Pengalaman Ibu Menyusu Ekslusif
Assalamu'alaikum Wrmbth, semalam saya sempat menimba ilmu dari rakan ibu yang sedang menyusukan simanjanya dengan berbantukan makanan tambahan dari set bersalin shaklee. Ini diantara isi penting yang saya banyak belajar untuk panduan anak seterusnya. Insyaallah. Mommies to be juga boleh ambil point yang baik ya :)Oh ya, ini bukan pengalaman seorang ibu ya.. ada ramaiiii mommies yang baik hati berkongsi ilmu ni. Ada 10 orang sembang sembang tentang penyusuan anak ni. Mazni pasang telinga dan ambil manfaat untuk kita aplikasikan bersama.
Jadi mula mula kami bersembang tentang makanan penggalak pengeluaran susu. Banyak yang kami bualkan dan ini isi utamanya.
Makanan Penggalak Susu Badan
Amalkan pengambilan habatussauda, coklat, vico, sawi, lobak putih dan HALBA. Horlicks pun menambahkan susu dan dari pengalaman mommies menambahkan rasa manis pada susu.Makanan makanan diatas ni menurut pengalaman ibu lain, ada kebolehan sebagai penggalak susu aka Milk Booster.
Halba tu sejenis rempah ratus, boleh cari di bahagian Spice semasa di Hypermarket. Insyaallah ada disana. Menurut perkongsian, Mazni ambil ayat sebiji2. Authenthic ni
"Pasaraya banyakkk sangat...halba ni biasanya orang letak dlm masakan nasi lemak, kari ikan n nasi dagang
"Minum boleh setelah direndam air panas..atau beli dalam bentuk kapsul. Puan cari rempah ratus; bahagian kayu manis, jintan dan sebaginya..Mesti ada halba kat situ"
"Halba sy rasa lebih selamat kalau di mkn bersama/ dibuhuh dlm nasi..macam saya.kawen dgn orang melaka..jadi hampir setipa hari (seminggu 2-4x hidangan asam pedas)..asam pedas gaya mertua WAJIB letak halba...so..saya pun dah 5 tahun terikut2 buat assam pedas, masak asam, nasi lemak letak halba"
Ramai mommies juga bersetuju pengambilan Energizing Soy Protein (ESP), Lecithin dan Alfalfa keluaran Shaklee membantu penurunan berat badan dan peningkatan pengeluaran susu. Semua tu ada dalam Set Bersalin Shaklee.
Bgi ibu bekerja, jangan lupa untuk mengajar anak anda minum susu dari botol sebelum mula bekerja. Jika tidak mommies akan hadapi masalah anak enggan minum susu botol
Faktor Mempengaruhi Pengeluaran Susu
Satu perkara perlu diambil perhatian, walau banyak manapun makanan berkhasiat diambil jangan lupa untuk kerap pam susu dan simpan kerana ia amat dipengaruhi konsep SUPPLY and DEMAND. Akak Mus berkongsi
Ape2 pon mmg betul...ramai ibu slh fhm dan,ambik jalan mudah..mentang2 ada mcm2 produk di market...semua nya nak amik mudah..
Kadang kadang mereka ingat asal makan je susu terus banyak..padahal mesti KERAP direct breastfeed, pump, minum air secukupnya, tandem dan power pumping...
Maksudnya lebih kerap dan banyak susu diperlukan oleh simanja dan rangsangan luaran, lebih banyak susu dihasilkan.
Reset minda tu penting...ni ..bila susu mcm biasa...mulalah mind set ibu2 dah lain..."sy ambil supplement x jadi ape pon"..saya yang rekemen ni.pon frust juga sebab kadang kadang konsep demand vs supply tak diterapkan
Ada mommies yang culas untuk pam susu mengalami penurunan susu kuantiti susu selepas itu. Badan kita keluarkan susu menurut permintaan.
Jika kita culas, badan akan beranggapan simanja kurang perlukan susu badan dan mengurangkan pengeluaran. (Canggih ya badan kita Allah swt jadikan)
Ibu ibu jangan stress semasa menyusu badan. Perlu positifkan minda dan jangan risau sangat. Susu badan boleh kurang semasa stress. :) Stress kita uruskan secara sihat ya
Satu Perkara Harus Diingat
Hasil pengeluaran susu setiap orang tidak sama. Kita jangan bandingkan susu kita dan orang lain. Ada yang dari baka susu banyak tapi cair. Ada pula yang sikit tapi pekat. Allah yang beri rezeki, kita syukuri apa yang diberi.
Kasihan akak seorang ni, bila ada yang mengadu tak berkesan dengan makanan yang diambil tapi sebenarnya pengguna tak ikut cara yang betul. Ini luahannya
"Bila org tanya then saya memestikan diorang follow semua konsep2 yg sis bagitau tu..tapi ada gak,bila dah consume supplement itula inila,tp end up x menjadi...then mulalah nk kondem sana kondem sini..hihihihi...
Tak usah bandingkan susu badan lain yang sekali pam 30oz. Bersyukur, jika susu yang ada tak disyukuri malah dirunguti, macam mana Allah mahu hadirkan lebih banyak susu. Jadi bersyukur...
Moga ambil manfaat ya. Kita berusaha dan Allah swt yang membalas usaha kita tersebut. Jika tidak didunia insyaallah diakhirat.
Berdoa Allah berikan rezeki susu yang banyak dan cukup. Jangan pula takbur, 'aku hebat boleh produce susu banyak sampai 2 deep freezer penuh'. Tiadalah daya dan kekuatan kita melainkan dengan bantuan Allah. Susu ibu kan rezeki dari Allah.
Jika anda mempunyai soalan, insyaallah sekiranya mampu Mazni akan bantu anda. Boleh hubungi Mazni di
Call / Whatsupp: 019-2653791 atau 0192663791
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihatID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
mendapatkan KONSULTASI TERBAIK dan INFO PERCUMA
Apa pendapat anda tentang artikel ini? Suarakan pandangan anda dibawah. Terima kasih banyak banyak ya
0 Response to "Pengalaman Ibu Menyusu Ekslusif"
Post a Comment