Cabaran Ibu Menyusu Tetapi Kurang Susu Badan
Ada kenalan menghadapi masalah ini, susu badan semakin sedikit. Anak full breastfeed, risau anaknya tak cukup susu. Kadang kadang memang sukar nak jangka mengapa susu badan jadi kurang, jadi kena fikir semula samada kita muhasabah diri, ada tak kita ikut guideline ni- Memenuhi Prinsip Supply and Demand. Setiap 2-3 jam perlu pam susu untuk mengosongkan susu. Badan akan dapati susu sentiasa kosong dan mengarahkan penghasilan susu. Wajib konsisten. Jika tidak, sekiranya otak mendapati susu selalu penuh, kuantiti susu dikeluarkan akan berkurangan
- Minum air minum 3 liter sehari. Supaya kuantiti susu yang dihasilkan mencukupi. Komponen utama susu ibu adalah air, baru zat zat lain diambil kira. Amalkan minum air suam sebelum menyusu
- Ibu menyusu mesti berada dalam keadaan relaks, elakkan tekanan/stress melampau kerana ini akan mengganggu pengeluaran susu. Mommies bekerja selalu ada masalah bab ni.
Kawan saya dah cuba macam macam petua, Antara tips lain yang telah diamalkan untuk membanyakkan susu badan ialah
- Cuba makan lobak putih dan sengkuang cina
- Makan Habbatussauda
- Kurma juga baik untuk diamalkan
- Banyakkan minum susu
- Minum air mata kucing atau longan, makan buahnya pun bolhe. Sedap tu, kegemaran saya. Cuma susah juga nak cari longan bila tak kena musim. Kalau tak da yang segar, boleh usahakan guna buah longan kering. Dipasaraya ada jual. Kedai ubat cina ada jual, tapi halal ke? Caranya ambil longan kering dan rebus. Makan buah dan airnya sekali. Selalu amalkan ya. Nak lagi best, ikut petua seorang mommies ni, masa rebus tu letak bersama gula merah. Makin sedap rasanya. Cuma jangan minum banyak sangat ya. Sehari sekali je. Menurut petua dari Sinseh cina, longan ni panas kalau minum banyak sangat. Sederhana ya mommies. Lagi satu, orang yang ada asma tak sesuai makan longan segar. Apa2 tanya doktor dulu ya.
- Longan kering+red dates+barli ye. Renekkan semua dalam satu periuk. Sedap, kalau nak manis boleh pakai gula batu untuk maniskan rasa. Pastikan masa minum jangan stress, kalau tak makan apa pun kurang mendatangkan kesan. Tenang selalu dan banyakkan berdoa pada Allah swt. Susu ibu ni rezeki dari Allah.
- Buat power pumping. Guna teknik 10-10-10. Breast kiri 10minit, kanan 10 minit dan ulang semula selama sejam.
- Makan tempe. Yup makanan tradisi orang jawa tu
Jika anda mempunyai soalan, insyaallah sekiranya mampu Mazni akan bantu anda. Boleh hubungi Mazni di
Call / Whatsupp: 019-2653791 atau 0192663791
ID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
Like kami di Facebook Page: Ibu bijak keluarga sihatID Shaklee: 963860
Email: maznizazmi@gmail.com
FB: Mazni Azmi bagi sebarang pertanyaan lanjut.
mendapatkan KONSULTASI TERBAIK dan INFO PERCUMA
Apa pendapat anda tentang artikel ini? Suarakan pandangan anda dibawah. Terima kasih banyak banyak ya
0 Response to "Dilema Ibu Kekurangan Susu Badan"
Post a Comment