekalkan oleh makanan harian. Lebih mudah makan produk shaklee.
Semua ada dalam tu.
2. Ilmu Penyusuan - Apa yang boleh dan tak boleh dilakukan oleh ibu menyusu.
Contoh terbaik.. Minuman berkafein seperti kopi akan menyebabkan pengeluaran susu merudum jatuh.
Gedebuk.. BooOOM.. Fiuuuu...
3. Disiplin dan matlamat yang jelas.
Sekiranya kita ada semua ini. Insyaallah set menyusu shaklee berkesan .
Sebab Utama Penghalang Penyusuan Esklusif
Mazni nak tekankan sebelum itu, walau sebagus dan semahal manapun set menyusu lengkap shaklee yang kita gunakan.
Semuanya takkan berkesan tanpa pengalaman dan ilmu penyusuan yang betul. Saya belajar dari pengalaman lepas, ruginya bila kita takda ilmu.
Gandingan set menyusu Shaklee dan ilmu penyusuan yang betul insyaallah akan menampakkan hasil yang positif. Kenapa?
Khasiat utama Set menyusu shaklee adalah mempercepatkan proses pemulihan tubuh dengan membekalkan zat zat yang diperlukan agar ibu kembali sihat dan bertenaga.
Ibu bekerja kadang kadang tak selera makan sebab sibuk ditempat kerja. Tekanan di pejabat dan rumah lagi.
Susu badan tak berapa nak banyak. Apa yang penting kita faham konsep SUPPLY and DEMAND. Mental pun kena tenang, usah stress sangat. Baru set menyusu digunakan menghasilkan hasil yang memberangsangkan.
Kalau semua ibu dapat menyusu badan, tak dalah syarikat susu jadi besar macam sekarang |
Selain dari berdoa pada Allah, Mazni sarankan kita ambil set penyusuan shaklee harga murah untuk mencuba dulu.
Kalau puas hati baru kita ambil set penuhkan.
Jadi, ibu ibu semua, persiapan untuk menyusu perlu dimulakan dari awal kehamilan (Lebih elok lagi sepanjang masa) dengan berdoa pada Allah agar anak anak kita diberikan nikmat susu ibu sehingga usia 2 tahun.
Mazni suka sarankan pada ibu ibu semua, mulakan dengan set menyusu shaklee asas atau basic dahulu.
Itupun sudah cukup. Ini bukan omongan kosong.
Untuk anak kedua yang Allah kurniakan selepas kami suami isteri menggunakan set kesuburan shaklee, Mazni dah rancang untuk menyusu secara ekslusif.
Penat rujuk sana sini, beli buku penyusuan susu ibu dan sebaginya. Waktu solat selalu doa minta pada Allah swt semoga diberikan rezeki susu ibu.
Allah takdirkan anak kedua Mazni dilahirkan 1 bulan setengah awal. Dalam keadaan bayi songsang didalam perut. Terpaksa melalui pembedahan czer.
Memang tak terduga akan bersalin awal, pusat bersalin swasta yang Mazni selalu jalani pemeriksaan tak mampu menerima kelahiran kali ini.
Kerana kedudukan bayi yang songsang. Dan kerana uri yang menutup pintu rahim. Pasenta previa.
Akhirnya Mazni dimasukkan ke hospital kerajaan terdekat.
2 minggu duduk wad, kerana banyak kehilangan darah semasa bersalin. 2 liter darah hilang.
Dalam keadaan lemah tu, memang Allah swt nak uji kesungguhan kami suami isteri untuk menyusukan anak.
Walaupun dengan semua persediaan sebelum ni, susu ibu tak nak keluar juga pada 2 hari pertama.
Mazni dimasukkan kedalam wad kawalan rapi. Anak pula masuk dalam inkubator kerana paru paru belum cukup matang.
Akhirnya dengan usaha berterusan, dan percaya pada prinsip supply and demand. Air susu keluar juga.
(Semua ini mungkin lebih mudah sekiranya baby sendiri yang hisap.. Tapi Mazni tak dibenarkan jumpa anak sehingga 6 hari bersalin.. Doktor risau Mazni pitam sebab hilang banyak darah)
Jururawat di wad ada berikan tips, supaya makan produk shaklee. Memang syukur alhamdulillah, dengan makan set bersalin shaklee yang juga set menyusu shaklee lengkap (sama sebenarnya)
Susu yang dikeluarkan pekat dan berwarna kuning keemasan. Berbeza dengan susu ibu lain.
Sehingga ada jururawat tegur.. Kenapa susu Mazni ni banyak sangat kolostrum.. Warna kuning emas.
Insyaallah, dengan meminum ESP Shaklee dan produk lain bekalan susu tetap ada.
Baru Mazni faham dan sedar, walaupun set menyusu shaklee terbaik digunakan sekalipun..
Tanpa ilmu penyusuan dan disiplin bangun malam dan pam setiap 3 jam. Susu yang dikeluarkan tidak banyak.
Inilah dia sebenarnya prinsip supply dan demand.
Lebih kerap kita pam dan keluarkan susu, lebih banyak susu ibu dikeluarkan.
Dan memang ajaib, setiap kali Mazni ingat tentang baby boleh terasa susu ibu dikeluarkan.
2 hari pertama susu tidak keluar, kita mesti teruskan juga dengan power pumping. Pam 10 minit silih berganti.
Alhamdulillah, rezeki anak kedua ini juga, suami mazni laburkan wang untuk pam susu idaman ramai.
Medela Freestyle. Proses power umping lebih mudah. Kedua dua payudara dipam untuk merangsang pengeluaran susu ibu.
Dan sebenarnya sangat sangat berbaloi untuk ada medela freestyle ni.
Suction dari pam susu ni ada 2 fasa, fasa pertama suction pantas dan pendek.
Fasa kedua suction lebih panjang dan lama. Dari manual ada diterangkan, pam ini direka berdasarkan tabiat bayi menghisap susu ibu.
Dan syukur alhamdulillah, berkat menabung dari awal dan menimba ilmu penyusuan semuanya berhasil. Memang ada dugaan, memang dalam hati ada juga terfikir nak mengalah.
Masa ni peranan suami sangat penting. Syukur sangat2.
Amalan Baik Melengkapi Set Menyusu Shaklee
Prinsip POWER PUMPING mendukung konsep DEMAND and SUPPLY- Ibu perlu pam susu secara sistematik 2~3jam sekali dengan setiap sesi mengambil masa 15 ke 20minit untuk kedua dua belah payudara. Sekiranya kita tidak melakukannya dengan konsisten, breast akan penuh dengan susu dan membengkak. Power pumping pula menurut kajian saya, Pam breast secara selang seli. Kiri 10 minit, tukar kanan pula 10minit dan berterusan selama sejam. Teknik yang dikenali sebagai 10 10 10. Amalkan setiap hari secara istiqamah. Insyaallah akan nampak kesannnya. Badan akan mengesan susu kerap penuh dan kurang dipump dan kemudiannya mengarahkan agar susu badan dikurangkan pengeluarannya. Disiplin dan fokus penting disini kerana sistem badan kita memang Allah jadikan sempurna agar tiada pembaziran.
- Mommies pernah alami keadaan susu ibu yang dihasilkan pekat? Ini disebabkan oleh pengambilan air yang tidak mencukupi. Sekurang kurangnya 3liter sehari. Bukan minum sekaligus ya. Kembung perut nanti. Hihi
- Persiapkan keadaan minda agar sentiasa positif. Tekanan di pejabat boleh membantutkan pengeluaran susu ibu. Selalu berdoa pada Allah agar dibukakan rahmat dan kasihnya untuk menjalankan tanggungjawab penyusuan ini.
Harapan Mazni agar tips diatas memberi manfaat pada kita semua. Tak amalkan lupa ya kan. Pengalaman menyusu ekslusif memang tidak ternilai pada ibu dan anak
Inilah dia rupa ESP dan Alfalfa Shaklee |
Set Asas
Alfalfa Complex - Berfungsi sebagai Penggalak susu (milk booster) . Kita akan perasan peningkatan pengeluaran susu terutama sekali sekiranya digandingkan dengan amalan penyusuan yang betul.
Alfalfa akan membuang toksin didalam badan dan menjadikan badan lebih bertenaga atau nama lain DETOX. Sekiranya ibu mempunyai budget lebih, pengambilan bersama lecithin Shaklee akan membantu penurunan berat badan.
Kenapa badan perlu detox? Kehadiran toksin berlebihan dalam badan akan menyebabkan masalah kesihatan jika dibiarkan kerana kesukaran badan menyerap nutrien dari makanan dan supplemen.
Mungkin ada yang pernah berdiet tapi tak nampak kesannya.
Energizing Soy Protein -Enak diminum sebegitu sahaja. Memberikan rasa kenyang pada penggunanya. Kaya denganprotein dan asid amino yang membantu pembentukan sel dan komponen penting dalam susu ibu.
Jika kawan kawan makan Alfafa dan ESP bersama sama, bukan saja susu badan semakin banyak, malah sebenarnya kita dapat Set Menyusu dan Kurus Shaklee serentak.
Sebab inilah produk yang sama dalam set kuruskan badan shaklee.
Selepas bersalin pula, protein diperlukan untuk mempercepatkan penyembuhan luka. Sebab protein digunakan tubuh untuk membina sel dan otot baru bagi menggantikan sel lama.
Dan sebenarnya, dalam menyusukan anak kita perlukan bekalan kalsium yang mencukupi supaya gigi dan tulang ibu tidak rosak semasa menyusukan anak.
Ostematrix Shaklee bukan saja terdapat dalam set sendi shaklee untuk kesihatan tulang dan gigi malah set bersalin shaklee juga mempunyai ostematrix.
Ini set 3M - Set Bersalin lengkap dari Shaklee. Semua ikut budget ya. Boleh ambil yang basic Set Penyusuan Shaklee Harga Produk dengan kualiti Terbaik dan kesihatan ibu dan anak. Insyaallah, dengan ilmu penyusuan yang betul dan khasiat yang mencukupi, anak anak kita akan mendapat manfaat penuh. |
Call / Whatsupp: 019-265 3791 atau 0192663791
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihatID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
mendapatkan KONSULTASI TERBAIK dan INFO PERCUMA
Apa pendapat anda tentang Set Menyusu Shaklee? Suarakan pandangan anda dibawah. Terima kasih banyak banyak ya
0 Response to "Set Menyusu Shaklee Lengkap Pengalaman Penyusuan Terbaik Harga Berpatutan"
Post a Comment